Thursday, 31 October 2013

Baby sitter for one day only

Today offer diri jadi baby sitter. Jaga anak kakak seramai 3 orang (2 boys-9 year & 8 years old, 1 girl - 2.5 years old) + anak sendiri 4 orang. Kakak ada seminar di PD selama 3 hari. Husband dia pulak kena kerja.

They all dah janji dgn baby sitter tapi last minute baby sitter kata tak boleh jaga. Semalam husband dia bawa semua anak dia pergi kerja. Yang kecil tu melalak sahaja. Hubby pulak takde rumah - outstation selama 10 hari. Ribut ... ribut ... Memang boys dilahirkan nakal sikitkan?

They all kata taknak panggil MAKCU, panggil MAK SOM sebab suka marah budak, garang etc. Ehhhh .... tengok astro ceria tadi, macam dalam Hikayat Putera Syazwan je ... Mcam mana I tak garang, ada ke Adam berdiri atas sofa nak baling bantal ke anak I. I tahu anak I takkan cedera teruk kalau kena bantal, tapi I takut bantal tu terkena kipas, habislah berterabur kekabu....

Si kecil, Hana Safiah memang talkative. Dia suka main bersama Imran. Dari Imran bangun tidur, sampai ibu Imran tertidur, Hana sentiasa bersama Imran. Hana panggil Imran "baby lat" (Baby Bulat). Dah berkali-kali I ajar panggil "IMRAN" tapi dia tak pandai nak sebut.

No comments: