Sebenarnya dah lama aku bisnes kecil-kecilan dan dah setahun lebih aku bisnes online. Aku cuba apply tapak di pasar tani Sek13 Shah Alam tapi memang susah nak dapat. Dah banyak minggu aku survey tempat, sampai ke taman lain, tapi aku beranikan juga diri untuk buka kedai di taman sendiri. Dulu risau pasal lesen la, tapi aku ada terbaca artikel yang bertulis macam ini "Orang Mxxxx macam ini, sibuk pikir pasal lesen la apa la, bila masa nak buka bisnes? Bisnes dulu jadi boleh tanya dengan orang yang dah berniaga di situ. Nak tunggu dapat lesen, dapur pun tak berasap." Lebih kurang macam tu la ....
Sebagai permulaan, hari sabtu (13/12/2008), aku berjaya buka kedai di Pasar Tani di taman perumahan aku. Alhamdulillah kerana dah lama aku impikan tapak untuk bisnes. Di sini tidak perlukan sewa, masa yang panjang dan pekerja kerana aku sendiri yang menjual. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tak boleh tidur malam dibuatnya. Macam-macam benda yang aku pikirkan. Sebenarnya MALU ....
Pagi after subuh, aku dah mula mengangkut barang masuk dalam kereta. Kejutkan anak-anak sebab atleast boleh cover malu aku. Nasib baik Nabihah nak bangun ikut aku.
Akhirnya aku dapat juga tempat yang aku rasa begitu strategi. Kedai sebelah aku tahu aku orang taman ini, jadi dia cakap " kalau dah berniaga, berniaga sahaja, jangan berhenti. Tengok macam orang lain, dari jauh datang nak berniaga di sini". Sedap sikit telinga aku dengar.
Aku berniaga sampai pukul 11 pagi dan terjual juga barang. Walaupun setakat borak-borak kosong dengan peniaga lain, aku dapat sedikit ilmu dalam bisnes sambil kongsi pengalaman. Ini pengalaman yang aku rasa tak boleh dijual beli. Rasa macam minta sedekah bila nak cari tempat. Then MALU aku pun dah berakhir (buat masa ini ...... hehehe).
2 comments:
Cam best jek kan berniaga nie. Kalau ada "product" mmg siok menega. Just that memula tu cam segan sikit. Tapi kalau dah naik semangat tu, memang rasa teruja sangat.
congrates Aja.... u overcome the fear kan... aku pun minat gak niaga tapi tulah tengah nak cari tapak wat permulaan :D
Post a Comment