Saturday, 5 February 2011

Menderma

Bila kita bersedekah/menderma, patut ke diwar-warkan? Niat ikhlas tak perlulah di"heboh"kan kerana boleh menimbulkan riak kan?

Kami berada di kampung Mersing. Kebetulan ada karnival di tepi laut. Karnival ini dianjurkan untuk amal Palestine. Selalunya pada waktu petang memang kami lepak di tepi laut, makan keropok lekor sambil anak-anak bermain di playground. Alkisah Hubby jalan-jalan di karnival untuk cari keropok lekor.Tengah berjalan, hubby ternampak Tabung Derma for Palestine. Dia pun masukkan RM1. Tiba-tiba petugas yang tengah pegang microphone boleh bersuara "Seringgit sahaja bang" .... apa reaksi korang kalau terkena situasi camtu?? Hubby memang bengang sebab macam mematahkan semangat orang nak menderma/ sedekah. Malu pun ada coz terkena ditempat awam. Petugas tu terus mengalihkan pandangan setelah hubby tengok ke arah dia. If terkena pada diri aku, mungkin aku akan cakap "face to face" ....

Untuk petugas2 kerja amal, awak buat kerja amal, insyaAllah dapat pahala tapi janganlah patahkan semangat orang nak menderma. Apa yang kau harapkan dari orang menderma? RM50? RM100?? Dan tak salah jika cakap "Terima kasih" sahaja.

No comments: