Story kat sini aku nak cerita pasal buaian. Buaian tu masih aku simpan lagi. Masuk rumah sewa ni, ada pokok jambu & pokok hiasan. Pada mulanya dua-dua pokok ni nampak macam scary sangat sebab tak dijaga. Daun merimbun. Owner rumah ni dah suruh tebang pokok hiasan tu tapi aku nak jugak sebab nak gantung buaian. Atlast dorang trimmed je kasi cantik. Lepas tu pepandailah kami kemaskan kat area tu. So terhasillah buaian gantung.
Kat sini la tempat kami selalu lepak.
Nabihah syok sendiri !!!!
Kalau depan mata mak bapak, "sopan" sahaja they all bermain. Tapi bila kami tak nampak, dorang jadikkan macam EXTREME PARK.
Buaian di tangan twins! Twins ni banyak idea yang naughty-naughty tau!! Every Jumaat malam dorang akan ajak cousin dorang, Jade (Std 3) tidur di rumah kami. So the next morning, kalau boleh after solat Subuh lagi dorang nak pergi keluar rumah, main buaian.
Nabilah in ACTION!!!
Apa dorang kisah seksi camne pun, janji ENJOY. Twins suka aksi2 extreme. Maisarah suka duduk di buaian warna biru. Kat situ dia selalu "mencari ilham". Semenjak masuk Std 4, sometimes ada homework yang kena buat karangan, BM dan BI then kena baca depan kelas. So now Maisarah pun dah tukar cita-cita untuk jadi seorang penulis novel. Nasib baik tak penulis blog!!! Jangan tak tahu, dia dah ada DIARY!!!
Twins memang anak "yang baik". Kan aku dah kata, masih tak percaya??? Di suatu petang, mereka telah menyebabkan pintu pagar rumah tercabut. Kiranya kalau orang nak masuk pun boleh. Dorang takde kerja agaknya, main baling2 selipar keluar pagar. Hubby pulak outstation. Dah senja dengan selambanya mereka bagitau, "Ibu, pagar dah tercabut". Hangin satu badan and apalagi terkeluarlah "tanduk" aku. Aku tak beri dorang masuk rumah and suruh dorang betulkan malam tu jugak. Dah tak kisah jiran2 nampak etc. Then telefon hubby, minta pandangan boleh ke aku "dera" dorang camtu? Kalau ibu2 yang penyayang macam aku... ahaks!!! mesti rasa bersalah "hukum" anak2 kan? Atlast before 8pm dorang dah settlekan.
The next day, hubby cakap pagar tu memang dah reput, memang tunggu masa jer nak tercabut..... Eh, macam nak buat aku rasa bersalah jer??? Nasib baik mulut aku je bising, rotan aku pegang sahaja. Tu pun dah boleh buat dorang meleleh .... DRAMA betul!!







No comments:
Post a Comment