Aduhai, title macam POYO jer. Harta ?? Banyak ke harta aku??
Hubby dah berkali-kali suruh aku settlekan zakat simpanan ASB. Tangguh punya tangguh dengan berbagai alasan antaranya dah potong zakat dari gaji, simpanan aku macam tak cukup "haul" gitu etc. Masa kursus haji perdana, ada penceramah from Lembaga Zakat Selangor (LZS). The same advise, "Bersihkan harta sebelum pergi ke Tanah Suci". Harta tu termasuk la jugak hutang-piutang.
Dah lama aku mencari-cari buku ASB aku. Masih ingat the last time aku guna buku ASB ialah waktu last day kerja, it was 30/8. Lepas tu buku ASB terus ghaib. Merata aku mencari, selongkar seluruh rumah. Niat aku nak pergi settlekan zakat la. Buku tu macam tahu2 je aku nak buat baik kan?? Kalau tidak, sentiasa ada di depan mata walaupun tak dicari.
Today aku dah plan nak pergi buat report pasal buku ASB hilang, dapatkan statement then nak pergi LZS. Sebelum pergi sempat selongkar dalam satu handbag yang dah lama aku tak guna. SubhanAllah, ada buku ASB dalam handbag tu. The only benda yang ada dlm handbag itu!!!
Dalam pada aku pikir sikit sahaja simpanan ASB aku, macam tak cukup haul etc, berKK jugak kena zakat. Alhamdullilah, lega rasa dah tunaikan kewajipan!!! Next time jangan diambil mudah ye!!!
Some good info to share :-)
ZAKAT SIMPANAN
Adakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?
Ya, wajib kerana:
Zakat diwajibkan ke atas simpanannya pada tahun kedua, walaupun dari sumber yang sama tetapi ia berbeza di dalam pengiraan haul.
Selepas di bayar zakat pendapatan, jika lebihan pendapatan disimpan dan apabila cukup nisab serta haul ia wajib membayar zakat wang simpanan.

2 comments:
dah buat ke kuah kacang tu? hehehe...
Yanty,
InsyaAllah hujung minggu ni for sarapan. Penutup Raya .. hehe
Post a Comment