Wednesday, 17 December 2008

Bercuti di Melaka

Dah lama rasanya tak update blog ini. Aktiviti menulis terpaksa dikurangkan sebab busy dengan kerja sebagai "minah kilang", bisnes, family ......... tak sabar rasanya nak tunggu cuti panjang.

Ini update pasal cuti ke Melaka. Cuti raya haji lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Actually balik kampung tapi sebab tidur di hotel, so terasa macam bercuti. Hotel kami pilih terletak dekat dengan Bangunan Stadhuys (bangunan merah tu). Murah dan tak mewah ... tapi ada 4 katil bujang so semua dapat tidur atas katil. Ayah dah standby dgn toto.

 Kami sampai agak lewat sebab jalan jam teruk dari Nilai. Sampai bandar Melaka pun masih sibuk lagi. Rupanya Shah Rukh Khan datang untuk ambil pingat "Datuk". Rugi pulak tak bertolak awal, mana tahu boleh naik Menara Taming Sari bersama ... hehehe.

Kami tersesat di Bandar Melaka hingga ke Jonker Street. Buat malu sebab nama sahaja orang Melaka. Dah bertahun-tahun tak ke bandar, so memang banyak berubah di Melaka ni. Banyak jalan dah jadi sehala.

Malam Sabtu kami berjalan-jalan di Banda Hilir, survey tempat dulu. Memang terbeliak biji mata aku bila tengok segala-galanya berubah. Padang Pahlawan dah takde, so dah takde tempat naik kereta lembu. Belakang & depan Mahkota Parada memang penuh dengan bangunan-bangunan. Tapi aku boleh berlagak dengan husband sebab masih ingat jalan shortcut dari Banda Hilir ke hotel di Banda Kaba.

Pagi Ahad kami checkout dalam pukul 10am. Pergi menuju ke Eye On Malaysia. Kononnya takut kena beratur. Lucky sebab waktu kami turun, beratur dah panjang. Gayatnya naik tinggi. Aku tutup mata masa naik atas. Anak2 sibuk nak tunjuk itu ini …

 Next, kami naik Menara Taming Sari. Masa ni dah penat sebab berpusing-pusing cari parking dan panas pulak tu. Yang ini kurang gayat sebab space luas sikit kot. Next, menuju ke kapal. Ramai sangat orang, rasa tak selesa. Nasib baik dlm kapal ada aircond.

Then kami naik beca menuju ke A Famosa. Kalau datang ke Melaka, jgn lupa naik beca. Rasa macam tak complete je perjalanan. Untuk keluarga kami yang ramai ni kenalah naik 2 beca. Walaupun penat, kami gagahkan juga diri ini naik Bukit St Paul. Nabihah sampai menangis sebab hati nak panjat bukit tapi diri penat agaknya. Atlast sampai juga dia di atas.

Turun dari Bukit St Paul, naik beca ke Stadhuys. Kat sini kami rushing sebab beca hanya utk ½ jam sahaja. If terlebih, kena bayar double. Last but not least, River Cruise. Sempat lunch dengan nasi bungkus sebab kami ada 1.5 hours sebelum boleh naik boat.

Dalam boat, kids semua keletihan. Imran dah tertidur di pangkuan ayah. Teringat masa naik boat di Mines, dia tidur juga. Banyak juga biawak dalam Sungai Melaka. Anak-anak sibuk mengira biawak dari tengok permandangan sekeliling. Cruise mengambil masa 45 minit gitu.

On the way nak balik, sempat lalu di sekolah lama ku masa darjah 1 dan 2, Convent of the Infant Jesus. Tak tahu la kenapa kami bersekolah di sini. Dahla jauh dari rumah. Di sekolah ini permulaan sejarah aku menangis dan tak mahu masuk kelas. Tiap-tiap hari lepak belakang kelas kakak aku. Dan sejarah ini berulang masa aku masuk STF, cuma di STF aku lepak kat phone booth.

1 comment:

PerantauSepi1306 said...

yashhhh melaka mmg dah maju skang... aku pegi last in 2007, la ni lagi byk menda yang ado kot :D