Friday, 18 March 2011

Jepun dan Tsunami

Last week (11/3/2011) dunia digemparkan dengan berita gempa bumi 8.9 skala richter dan Tsunami 6-10 m di Jepun. Antara tempat yang kena bencana ini, mostly belah utara di Miyagi, Iwate, Fukushima and Airport Sendai. Keluarga boss Jepun hubby selamat walaupun harta benda mereka musnah. Tempat tinggal mereka memang betul2 dekat dengan tempat gempa bumi. Tapi the day kena hit, the boss still boleh discussion & meeting macam biasa. If terkena kat kita, rasanya mahu 1 Jepun kita contact kan?

Minggu ni pulak kecoh pasal loji nuklear Daiichi Fukushima yang meletup. Habis la masing-masing risaukan kesan radiasi. Kesan radiasi dah sampai ke Tokyo. Kawasan Tokyo memang sentiasa sibuk tapi bertukar lengang sebab rakyat Jepun tidak keluar rumah untuk mengelak terkena radiasi. Kesan radiasi ni mungkin tak bahaya sekarang tapi kesannya mungkin boleh mudaratkan generasi. Berdoa semoga tak sampai ke Malaysia.

Alhamdulillah rakyat Malaysia di Jepun masih okey. Rakan2 FB yang masih di Jepun selalu jugak update status. Kami sentiasa mendoakan semuanya selamat.

Masa aku hidup di Jepun, biasa dah dengan gempa bumi ni....ceh, ceh, ceh.... Tapi selalunya tak kuat, ~4 skala Richter. Tempat gempa baru-baru ni jugak dekat dengan tempat aku dulu kat Tochigi. Tochigi ni dikelilingi oleh gunung-ganang, tu pasal kalau masa musim sejuk, sejuk "bodoh" sebab takde snow (ada snow tapi bukan sepanjang musim sejuk). Camne pun merasa the 1st snow masa Krismas in 1995 (tahun pertama dtg Jepun). Jepun panggil White Christmas.....

"Poyo" face semasa White Christmas (25/12/1995)

Teringat first time terasa "jishin" (gempa bumi). Masa tu aku stay kat tingkat 4 di apartment belakang gambau tu. Aku rasa bergoyang, ingatkan angin tiup masuk ke dalam bilik melalui sliding door yang ternganga, rupanya kat berita ada jishin. Yang best kalau ramalan cuaca kat Jepun. Bagi aku memang accurate. Kalau di bagitau esok salji turun, 99% memang turun. Begitu jugak kalau diberitahu ribut taufan nak datang, memang akan datang la ...... so kita boleh get ready.

Okey, okey... dah melalut.

No comments: