Monday, 25 July 2011

Dah boleh mengundi ??

Sabtu lepas pergilah Career Fair di MITC, Melaka. 1st time pergi. Selama ni carik kerja ONLINE jer. Wah seronok sebab boleh pilih2 gitu. Kalau rasa macam sesuai, isi borang then hantar resume. Doakan semoga ada ler rezeki kerja di negeri kelahiran sendiri... huk! huk!!

Masa dah nak balik, ternampak ler counter SPR. So dapat ler mendaftar dengan jayanya. Ya Allah, umur dah "lanjut" baru nak daftar?? Di manakah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia?? Hehehe ... dulu time sibuk orang berpilihanraya, saya pun sibuk berkempen tapi dalam company je ler sebab membidas kata2 pembangkang ... kononnya!! Tapi diri sendiri pun tak mendaftar!!

Apasal lambat daftar??

"Saya baru balik dari oversea!!"

Jawapan yang Ringkas dan padat walaupun hakikatnya, berada di Malaysia sahaja. Alasan tak boleh diterima.

Hanya sekeping kertas

"Mahal" harga kata2 di kertas itu.
Ramai ke yang pernah jadik "hantu-hantu" daku sebelum ini :-) ??

Nota kaki : Petang ni baru boleh blog walking !!

10 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ayu dah 2 kali mengundi start umur 21thn...nampaknyer kali ke3 this year x mengundi kot malas nk gi embassy ngeeee

Kelab Kembar Malaysia said...

kalau pilihanraya tahun ni tak sempat kot nak mengundi...

Teratak Hami said...

Ayu,
Kalau gie embassy, boleh claim tak? My sister dari KL balik Melaka semata-mata nak mengundi, dapat jugaklah duit minyak.

Huszaini,
Tak boleh pun takpe, janji dah daftar. Selama ni rasa bersalah jer :-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x sure sebab x pernah buat...but if duduk luar kawasan then balek mengundi mmg dia org kasi duwet...claim kat geng yg di sokong nanty ngeee

wahida said...

dah daftar, tapi tak pernah mengundi lagi...huhu...

Mek Rose said...

baru merasa mengundi sekali ..masa umor 21 rasanye huhuh

NM02 said...

tak pernah daftar





mmmmm... entah le

Teratak Hami said...

Ayu,
Harus claim. Tak kisah le undi mana pun :-)

Teratak Hami said...

Wahida,
Tahun ni kalau ada pilihanraya wajib undi tau !!

Rose,
Umur 21 tahun tu mesti tengah excited. 1st time le katakan.

Teratak Hami said...

NM02,

Dah layak mendaftar sebab umur dah 33 tahun. Nanti nak kena pikir nak kasik alasan apa sebab tak daftar.