Thursday, 31 October 2013

Sehari di SU bersama anak2.

Bangun pagi macam biasa, cari sarapan. Naik basikal bersama Imran untuk menjimatkan petrol. After beli breakfast, cari lauk untuk dimasak.

Today plan nak masak udang masak lemak kunyit - favourite Nabilah. Beli juga ayam seekor, tak tahu bila nak masak agaknya??? Penat juga mengayuh basikal, naik bukit. Selalu OK sahaja. Tak tahu pulak kenapa hari ini boleh semput.

Suapkan anak makan nasi lemak 1 bungkus coz today seorang sahaja request nak nasi lemak, yang lain kuih-muih. Sambil suap anak, suap juga mulut sendiri. Then ikut kak emy pergi nursery, cari pokok utk. tanam di Q-Dees. Beli 1 pokok jambu air.

Kak Emy bukan jenis rajin nak bercucuk tanam. Berpeluh-peluh mencangkul tanah. Kawasan tu tanah berbatu. Atlast selamat juga tanam 1 pokok. Kawasan Q-Dees luas, kalau lah dapat kawasan rumah luas begitu, macam2 plan nak buat.

Balik dari Q-Dees, tidurkan Imran yang keletihan. Biasanya Imran akan tidur waktu pagi after mandi. Then masak. Terlupa pula nak beli kunyit. Serbuk kunyit pun dah habis. Terpaksa le mengayuh ke kedai semula. Nabihah & Maisarah tolong tumbuk bawang. Sekejap sahaja siap 1 lauk. Kalau masak udang, lauk lain tak perlu sebab anak2 akan mengadap lauk tu sahaja. Kalau hubby ada, masak sayur, goreng ikan etc ..

Petang bawa anak2 pergi playground di Saujana Utama 3. Semalam pun pergi ke situ. Hubby takde, merayau sahaja bersama anak2. Beli apam balik & pisang goreng untuk minum petang di playground. Anak2 enjoy main slide, swing etc. Imran pun cuba2 juga main slide. Next time kena bawa bola untuk Imran sebab kawasan di situ luas. Ramai parents bawa anak ke situ. Main layang-layang, jogging, tengok rumah2 contoh di situ. Lanscape pun cantik ...

No comments: