Ibu and babah pergi ke Kelantan and on the way nak balik Melaka, mereka bermalam di rumah kami. Hari itu adalah tarikh 10-10-10. Ingat tak kemalangan ngeri on the way nak ke Melaka tu? Alhamdulillah ibubapa kami tidak meneruskan perjalanan.
Ibu belikan serunding 3 kg, yg bestnya sebab tak perlu bayar ... hehehe. Serunding tu untuk kami bawa ke tanah suci. Untuk apa? Of course la untuk makan. Ada orang advise bawa serunding sebab dikhuatiri tak boleh ..... (minta dijauhkan) / untuk menambahkan selera makan. Semasa buat umrah kami tak terpikir nak bawa apa2 makanan sebab tahu kat sana makanan semua HALAL & jangka masa pun sekejap sahaja. Tapi haji mengambil masa yang lama, macam-macam boleh berlaku ....
3kg tu kategori banyak juga. Aku dah siap pack kecil-kecil and seal. Sealer tu beli kat Mydin (harga RM49.90). 1kg boleh dapat dlm 20~25 packs, kalau 3kg mahu sampai balik M'sia pun masih ada lagi. Hubby cakap, nanti kat Mina awak bentang tikar, jual sepeket 2 riyal .... Adoiii, tahu le bini ni suka berniaga tapi takle niat sampai ke situ. Terpikir jugak, kalau lapar di Masjidil Haram and malas nak keluar, bolehle bawa sepack dua dalam beg gantung tu sebagai alas perut. Orang mengunyah kurma, kita mengunyah serunding!!!! Dah dipack kecil-kecil, makin senang nak makan, so sambil menonton TV, sambil mengunyah .... sempat ke serunding nak naik kapalterbang camni??
Antara pesanan-pesanan dari keluarga & friends, jaga pertuturan, perbuatan, perlakuan... jaga mulut, lidah, hati, mata, telinga .... insyaAllah dipermudahkan urusan Haji.
No comments:
Post a Comment