Showing posts with label Personal Interest. Show all posts
Showing posts with label Personal Interest. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

Egyptian Potion

Start this business on 19 November 2007 (my birthday) . Terbaca dalam Mingguan Malaysia mengenai perfume ni. Then beli satu sebab aku ni gila perfume. Everyday mesti nak pakai, rasa macam tak lengkap perjalanan.

Baunya wangi & bukan bau macam minyak atar. Try to promote pada member2 di tempat kerja. Alhamdulillah, pasaran bagus. Then aku terus jadi dealer. Jadi dealer kena beli banyak. Request pada big boss untuk jadi stokist, tapi tak boleh coz dah ada stokist at this area.

Aku suka business. Maybe ada cakap2 orang macam "engineer pun tak cukup duit". Duit lain cerita sebab kalau dah minat, apa2 pun sanggup buat. Apa yang aku pikir, everyday aku pergi kerja - balik kerja. Then di rumah kena buat kerja2 rumah, macam takde masa untuk diri sendiri. Atleast macam hubby, kawan ajak main futsal, lepak di coffee house, anytime dia boleh join. So that's why aku buat business, benda yang aku minat.


Egyptian Potion - minyak wangi bebas alkohol dari Egypt. Mempunyai 40 jenis wangian yg. diilhamkan dari wangian jenama antarabangsa. Sekotak mempunyai (10botol wangian* 2ml). 
 

Wednesday, 20 July 2011

Tukang Jahit "Emergency"

Saya ni suka menjahit. Ikut MOOD jugak. Bak kata diri sendiri, "Baju sendiri pun tak siap". Project langsir rumah my Busu, dia dah selamat masuk rumah baru tapi saya tak siap2 kan langsir. Nasib baik dia cakap, "Nak guna masa RAYA".

Pagi semalam saya BZ menjahit langsir. Sepupu saya SMS at 11pm malam kelmarin, minta tolong jahit langsir 5 keping. Pada mulanya saya tolak sebab MOOD nak jahit takle datang tiba2 ... kononlah. Dia memang minta tolong sesangat coz tempat kerja dia nak adakan function, and langsir/kain tu nak guna di stage nanti. Terpaksa le cakap OK.

My "buah hati" sedang menjalankan tugas. Sungguh kerekot jari-jemari ku.

At 9:15am, dia hantar kain. Kalau boleh nak at 11:00am. Saya cuba jugaklah. Nasib baik rumah TUKANG JAHIT EMERGENCY banyak benang warna-warni. Kalau tak, mahu jer guna benang putih untuk kain warna maroon. Alhamdulillah, berkat anak2 masih tidur (seorang demam), sempat saya habiskan 5 keping kain langsir itu. Jahit lurus sahaja tapi sebab jahit lurus le saya "kureng".

<== Muncung tukang jahit "Emergency". Sambil concentrate menjahit, sambil pikir diri tak mandi lagi, masak pun belum lagi, nak ambil anak balik sekolah ...blah, blah, blah ...

Lepas tu sepupu datang nak ambil tapi dia request ada lagi 2 kain putih nak kena jahit. Kain tu dah ler berjela-jela panjang, jenis kain yang stretchable pulak. Sepupu terpaksa le tunggu saya menjahit sambil melayan saya pot pet pot pet berborak. Atlast before 12 noon, dah siap !!

Hahaha ... dapat upah RM20. Kalau sedara-mara minta tolong jahit, memang saya tak ambil upah pun. Tapi ni untuk kegunaan company dorang. Lagipun sepupu kata, "Ambil jer, suruh hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif, datin kata mahal". Petang tu Datin (Boss sepupu) suruh tambah lagi RM5 duit upah.

Tapi betullah, time nak dekat raya ni tukang jahit "demanding". Kakak saya hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif sebab baju dia ada bocor skit je. Baju baru 1st time pakai, takkan nak buangkan?? Cha Ya Nun Alif tu reject. Atlast TUKANG JAHIT EMERGENCY jugak was ON CALL.

** Tak lama lagi Tukang Jahit "EMERGENCY" pun nak kena demand lebih2 :-)

Petang pulak saya BZ bawa anak2 pergi klinik. Nabilah demam & Imran pulak cirit-birit. Tapi ni takde kaitan dengan makan durian sebab mereka tak suka durian.

Tuesday, 12 July 2011

GiveAway IPOD

Semalam courier hantar parcel ke rumah. Attention to Mr Hubby. Si isteri ni pun bukak la. Dapat IPOD from Bank ISlam. Pemenang Hadiah Harian Kempen "Berbelanja & Menang". Ni kira macam GiveAway le jugakkan. Not bad!!!

So dalam rumah ni dah ada 2 IPOD. Tapi orang zaman ni dah guna IPAD la ... Kalau dapat satu IPAD, best jugakkan tapi rasa macam "menyusahkan" nak bawak IPAD sana-sini. Yelah kalau dah ada, mesti nak bawak kemana-mana kan? Tu sayalah tu !!!

Yang color oren tu dapat saguhati from Cornetto.

Tapi semalam nak download & guna IPOD yang kecik kenot tu pun payah, ni kan pulak IPAD !!! Kecuali ler kalau ada orang nak kasi GiveAway IPAD (^v^)

Wednesday, 15 June 2011

Bila Daku Buka ..dot.. dot.. dot ..

Tajuk macam gempak but this is not LUCAH ok. Actually, buka MESIN JAHIT .... hehehe.
Projek MUST buat, jahit langsir for my Busu's new house. My Busu tak nampak(buta) dari lahir & dia dapat rumah baru FREE from Kerajaan Melaka ... Bravo!!! Selama ni dia tinggal di rumah pusaka.
Rumah Mesra Rakyat
Dulu masa saya kerja, rajin jugak saya "layan" Busu. Setiap kali nak raya, bermacam2 benda dia nak for rumah (lama) dia. Tikar getah baru, langsir baru, sarung kusyen baru, cat la .. kekadang rumah dia lagi OVER dari rumah kami. Anak2 sedara tong-tong sorang skit sponser.
This year dia tak minta apa2 dari saya (faham kot saya tak kerja). So saya volunteer gunakan kebolehan menjahit untuk jahit langsir rumah baru. Tapi tulah, dah lama saya "peram" kain langsir ini. Takut2 raya tahun depan pun belum tentu jadi langsir .. hehe

Wednesday, 8 June 2011

Bollywood

Dah lama tinggalkan zaman Bollywood. Tetiba hari Ahad saya demam Bollywood!!! Ni gara2 kakak saya cerita pasal movie BILLU BARBER di TV.

Tetiba rasa macam nak tengok this movie. "Paksa" hubby download. Emm, kena tunggu berhari2 nak habis download. Mdm Principal pulak dah balik from India, takde pulak pikir nak kirim. Ini "demam" datang secara tiba2 dah!!!

Takle sabau nak tunggu download, so after Isyak "paksa" hubby bawa ke kedai VCD berhampiran. 2 kedai kami pergi, kedai Cina memang ler susah nak carik. Jam dah hampir kul 10pm, kami ke bandar Melaka. Pergi ke 1 area yang memang banyak kedai India tapi semua tutup (Ahad ler!!!) kecuali kedai runcit. Nampak kedai VCD jer, terus gie tanya. Masuk beberapa kedai, kebanyakan tokey Cina, frust sbb memang dorang tak simpan collection Bollywood. Dah le movie ni movie lama. Tapi cuba jugak belek2. Atlast jumpa di satu kedai Cina ni. Yatta!!!

Balik rumah terus pasang, tengok seorang diri then menangis seorang diri!!! Until ~2pm diriku melayan. Cerita Bollywood kalau tak nanges, memang tak SAH!!!

*** Kalau kat Selangor orang jual VCD/DVD pirate sorok2 tapi kat Melaka ni, selamba jer. Sebesar2 kedai!!!

Wednesday, 11 May 2011

Shopping Online??

Korang suka tak beli/shopping online?

Semalam saya menerima 2 parcels untuk Mr Hubby. Satu "E_A_" and lagi satu lagi Kitab. Selama saya dok rumah ni, asyik terima parcel jer untuk Mr Hubby. Lelaki ni suka shopping jugak ye?? Saya buat2 baru tahu!!!

New collection in the house. Tafsir Ibnu Katsir

Kalau beli online, bayar then baru barang akan diposkan? Kitab yang hubby beli tu belum sempat bayar lagi. Harga ratus2 jugak. Penjual tu percaya and terus pos. Ni 2nd time hubby dapat "layanan" macam tu and dedua case melibatkan buku2/kitab2 agama. Jika pembeli tak bayar, macam mana? Halalkan?? hehehe ... bestnya kalau Halal kan.

Anak : Ayah, banyaknya. Bila ayah nak habis baca?

Ayah : Sehingga Ayah meninggal.

Thursday, 8 October 2009

DIY Projects

Sebelum raya aku sempat jahitkan beg untuk anak2 and 2 orang anak saudara. Beg ni untuk simpan duit raya la, apa lagi? Kalau sebelum ni asyik "menumpang" handbag aku, sampaikan bapak pun sama tumpang sampul raya. Puas hati kalau dapat jahit sendiri and jahit nama masing-masing kat depan supaya tak bercampur.
*sempat juga twins mengutuk. Nabihah said "Nabilah, tengok ni macam bonxxx kan? Tempat keluar taxx." Tension! Tension!!. Camne pun they all suka beg ni. Raya ke6 (Jumaat) petang kami dah sampai ke Saujana Utama. Aku pergi beli cat untuk bilik anak. Malam tu juga mengecat. Sampai pukul 3:30am aku mengecat sorang2. Mula2 sahaja ramai yang menolong. Beli cat murah, so berkali2 aku cat kat tempat yang sama sebab nampak berbelak. Hasilnya, cat 7 liter habis untuk 1 bilik. Aku budget untuk 2 bilik. Rupanya bila kering, tak nampak pun berbelak. Buang cat & masa aku sahaja ... but I LIKE DIY!!! * Cat bilik twins sebab Nabihah sungguh2 sponsered RM untuk beli cat. Warna PINK for girls ..

Saturday, 18 July 2009

Quiltworks / Patchworks

Kedai ini terletak bersebelah dengan Japanese Restaurant yang pernah aku dinner 2 weeks before. At that time kedai ni dah tutup tapi dari luar, aku terpegun tengok "isi" dalam kedai ni. Cantiknya ...... Aku memang minat menjahit tapi selalunya "hangat-hangat tahi ayam". Mesin kat rumah tu sampai dah berhabuk. Aku rasa dari awal tahun aku nak belajar kat EPAL tapi kewangan tak mengizinkan dan lagi satu, tu la takut "hangat2 tahi ayam". Dah le mesin EPAL tu mahal. Aku survey macam-macam pasal Quilt dalam internet. Tengok corak-coraknya buat hati tertawan. Lunch tadi aku ambil peluang ke kedai ini. Dah last day so kalau boleh taknak sampai menyesal tak sudah. Aku tanya macam-macam la pasal Quilt kat Auntie. Dia suruh aku attend class esok tapi dah sah-sah esok nak balik. Dia kata kalau dalam masa 3 minggu aku berada di sini, sempat belajar ... emmm benda dah berlalu kan? Auntie tu very friendly. Dia kata takde mesin khas untuk jahit quilt. Guna sahaja mesin biasa tapi ada gadgets yang kena beli. Aku minta permission untuk ambil gambar dalam kedai and aku beli 1 buku untuk beginner. Mana tahu kalau ada budget, boleh ikut kelas kat mana-mana.
Promosi jap : Saya ada menjual Patchwork di Pasar Tani Saujana Utama. Macam-macam corak dan kain berkualiti. Selesa untuk dibuat alas tidur atau selimut. Harga pun berpatutan. Singgah-singgahlah ye !!!

Saturday, 11 July 2009

Links and Blogs ..

Aku ada masukkan link terbaru kat senarai "My Favourite Link". Profesor ni aku "kenal" melalui buku dia. Buku dia yang aku baca sebelum menunaikan Umrah. Catatan beliau memberi keinsafan. Bilalah dapat peluang mendengar ceramah beliau? >>>http://muhdkamil.net/kehidupan/ Salam takziah buat Siti Marlina binti Zainal @ MIKE ( 1 year srikandi junior) yang telah kembali ke rahmahtullah pada 6 July 2009. Pemergian disebabkan breast cancer pada usia yang masih muda. Semasa di STF, dia satu dorm dengan Nelly and Hana (kengkawan "terbaik" aku) and dorm dia di atas dorm aku sahaja. Berita terima dari other srikandis. Paling sedih sebab dia baru dapat baby. Bacalah catatan-catatan beliau. Aku tak sempat nak baca kesemuanya lagi sebab kat office ni asyik dengar "sok-sek" aku je. Air mata and air hidung sama-sama keluar. Sedihnya!!!Mari sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah. >>>http://www.radiologymalaysia.org/mystory/Winners/SitiMarlina

>>>http://theskyisred-redsky.blogspot.com/

Wednesday, 17 December 2008

Pengalaman berniaga

Aku ni memang suka bisnes as part-time. Bukan kerana tak cukup duit tapi sebab minat. Kekadang aku terpaksa pekakkan telinga bila ada yang menyindir. Yelah dahla sibuk dengan kerja, family, anak-anak, so atleast ada masa yang aku perlukan untuk buat benda yang aku minat, so takla boring hidup ini.

Sebenarnya dah lama aku bisnes kecil-kecilan dan dah setahun lebih aku bisnes online. Aku cuba apply tapak di pasar tani Sek13 Shah Alam tapi memang susah nak dapat. Dah banyak minggu aku survey tempat, sampai ke taman lain, tapi aku beranikan juga diri untuk buka kedai di taman sendiri. Dulu risau pasal lesen la, tapi aku ada terbaca artikel yang bertulis macam ini "Orang Mxxxx macam ini, sibuk pikir pasal lesen la apa la, bila masa nak buka bisnes? Bisnes dulu jadi boleh tanya dengan orang yang dah berniaga di situ. Nak tunggu dapat lesen, dapur pun tak berasap." Lebih kurang macam tu la ....

Sebagai permulaan, hari sabtu (13/12/2008), aku berjaya buka kedai di Pasar Tani di taman perumahan aku. Alhamdulillah kerana dah lama aku impikan tapak untuk bisnes. Di sini tidak perlukan sewa, masa yang panjang dan pekerja kerana aku sendiri yang menjual. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tak boleh tidur malam dibuatnya. Macam-macam benda yang aku pikirkan. Sebenarnya MALU ....

Pagi after subuh, aku dah mula mengangkut barang masuk dalam kereta. Kejutkan anak-anak sebab atleast boleh cover malu aku. Nasib baik Nabihah nak bangun ikut aku. Sampai di sana, baru 1 kedai (yg jual selain dari barang pertanian) tengah nak naikkan canopy. Aku tanya untuk buka kedai. Disuruhnya aku berniaga di hujung sebab katanya yang lain dah ada orang booked. Hujung pun sampai hujung mana aku nak pergi sebab bukan ada penanda / apa2 pun. Aku cuma nak buka satu meja sahaja. Lepas dapat buka meja, disuruh jangan letak barang dulu etc. Aku ikut sahaja sebab orang baru. Walhal dengan satu meja tu sahaja, aku rasa anytime aku boleh alihkan barang-barang kalau empunya tapak datang.

Akhirnya aku dapat juga tempat yang aku rasa begitu strategi. Kedai sebelah aku tahu aku orang taman ini, jadi dia cakap " kalau dah berniaga, berniaga sahaja, jangan berhenti. Tengok macam orang lain, dari jauh datang nak berniaga di sini". Sedap sikit telinga aku dengar.

Aku berniaga sampai pukul 11 pagi dan terjual juga barang. Walaupun setakat borak-borak kosong dengan peniaga lain, aku dapat sedikit ilmu dalam bisnes sambil kongsi pengalaman. Ini pengalaman yang aku rasa tak boleh dijual beli. Rasa macam minta sedekah bila nak cari tempat. Then MALU aku pun dah berakhir (buat masa ini ...... hehehe).

Wednesday, 17 September 2008

Andai Ku Tahu - Ungu

Lagu ini dah lama berkumandang di radio tapi tak pernah ambil "pot". Seorang ustaz menyanyikan lagu ini semasa ceramahnya (sedap pulak suara ustaz tu), ada makna. Layan!!!


Lirik lagu taubat
Penyanyi:Ungu
Lagu:Andai Ku Tahu

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umur ku
andai ku tahu kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut akan semua dosa dosa ku
 aku takut dosa yg terus membayangi ku

andai ku tahu malaikat mu kan menjemput ku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa dosa ku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu

aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di syurga

andai ku tahu kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangiku
ampuni aku dari segala dosa dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu

Monday, 25 August 2008

DIY - Keychain holder

Dulu zaman belajar, suka mengumpul keychain. Maklumlah student, mampu beli souvenier murah & senang nak dapat pulak tu. Kat rumah memang banyak keychain & I letak dalam small basket sampai berhabuk. So, need to do something with this "valuable" things. How to make key-chain holder. (Dapat ilham dari rumah Abang Long) Bahan diperlukan : (1) Papan (Ambil dari almari anak. Bahagian yg tak digunakan but still simpan this papan under bed sampai berhabuk). (2) Penyangkut for key-chain (bentuk ?) (3) Penyangkut for papan Ukur papan dan tandakan untuk buat lubang. Setiap lubang berjarak 5cm antara satu sama lain. Ketullah dulu penyangkut for papan. Then ketuk penyangkut for key-chain. Then gantung key-chain .... dah siap. Tengoklah hasilnya.

Tips : Cari papan nipis / polisterin pun ok juga utk gantung key-chain yang ringan.

Sunday, 27 July 2008

Basikal Muda Ku

Basikal ini beli after dapat untung jual minyak wangi ... hehehe. Kononnya nak nampak something yang boleh buat kenangan. Berguna juga basikal ni. Semenjak minyak naik, pergi kedai naik basikal sahaja. Naik motor memang seriau. Tapi memang I suka naik basikal. Dah biasa hidup di Jepun dengan basikal. Bakul belakang khas untuk Imran. Petang bawa Imran jalan2 & my 3 daughters akan follow di belakang with their own bicycles. Masa mula naik basikal dengan anak-anak, ada makcik tegur .... "Fizah, macam anak dara, macam adik dengan kakak" ... tak tahu la perli ke apa, tapi 2-3 orang dah tegur, aku mula lah perasan ... hehehe.
Nak tambah bakul di hadapan. Senang nak letak barang. Tunggu RM mengizinkan.

Monday, 17 March 2008

Press Conference for Egyptian Potion

I was invited to meet the press by En Joe with others top 5 distributors in Malaysia. Alhamdulillah even this is only my part time business, atleast someone appreciate what I did. Tak sempat nak ambil banyak gambar sebab press pun sibuk ambil gambar.