Dah 2 bulan tinggal di Melaka, mula lah gatal seluruh badan nak keluar berniaga. Duduk kat rumah 24 hours memang sometimes membohsankan .... uwah, uwah... I need fresh air outside, nak jumpa orang & nak buat something yang aku minat ....of course Bisnes!!!
Survey tempat berniaga macam kat pasar tani kat Saujana Utama. Demanding skit, nak hari Sabtu /Ahad pagi sahaja. Cari punya cari kat internet, jumpalah CarBoot Sale di MITC. Komen2 di internet pasal area itu, memanglah menghampakan. Tak puas hati, gie survey dengan abang. Peniaga ada le dlm 10-15 khemah tapi pelanggan boleh dikira!!! Peniaga kat situ pun bercakap, "Datang sini setakat nak jumpa kawan2 berniaga bolehlah. Nak kaya, memang susah ler" .... "Kami dari lepas raya dah berniaga kat sini, promosi kurang .... tapi sabar jelah". Mereka masih mengharapkan MIRACLE berlaku. Katanya masa perasmian oleh Tok Ali, ramai pengunjung. Maybe sebab takde promosi kot.
Got GREEN LIGHT from abang. Hari Ahad memang tak masak coz hari berkumpul lunch di rumah PAMA, so memang aku boleh spend time berniaga. Apalagi, belum cuba, try, test, belum tahu .... Apa aku jual ye?
One Drop Perfumes, Patchwork, Bags, Kuih Apam Gebus, Kuih Bakar. Benda2 ni semua dah ada in stock cuma Apam Gebus tu aku buat and Kuih Bakar tu ibu aku buat. Aku tambah 4 new tote bags.
Terlalu excited, seram sampai tak boleh nak lelapkan mata until 1am. Then awal pagi lagi dah terjaga. Kalau pergi berniaga, aku prefer ALONE!!! (Ada orang tanya kenapa? tak malu ke seorang ....??, Malu memang tak cuma takde specific reason). Pergi ke tapak berniaga at 7:30am, still takde orang. At 7:45am, barulah ada peniaga datang. Memang mengharukan. Dah le tempat memang tak ramai orang, urusetia and orang2 FAMA (jual makanan) pula "lari" ke Klebang coz ada karnival lain. Urusetia takde, muzik pun takde. Tinggallah kami dan khemah2 kami terkontang-kanting di situ. Before 12 noon, ramai peniaga2 dah balik. Camne pun, alhamdulillah ada juga barang aku yang terjual. Apam Gebus aku habis!!! And rasa Apam Gebus dapat feedback yang baik. Bolehlah aku mengorak langkah lagi jauh....fuhhh, berangan tak sudah!!! Plan memang banyak, nak distribute ke kedai2 la tapi, banyak sangat la aku punya TAPI .... camne le nak maju kan?? Next week insyaAllah try lagi. If everyweek the same condition, rasanya kena cari tempat lain jugaklah.
** Tak sukanya bila berniaga minyak wangi, ada peniaga dok promote kat kita minyak wangi yang dia jual jugak. Suruh jadi agen. Modal dahle kena banyak. Dah tu dia jual pun takde orang nak beli, rasanya kalau aku jual, berduyun-duyun ke orang datang membeli? Cukup cukuplah aku dengan ODP.
1 comment:
Salam,
eh..your family dah tak duk saujana lg ker?...twins sekolah mcm mane??
patutlah lame xnampak di kedai2 sekitar su... :)
Post a Comment