Pokok mangga yang Glomac tanam depan rumah. Sedap kalau buat jeruk.
Ni koleksi pokok orkid yang tak pernah berbunga. Pokok2 lain ditanam dari saiz kecil. Bertahun nak tunggu jadi besar. Kalau rumput cepat pulak panjang.
Anak pokok cili, papaya & pokok bunga melur. Papaya tu my kids semai. Banyak pulak anak pokoknya. Nak buang terasa sayang. So I just alihkan ke pasu besar & sepokok I tanam di luar kawasan rumah. Entah hidup ke tidak???
Pokok yang "disayangi". Masa beli pokok ni besar sejengkal sahaja. Sekarang dah besar. Maybe kalau tanam di tanah / pasu besar, lagi besar tumbuhnya.
Pokok bunga melur ini baru beli hari sabtu lepas. Rm 5 sepokok. Hopefully tak beli tersalah pokok. Bunganya harum. Dulu arwah nenek suka cucuk bunga melur kat sanggul.

No comments:
Post a Comment