Tuesday, 18 November 2008

Kelip-kelip at Kampong Kuantan

Hari Ahad kami pergi tengok Kelip-Kelip di Kampong Kuantan. Ini kiranya plan tergempar juga sebab selalunya kalau tiada hal penting, kami jarang keluar bersiar-siar pada Ahad malam. Pada mulanya kami sangkakan tempat kelip-kelip jauh dari rumah kami. Ayah said about 1.5 hours perjalanan. Mcm nak balik Melaka pulak jauhnya. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 5:30pm. Lagi sekali, Imran terpaksa ditinggalkan. Kami tiba around 6:00pm, dekat sahaja rupanya. Now ada jalan baru, ikut estet, so tak perlu drive sampai ke pekan Kuala Selangor yang penuh dengan traffic lights etc. Jalan estet ni ok, banyak kereta guna cuma kalau malam after 10:00pm, hati-hati sikit sebab rasanya takde lampu jalan. Di penghujung jalan tu betul-betul jalan masuk ke jeti kelip-kelip. Kaunter tiket buka 7:00pm, so kami pergi dinner di restoran berdekatan. Nabilah dah lapar sangat ke? Tiket naik sampan RM 20 seorang?? (lupa pulak, need to check dengan cashier). <== Nak betulkan. Satu sampan RM40, boleh naik 4 orang dewasa. Life jacket disediakan. Sebelum pergi kami survey about this place. Masa yang tidak sesuai tengok kelip-kelip ialah (1) hari hujan (2) bulan terang. Kebetulan kat Saujana Utama memang hujan tengah lebat dan pertengahan bulan, so memang bulan tengah mengambang.... hehehe, memang tak sesuai betul tapi kami redah je. Alhamdulillah kami dapat juga naik sampan dan tengok keajaiban ciptaan Allah. Terpegun sekejap tapi dalam hati, takut juga .... sunyi & gelap ...
Maisarah dah bersedia dengan life jacket. Susah nak tengok kembar pose macam ni ....
Soksek / Gossip : Kat sini ada pulak laki bini bergaduh. Si suami pekerja kat situ, diserang oleh isteri dia. Macam filem hindustan pulak, baling-baling pasir dan berlaku pergelutan antara suami dan isteri. Atlast si suami hilang sabar, kuncikan isteri dalam tandas dan telefon polis. Terpekik la si isteri. Mat-mat salih yang concern siap suruh carikan kunci, nak bukakan pintu. Atlast polis datang. Yelah buat kacau kat tempat pelancongan. Rupanya they all dah bercerai. Isteri tu orang indon. Si isteri mengamuk bila dengar si suami nak kahwin lain bulan Dec ni .... begitulah kisahnya. Wah macam saksi utama pulak. Semoga jadi pengajaran untuk kita2 ...

3 comments:

MisY said...

mahalnya tiket tu! satu sampan boleh baik berapa org? berbaloi ke kalau terpaksa naik 2 sampan? berapa lama tgk kelip2 tu? ada tak sampai 1/2 jam?

Teratak Hami said...

Hi Yanti,

Need to preview after confirmed dgn cashier. Sampan RM40 & boleh naik 4 orang dewasa. Tgk kelip2 around 1/2 jam camtu ..

PerantauSepi1306 said...

lama dah teringin nak pi tapi tak sampai-sampai jugak ;D

hmmm dpt tgk darama swasta la plak ye..