Basikal ini beli after dapat untung jual minyak wangi ... hehehe. Kononnya nak nampak something yang boleh buat kenangan. Berguna juga basikal ni. Semenjak minyak naik, pergi kedai naik basikal sahaja. Naik motor memang seriau. Tapi memang I suka naik basikal. Dah biasa hidup di Jepun dengan basikal. Bakul belakang khas untuk Imran. Petang bawa Imran jalan2 & my 3 daughters akan follow di belakang with their own bicycles. Masa mula naik basikal dengan anak-anak, ada makcik tegur ....
"Fizah, macam anak dara, macam adik dengan kakak" ... tak tahu la perli ke apa, tapi 2-3 orang dah tegur, aku mula lah perasan ... hehehe.
Nak tambah bakul di hadapan. Senang nak letak barang. Tunggu RM mengizinkan.
No comments:
Post a Comment