Wednesday, 20 July 2011

Tukang Jahit "Emergency"

Saya ni suka menjahit. Ikut MOOD jugak. Bak kata diri sendiri, "Baju sendiri pun tak siap". Project langsir rumah my Busu, dia dah selamat masuk rumah baru tapi saya tak siap2 kan langsir. Nasib baik dia cakap, "Nak guna masa RAYA".

Pagi semalam saya BZ menjahit langsir. Sepupu saya SMS at 11pm malam kelmarin, minta tolong jahit langsir 5 keping. Pada mulanya saya tolak sebab MOOD nak jahit takle datang tiba2 ... kononlah. Dia memang minta tolong sesangat coz tempat kerja dia nak adakan function, and langsir/kain tu nak guna di stage nanti. Terpaksa le cakap OK.

My "buah hati" sedang menjalankan tugas. Sungguh kerekot jari-jemari ku.

At 9:15am, dia hantar kain. Kalau boleh nak at 11:00am. Saya cuba jugaklah. Nasib baik rumah TUKANG JAHIT EMERGENCY banyak benang warna-warni. Kalau tak, mahu jer guna benang putih untuk kain warna maroon. Alhamdulillah, berkat anak2 masih tidur (seorang demam), sempat saya habiskan 5 keping kain langsir itu. Jahit lurus sahaja tapi sebab jahit lurus le saya "kureng".

<== Muncung tukang jahit "Emergency". Sambil concentrate menjahit, sambil pikir diri tak mandi lagi, masak pun belum lagi, nak ambil anak balik sekolah ...blah, blah, blah ...

Lepas tu sepupu datang nak ambil tapi dia request ada lagi 2 kain putih nak kena jahit. Kain tu dah ler berjela-jela panjang, jenis kain yang stretchable pulak. Sepupu terpaksa le tunggu saya menjahit sambil melayan saya pot pet pot pet berborak. Atlast before 12 noon, dah siap !!

Hahaha ... dapat upah RM20. Kalau sedara-mara minta tolong jahit, memang saya tak ambil upah pun. Tapi ni untuk kegunaan company dorang. Lagipun sepupu kata, "Ambil jer, suruh hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif, datin kata mahal". Petang tu Datin (Boss sepupu) suruh tambah lagi RM5 duit upah.

Tapi betullah, time nak dekat raya ni tukang jahit "demanding". Kakak saya hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif sebab baju dia ada bocor skit je. Baju baru 1st time pakai, takkan nak buangkan?? Cha Ya Nun Alif tu reject. Atlast TUKANG JAHIT EMERGENCY jugak was ON CALL.

** Tak lama lagi Tukang Jahit "EMERGENCY" pun nak kena demand lebih2 :-)

Petang pulak saya BZ bawa anak2 pergi klinik. Nabilah demam & Imran pulak cirit-birit. Tapi ni takde kaitan dengan makan durian sebab mereka tak suka durian.

16 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kena emergency juga baru leh siap ek akak....teringin nak belajar menjahit tapy x berlajar2 pow....kena ada tangan seni gak kot bab jahit ni pow ngeee

NM02 said...

saya kalu ada seni dalam menjahit ni, mmg la nak sangat... tapi bukan amek upah la, utk pakai sendiri aje.

Chik Na said...

mana la nak dapat upah murah macam gitu..baju kurung sepasang dah RM 45

ashra said...

hehe.saya pun suka gak menjahit tapi ikut mood.gamaknye mmg tak le amik order la..
berangan nak buat langsir kalu sok2 ada umah baru.tapi tah bila ye.hehe

Unknown said...

demand asalkan hasil kerja nye bagus tak salah..:)

Teratak Hami said...

Ayu,
Ha ah time emergency memang laju jer tapi ikut mood jgk.

Niza,
Betul tu, atleast boleh buat baju sendiri. Upah skrang pun mahal. Kekadang lagi mahal dari harga kain.

ChikNa,
Murah kan?? Beli lauk tghari pun dah separuh dari tu .. huk, huk ..

Ashra,
Akak tengok awak jahit aritu ok per... idea kreatif. InsyaAllah ada rezeki rumah baru :-)

Teratak Hami said...

Papa Mifz,
Akak takle demand lagi sbb hasil kerja ngak bagus .. *** mengaku sendiri

NzA said...

nak jahit langsir 3 keping boleh!!!!!hi.hi.hi....sesuka suki je menempah...

wah, bravo!!!!boleh jahit secpt itu....

Teratak Hami said...

Kak NzA,

Sanggup ke nak hantar ke Melaka. Buat habis duit minyak jer.

Mek Rose said...

eh kene amek gak upah tu..kos letrik, benang, jarum patah agagagagaa

anumuchan said...

okla tu kak..lepas beli mcd tu..haha..bestnye pandai jahit..sy kalau pndai jahit, teringin nk jahit baju kurung sendiri.tp tak reti kan..huhuuu

rasp said...

saya kalo bab2 mood menjadi mmg kelaut je lah....

Kelab Kembar Malaysia said...

As salam tuan tanah

jom join gathering kembar

http://amrafahan.blogspot.com/2011/07/gathering-beraya-dengan-geng-kembar.html

Teratak Hami said...

Rose,
Memang dah ambik itu upah & dah habis pun.

Anum,
Jahit simple2 jer. Baju sendiri pun tak siap.

Rasp,
Minat orang berbeza-beza :-)

Bapak kembar 3 AM,AN,AF ...
Tu musim raya, banyak open house ler :-)

zuwairiaiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik ;)

wahida said...

saya kalau part jahit seluar koyak pandai la...hehe...