Wednesday, 6 November 2013

Susahnya nak gather-gather.

Anak-anak makin besar. 3 orang anak yang teratas semuanya perempuan. Dan saya menghadapi masalah bila nak ajak mereka ke majlis-majlis rumah orang. Dah le saya keseorangan, layan diri dan perut sendiri sahaja la. Uols ada hadapi masalah gini tak?

Hari Ahad (2 November 2013) paksa jugak mereka ikut sebab ada 3 majlis (open house Deepavali, kenduri kawen, Aqiqah). Majlis kenduri kahwin tu adalah majlis perkahwinan anak saudara saya jadi anak2 saya kenalah hadir jugak.

Share gambar2 di majlis Deepavali. Saya memang tak ambil gambar. Gambar2 di bawah di share oleh kawan.

Family yang suka makan. Nabihah (belah kanan), suka ada roti canai.

My Luqman.... tengok di sebalik gambar. Tangan Maisarah tengah "usha" makanan ibu. Sharing is caring.

Banyak lagi makanan susulan selepas ini. Alhamdulillah, kenyang.

Luqman with my officemate. Tengok tengok baju Luqman .. hehehe... *Ibu perasan.

T-shirt Luqman "BORN CUTE JUST LIKE MUMMY" ..... ada yang jeles ke?

Of coz kakak2 la jeles. Mereka memang selalu jeles dengan ibu. Lebih-lebih lagi kalau ibu beli lotion baru, celak mata baru, lipstick baru etc ... apa-apa yang pasal pompuan, mereka jeles.


10 comments:

nazayiena said...

Dah nama anaknya perempuan,mesti nak minat nak berlipstik dan bercelak bagai....

Chekgu Azrine said...

Hai luqman...comelnya awak...

JunAina said...

Salam...

Anak2 bila semakinmembesar memang macam tu susah nak ikut mak ayah lagi. Kita pulak kadang2 nak pergi majlis tak berteman seganlah pulak.

Kniedaz said...

anak-anak saya yang baru 2 tahun lebih tu pun dah pandai suruh belikan lipstik n celak...inikan pula yang dah nak remaja tu hehe...

Rasp said...

sis...anak akak yg 3 teratas dah besor panjang...
slalu jer dorang ku tinggalkan...
bukan sengaja tapi mmg dorang tak nak ikut sama...
memang susah ler nak paksa ikut bersama....
si kecik jer lah yg slalu folo...
tu pun kkdg dia nak dok rumah dgn abg & kakak2 dia...

Fazlinil Irma said...

assalamualaikum kak..
lama tak tinggalkan jejak utk akak..
moga Allah terus berikan kekuatan dan kesabaran utk akak membesarkan anak2..

insyaallah.. tak lama lagi anak2 perempuan akak boleh diharap utk membantu.

Aku Rindu PadaNYA. said...
This comment has been removed by the author.
working mom... said...

salam kak...

lama tak jln2 blog akak ni...dah anak dara semua yang atas2 tu ye...twins pun dah besar... :) ramai la assistant akak...luqman si hensem boy .. :)

Fazleyatul Aini said...

luqman dah beso hensemmm tuu

Anonymous said...

anak kami yg lelaki sulong memang kalau boleh manjang nak dok rumah kecuali kalau dia yang keluar ajak shopping.
kalau ada majlis gather2 memang kena paksa juga tapi kenkadang layankan jer malas kalau kat sana asyik dok tanya bila nak balik.