Sunday, 31 October 2010

Final Countdown

Alhamdulillah, barang dah packed 99% pada kul 12:30am. Tunggu beg gantung, gelang pengenalan diri yang akan terima di Kelana Jaya.

Pening, kelam-kabut, macam2 ada .... mana taknya, bukan takat siapkan barang untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak. Anak-anak akan tinggal di rumah jiran yang selang beberapa rumah sahaja. They all akan tinggal di sana ~15 days and akan balik kampung Melaka before Raya Haji.

Barang anak-anak lagi banyak dari barang kami. Tengahari tadi dah iron baju sekolah untuk seminggu. Baju shj dah 15 helai, tak termasuk kain sekolah pagi & petang. Fuhhh.... berpeluh!!! Bila hampir selesai, baru terpikir, apasal le tak panggil bibik ... hehehe ...  Check juga buku2 teks yang akan dipulangkan semula ke sekolah & buku-buku itu kena angkut juga ke rumah jiran. Tu belum lagi kemas baju-baju. Today dah le cuaca mendung, baju tak kering. Nasib baik my ibu akan datang esok and volunteer nak tolong kemaskan baju anak-anak. Exam KAFA start hari isnin ini... kesian anak-anak, tak sempat nak "jenguk" buku.

Tengahari tadi sempat pergi "gondol@gonjengkan" rambut anak-anak. Senang, pergi sekolah tak perlu diikat.

Dan semakin tak lama lagi nak berangkat, lagi banyak dugaan, cobaan dari sekeliling yang buat aku sakit hati dan nak "bercakap" jer .... sabar!! sabar!!

Thursday, 28 October 2010

Twins

Aku rasa macam "dibuli" oleh twins (Nabihah & Nabilah). 2 bulan duduk rumah dah rasa macam give-up .... rasa macam nak pisahkan mereka? Seorang hantar ke Mersing, seorang lagi hantar ke Melaka?? Neneks nak jaga tak???

Kalau ada twins, memang terasa "comel", "cute" .... tapi sebab ada DUA kepala, idea, kenakalan pun lebih sikit kot. Tiap-tiap hari aku jadi TARZAN... tu belum lagi time Maghrib, rasa macam ada tanduk terkeluar!!!!

Seorang DEGxx, kuat membebelkan yang seorang lagi, bebelkan rumah sepah ler (sama aku sekali kena bebel, patut ke?) etc ......Yang seorang lagi tu suka makan tapi MALxx nak cuci pinggan/ cawan. Kalau dah makan jajan, suka hati jer mana nak buang. Kalau time nak suruh sembahyang, lagi ler ........ boleh terputus urat leher ni. Lepas tu dengar le suara-suara "firestone" macam "Ibu, NABIxAH sembahyang cepat sangat", "Ibu, NABIxAH sembahyang pakai panties je", Ibu sana, ibu sini ..... tak penings ke? Then before pergi sekolah KAFA, mandi dulu, mandi pulak nak kena berdua, pun nak kena terjerit-jerit suruh cepat. Sempat lagi buat gaya berenang-berenang dalam bilik mandi tu.

Masa break dalam 1.5 jam between sekolah pagi & petang, sempat lagi bergaduh time nak sembahyang, time nak mandi .... melalak-lalak, menangis. Bergaduh kekadang tahap Gaban, seorang dah sumbing sikit gigi depan and yang seorang lagi sampai bengkak kat belakang kena belasah dengan paip .... jiran-jiran pun layan penings dari rumah kami agaknya.

Sebab tak tahan sangat, sometimes aku suruh dorang pergi sekolah KAFA cepat2. Selalu jugak hilang tahap kesabaran aku!!!! Tapi kalau nak suruh dorang senyap, pasang ler TV, masing-masing melopong macam patung. Sakitnya hati bila suruh apa2 pun tak boleh nak buat.

Tuesday, 26 October 2010

Was in Japan

Kawan baik aku posted gambar lama di FB ... hahaha .... "kecilnya" aku masa ni !!!

Meor(Ziah's husband), ME, Ziah, Nety (adik K Hern and Esma Danial's wife, still??), K Hern, Abg Namie

Gambar ni diambil di Tobu World Square. Tempat ni dekat dengan university kami at Tochigi-ken. Naik kereta ~ 1jam jugak la.... Tochigi-ken .... "Ken" tu macam negeri la ... Di Tobu World Square ada 1:25 skala replika bangunan2 yang famous kat dunia ni.... kecik kenot jer bangunan2 tu. Dekat dengan kawasan pergunungan so dingin sahaja kat sini. Selalunya kami pergi time spring. Actually berkali-kali jugak kami pergi coz setiap kali ada "tetamu" from tempat lain, memang Tobu tempat yang akan dilawati.

Antara tempat menarik di area kami, Nikko... memang cantik time autumn.

** Tengok gambar2 lama, terasa nak balik semula ke Jepun. Tapi bukan nak study, nak berjalan-jalan sahaja ... hehehe. InsyaAllah, nanti nak share more pics kat Japan (kena banyak post le camni :-)

Minggu Peperiksaan

25/10 ~ 28/10 - Exam sekolah Kebangsaan
1/11 ~ 4/11 - Exam sekolah KAFA

"Berdoa supaya Maisarah, Nabihah dan Nabilah diterangkan hati, 
dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan. "

Ini final exam mereka, yang sentiasa merisaukan hati coz akan menentukan kelas next year. Setiap darjah ada banyak kelas, A sampai M,N,O,P ... Entah kenapa, mungkin aku terlalu memikirkan soal Haji, so tak ambil berat sangat pasal exam they all. Camne pun sentiasa berdoa untuk mereka. Kita risau tapi they all selamba sahaja. Yang merisaukan bila tanya soalan especially maths, susahnya mereka nak jawab dengan betul walaupun hanya soalan tambah, tolak ... huk! huk! ...

KAFA next week lagilah, kami dah berangkat pun. Salah plan!! Buat rayuan tarikh berangkat on 31/10 coz ingatkan exam dah habis .....

Kakak-kakak sibuk study terpaksa, Imran dah sempat menghafal A-Z tapi selalu tersasul. Huruf "E" selalu tertinggal (ibu suruh ingatkan ayat "E..... gelinya"). And bila sampai huruf "K L M N" , lidah ada tergeliat sikit. Next year insyaAllah Imran akan masuk Q-Dees (4 tahun) walaupun dia asyik cakap nak masuk sekolah Cina. Sekolah Cina ada kat Kuang, jauhnya pulak nak pergi menghantar.

Friday, 22 October 2010

Serunding

Ibu and babah pergi ke Kelantan and on the way nak balik Melaka, mereka bermalam di rumah kami. Hari itu adalah tarikh 10-10-10. Ingat tak kemalangan ngeri on the way nak ke Melaka tu? Alhamdulillah ibubapa kami tidak meneruskan perjalanan.

Ibu belikan serunding 3 kg, yg bestnya sebab tak perlu bayar ... hehehe. Serunding tu untuk kami bawa ke tanah suci. Untuk apa? Of course la untuk makan. Ada orang advise bawa serunding sebab dikhuatiri tak boleh ..... (minta dijauhkan) / untuk menambahkan selera makan. Semasa buat umrah kami tak terpikir nak bawa apa2 makanan sebab tahu kat sana makanan semua HALAL & jangka masa pun sekejap sahaja. Tapi haji mengambil masa yang lama, macam-macam boleh berlaku ....

3kg tu kategori banyak juga. Aku dah siap pack kecil-kecil and seal. Sealer tu beli kat Mydin (harga RM49.90). 1kg boleh dapat dlm 20~25 packs, kalau 3kg mahu sampai balik M'sia pun masih ada lagi. Hubby cakap, nanti kat Mina awak bentang tikar, jual sepeket 2 riyal .... Adoiii, tahu le bini ni suka berniaga tapi takle niat sampai ke situ. Terpikir jugak, kalau lapar di Masjidil Haram and malas nak keluar, bolehle bawa sepack dua dalam beg gantung tu sebagai alas perut. Orang mengunyah kurma, kita mengunyah serunding!!!! Dah dipack kecil-kecil, makin senang nak makan, so sambil menonton TV, sambil mengunyah .... sempat ke serunding nak naik kapalterbang camni??

Antara pesanan-pesanan dari keluarga & friends, jaga pertuturan, perbuatan, perlakuan... jaga mulut, lidah, hati, mata, telinga .... insyaAllah dipermudahkan urusan Haji.

Thursday, 21 October 2010

20.10.2010

Ni kira date cantik jugakkan?? Datuk Dr SMS kahwin on 10.10.10 .... Anyway 3 special occasions berlaku on this date, 20.10.2010.

(1) Tahniah to Melaka Maju. PM rasmi pada pukul 20:10 on 20.10.2010 ..... cantik sesangat!!!! FB orang Melaka tetiba jadi active. Masing-masing excited. Sebagai anak Melaka, aku turut berbangga jugak. Lahir dan membesar di Melaka, mana boleh lupa walaupun bertahun-tahun juga dok merantau.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibisytiharMelakaMaju2010/Article

(2) Tahniah to our friends, Aishah & Abg Azhar for the new born baby girl. Ala comel-comel. Kalau dah girl, sure cute macam her sister, Nelly yang comel tapi garang ..... ada darah keturunan orang Melaka tu!!!

(3) Tahniah to anak jiran kami yang selamat bernikah malam tadi. Mula-mula musykil juga, kenapalah buat majlis nikah masa hari bekerja? Bekerja / tidak, no concern with me!!!! Aku hadirkan diri ke majlis akad nikah tu. Fuhhh, lama sungguh tok kadi punya penerangan. Nasib baik bukan aku yang jadi pengantin, pasti jadi tak sabau ... hehehe ... Anyway baru tahu Mas kahwin orang Selangor RM300 ... mahal tu!!! Negeri mana yang mahal lagi?? Kalau Melaka RM80 sahaja kot.


** At ~8:30am jiran beri nasi + lauk-pauk (3 jenis) + bubur pulut hitam semalam. Ada ikan masin lagi tu. Alhamdulillah, today tak perlu masak. Maybe gorengkan the kids ayam sahaja. Ada orang allergic makan lauk semalam. (semalam bermaksud more than 24 hours / hari lain ??) ME belasah sahaja asalkan tak memudaratkan.

Wednesday, 20 October 2010

"Skodeng" time

"Skodeng" = mengintai. Tak sure the word start dari generasi mana.

Dapur rumah kami memang tak pakai langsir. Kami cuma pasang plastik tinted (pasang sendiri with hubby... cayalah!!!). Semenjak duduk rumah, pintu dapur akan sentiasa dibuka. Masalahnya, terasa2 macam ada orang "mengintai". Hahaha... sebenarnya takde pun, hanya layanan perasaan sahaja. Tapi memang jiran rumah belakang can direct nampak dapur dan ke tempat memasak. Malu rasanya kalau time memasak, ada orang terpandang. Lebih2 lagi kalau goreng telur sahajakan? Sometimes bebudak sekolah lalu juga di belakang rumah ni. And of course, pakaian kat rumah terlalu "free" but not TOO seksa...

Maka terhasillah langsir dari recycle & perca (will share the langsir pic later). Cukup untuk elakkan orang skodeng tapi at the same time, aku boleh skodeng orang from dalam... hehehe.

Cerita pasal skodeng, alkisah babah aku ada cerita skodeng jugak. Selalu skodeng ke rumah jiran. Ruang tamu kat kampung pakai tingkap naco and cuma pakai langsir tebal. Luar ada beranda la. Tingkap-tingkap naco tu pun jarang ditutup rapat. Disebalik langsir tebal yang diselitkan ditepi tingkap, di situlah babah selalu skodeng. Can direct to beranda rumah jiran dimana anak2 jiran ramai lelaki, kureng ajar and tak tahu malam atau siang. Dorang punya friends selalu datang and buat bising malam2. So if malam tu my babah takle tidur, the next day babah akan story : kawan si polan datang sampai pukul xx, berapa kereta, berapa orang, buat apa etc ...... Kalau time bulan puasa, boleh tahu siapa baling mercun? Pukul berapa? Hala bilik siapa? etc ..... Macam anggota RELA pun ada juga babah aku ni!!!

Babah with cucus, Ardilla, Ariesha, Haniza in 1999 ....


** Cerita terbaru dari kampung, babah dah upah orang ganti semua tingkap naco di rumah itu. So, no more skodeng??

Sunday, 17 October 2010

Beg Haji

Selagi belum berangkat, selagi itu sibuk with preparation. Kami banyak bertanya experience orang-orang yang dah pergi Haji before. Lain orang, lain pendapat and pengalaman. Kami "summarize" and buat apa yang termampu.

Babah & abah di kampung banyak cerita and bagi tips termasuk le pasal beg. Beg kena tulis nama besar-besar, tampal laminate, pasang riben .... atau dalam erti kata lain, biar lain dari yang lain and biar dari jauh dah boleh cam, "Oh, itu beg kami !!!"

Selama ini kalau pergi travel, takde pikir pasal beg tapi pasal Haji, kena ambil tahu. Di airport (Malaysia/Mekah/Madinah), sedia maklum berjuta-juta beg bakal haji nak diuruskan, so dengarnya sometimes beg hilang/rosak, tag hilang, beg and kain balut beg pun boleh koyak. Camne??? Takkan nak bawak beg besi pulakkan???

Ini beg kami. Kain balut beg tu kami beli di Mydin. Harga RM15.90 (Mydin ada jual kelengkapan haji/umrah). Warna putih dah habis so no choice, pilih warna pink and abang warna hijau.

To make different, aku jahit tepi kain (both sides) itu dengan kain cotton lain. Abang tak kisah color apa pun, janji "boleh nampak dari jauh". InsyaAllah akan buat other "accesories" pada beg itu, supaya nampak lain dari yang lain. Kami buat yang termampu ....

Cara menonton cerita seram.

16-10-2010
Nabihah oh Nabihah .... buat apa tu?
Kami baru habis tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. Kelakar seram !!!! Yang mak bapak dah "terguling-guling" ketawa but the girls still ada tutup mata especially parts akhir (Cobaan......!!!), hantu kubur keluar etc. Cerita-cerita Allahyarham tak jemu ditonton.
Alfatihah kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Friday, 15 October 2010

Sumbangan

Alhamdulillah, murah rezeki. Today received 2 parcels from kampung Melaka & Mersing. Ibu beri@pinjamkan 3 jubah and MIL beri 1 jubah, telekung & sarung tangan. Sungguh HAPPY!!!!

Ada juga member2 beri RM. Pada mulanya rasa pelik coz received masa time raya, "Eh, dah besar2 pun dapat duit raya jugak ke?". Rupanya duit untuk perbelanjaan Haji and biasanya memang akan dapat sumbangan2 camtu. Hehehe aku macam tak biasa jer!!! Nasib baik takde yang kirim belikan itu ini .... jenuh pulak aku nak pergi mencari nanti.

Terima kasih diatas sumbangan2 itu. Semoga dimurahkan rezeki and insyaAllah aku akan sampaikan hajat2 mereka yang meminta tolong doakan etc.

Bertapa@Hibernasi

Dah lama tak update blog ni ... hehehe .... Dah keluar dari hibernasi, tangan dah mula gatal nak menulis ni.

Aku masih di sini, di rumah ....

Actually aku busy menjahit. Takat menjahit sahaja, tak kisah jugak tapi ni kena belajar, berfikir, try and error untuk menjahit ni. Apa le susah-susah belajar menjahit kan? Pernah my babah bersuara secara lawak tapi pedihhhhhhhhh, "Kalau tahu nak menjahit, takyah hantar belajar tinggi-tinggi" ... terkedu aku mendengarnya. Dah minat, nak buat camne ... dari aku banyak tidur !!!!

Aku dah siap menjahit 5 more bags in 3 days .... nanti akan update di sini.

*** Everyday waiting to watch Detective Conan @ Channel 611. Time: 11:30am,  2pm ( 7:30pm). (^o^)

Friday, 8 October 2010

Majlis meraikan bakal haji

7-Oktober-2010

Pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk mengambil souveniers & also thought can get gelang tangan haji for pengenalan diri. Hanya terima souveniers and gelang haji akan diberi masa pendaftaran. Banyak company yang sponser. Banyak terima bags - beg beroda, beg bimbit, beg sandang, beg uncang for batu etc. (ini tidak mematahkan semangat aku untuk jahit more bags). Other things macam sabun mandi, pads, hand sanitizer, selipar jepun, buku doa and abang dapat 1 kain ihram. Bahang HAJI dah makin terasa.

Malam tadi bakal-bakal haji diraikan oleh ahli kariah surau. Aku terpaksa meninggalkan keempat-empat kids (Imran dah tidur) yang penakut di rumah sebagai wakil coz pikir abang mesti balik kerja lambat. Atleast salah seorang kenalah pergi. Rupa-rupanya abang dah berada di surau, dengan still berbaju kerja!! Setiap seorang bakal haji beri ucapan.... Tiba-tiba hati terasa sayu.




Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli kariah surau.

Wednesday, 6 October 2010

Bersihkan HARTA

5-Oktober-2010

Aduhai, title macam POYO jer. Harta ?? Banyak ke harta aku??
Hubby dah berkali-kali suruh aku settlekan zakat simpanan ASB. Tangguh punya tangguh dengan berbagai alasan antaranya dah potong zakat dari gaji, simpanan aku macam tak cukup "haul" gitu etc. Masa kursus haji perdana, ada penceramah from Lembaga Zakat Selangor (LZS). The same advise, "Bersihkan harta sebelum pergi ke Tanah Suci". Harta tu termasuk la jugak hutang-piutang.

Dah lama aku mencari-cari buku ASB aku. Masih ingat the last time aku guna buku ASB ialah waktu last day kerja, it was 30/8. Lepas tu buku ASB terus ghaib. Merata aku mencari, selongkar seluruh rumah. Niat aku nak pergi settlekan zakat la. Buku tu macam tahu2 je aku nak buat baik kan?? Kalau tidak, sentiasa ada di depan mata walaupun tak dicari.

Today aku dah plan nak pergi buat report pasal buku ASB hilang, dapatkan statement then nak pergi LZS. Sebelum pergi sempat selongkar dalam satu handbag yang dah lama aku tak guna. SubhanAllah, ada buku ASB dalam handbag tu. The only benda yang ada dlm handbag itu!!!

Dalam pada aku pikir sikit sahaja simpanan ASB aku, macam tak cukup haul etc, berKK jugak kena zakat. Alhamdullilah, lega rasa dah tunaikan kewajipan!!! Next time jangan diambil mudah ye!!!
Some good info to share :-)

ZAKAT SIMPANAN

Adakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?

Ya, wajib kerana:
Zakat diwajibkan ke atas simpanannya pada tahun kedua, walaupun dari sumber yang sama tetapi ia berbeza di dalam pengiraan haul.
Selepas di bayar zakat pendapatan, jika lebihan pendapatan disimpan dan apabila cukup nisab serta haul ia wajib membayar zakat wang simpanan.
 

Tuesday, 5 October 2010

RPKJ 9th Reunion & Open House

2-Okt-2010 @ Meor & Maziah house @ Sek19, Shah Alam
RPKJ (Rancangan Persedian Khas Jepun) batch 9th adakan 20 years reunion. 20 years?? 10 tahun punya tak sempat buat, 30 tahun punya reunion maybe takut ada yang sudah "TIADA" (kembali ke pangkuan Maha Pencipta). Itu yang someone cakap pada aku la...
Anyway, ini reunion batch hubby. Aku batch 12th, tapi tumpang syok jugak sebab wife tuan rumah batch aku and 2 orang lagi kawan joined jugak. Kami buat our own reunion, chatting tapi most of the time we were at kitchen ... sampai hati mereka!!!
Ziah(tuan rumah), ME, Mym, Hana. Dah lama tak jumpa Mym & Hana. Mym & Hana tinggal area Shah Alam tapi memang tak pernah rasanya majlis yg ketemukan kami.
ME with Hana yang baru setahun balik from Japan. We ex-STFian, satu blok Dang Anum "D", satu kelas 5F ("F" = Feminin ... hahaha) but kat kelas dia kaki tidur, siapa sangka sampai PHD, ish, ish, ish ... kawan aku sorang ni, kuat belajar rupanya!!! Anyway, please ignore my face yang comot tu. The day before, buat touch-up muka (remove tahi lalat yang tumbuh semula). Free becoz last time dah paid RM80 for seketul tahi lalat. RM200 (discount!!) for 3 ketul.
Batch 9th ... kasi chance SEMPAI-tachi @SUPER SEMPAI bergambar.
The kids memang enjoy. Mula-mula terpegun dengan keindahan rumah sampai akhirnya dah buat macam rumah sendiri. Imran lagi la, kejap-kejap hilang, then muncul balik... sampai ke bawah kerusi (merangkak bawah kerusi) dia survey. Buat malu "company" sahaja.
Right here waiting!!! Hubby ajak balik tapi hampir sejam jugak kami tunggu.
Maisarah & Nabihah?? or Nabilah?? Ibu pun confius!!
Nabihah
Imran
Nabilah & Maisarah
The twins. Nabihah & Nabilah
Apa Ayah buat ye?? Ibu dah JELING dah tu!!!
Tu dia Ayah!!! Gaya macam nak bergaduh. No, no ... the couple tengah bagi talk pasal haji base on dorang punya experience.
Kami balik from that gathering at 6:00pm camtu. Then menuju ke 2 destinasi lain, Kg Melayu Subang & Tmn Saujana Putra (Kak Mon's house). Thanks to Kak Mon & family sebab menunggu kedatangan kami yang lewat. Siap jamu kami dengan maggie goreng for supper?? Sebab dah lewatkan !!! Kami sampai ke rumah at 11:30pm .... wow, what a wonderful hari raya!!!

Monday, 4 October 2010

Doa kami untuk Meque

3-October-2010

Rosmiza@Meque, ex-STFian 88-92 mengidap kanser ovari since 2008. Kami (Srikandi 88-92) plan untuk berkonvoi ke SJMC on that date tapi dia dah discharged so kami straight ke rumah abang dia di Sek27.

Selain dari kanser, Meque baru sahaja jalani operation buang usus besar (not sure berapa panjang) disebabkan tersimpul and rosak. Doa kami agar Meque tabah, sabar dan kuat hadapi penyakit@dugaan hidup ini. Moga cepat sembuh dan dapat jalani hidup seperti biasa.



Dari kiri : Alina, Hana, Anim, Ima, Lila, Meque, ME

** Meque - Blok B, bandgirl, class Social Science, orang Kelantan !!