Semenjak menjadi surirumah, memang jarang makan fastfood. Bukan sebab tak berduit / tak mampu
(jangan cakap takde duit, nanti takut rezeki makin sempit). Dan aku pun dah lama tak menjamah Double Cheeseburger Mc Donald kegemaranku dulu!! Tak rasa teringin langsung!!!
Disebabkan cik abang outstation, mulalah episod malas memasak. Seminggu masih ok lagi, masuk minggu kedua, mulalah "menjelajah" ke restoran. Tapi hari Isnin lepas memanglah tersangat malas nak keluar cari makanan. Malam memang plan nak masak maggie sahaja. Tapi akhirnya maggie pun malas.
Kebetulan my sister, Kak Ina datang ke rumah kami seorang diri. Tu pasal dia dah suka sangat tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah", nak tinggal seorang kat rumah pun seram la tu. Dia suggest suruh order Pizza. Adoii, aku dah le tak suka sangat Pizza, so buat tak tahu jer. The kids dah excited coz dorang memang suka sangat Pizza. Sanggup keluarkan duit sendiri!!! Try telefon, Pizza hantar ke kampung kami ni ke? Duduk kat Saujana Utama pun tak pernah order Pizza!!! Akhirnya we got our large Pizza (Thai Seafood)+ sebotol Pepsi at 9:50pm (order 9:20pm). Puas hati the kids.
Gambar sekadar hiasan
Just nak bagitau korang
hehehe .............. :-)
The next day anak-anak ada exam bulanan. Nabihah bukan menghafal spelling etc for the exam tapi dok menghafal no telefon Pizza Hut. Dia dah cakap nak order Pizza bila their cousin, Jade, tidur di rumah kami. Maksudnya Jumaat ni??? Oh no, Pizza lagi!!!
Pizza Hut 1-300-88-2525
No comments:
Post a Comment