Tuesday, 26 October 2010

Minggu Peperiksaan

25/10 ~ 28/10 - Exam sekolah Kebangsaan
1/11 ~ 4/11 - Exam sekolah KAFA

"Berdoa supaya Maisarah, Nabihah dan Nabilah diterangkan hati, 
dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan. "

Ini final exam mereka, yang sentiasa merisaukan hati coz akan menentukan kelas next year. Setiap darjah ada banyak kelas, A sampai M,N,O,P ... Entah kenapa, mungkin aku terlalu memikirkan soal Haji, so tak ambil berat sangat pasal exam they all. Camne pun sentiasa berdoa untuk mereka. Kita risau tapi they all selamba sahaja. Yang merisaukan bila tanya soalan especially maths, susahnya mereka nak jawab dengan betul walaupun hanya soalan tambah, tolak ... huk! huk! ...

KAFA next week lagilah, kami dah berangkat pun. Salah plan!! Buat rayuan tarikh berangkat on 31/10 coz ingatkan exam dah habis .....

Kakak-kakak sibuk study terpaksa, Imran dah sempat menghafal A-Z tapi selalu tersasul. Huruf "E" selalu tertinggal (ibu suruh ingatkan ayat "E..... gelinya"). And bila sampai huruf "K L M N" , lidah ada tergeliat sikit. Next year insyaAllah Imran akan masuk Q-Dees (4 tahun) walaupun dia asyik cakap nak masuk sekolah Cina. Sekolah Cina ada kat Kuang, jauhnya pulak nak pergi menghantar.

No comments: