Sunday, 3 April 2011

From Dubai to Crystal Bay

Yeah, yeah.... 3DHS balik Malaysia!!!!

3DHS balik from Dubai, cuti sekolah for 2 weeks katanya. Kebetulan semalam mereka berada di Melaka. Before lunch lagi dah plan nak makan ikan bakar dan segala seafood di Umbai. Idea yang bagus coz rasanya seumur hidup aku ada ler sekali sahaja pergi ke Umbai, tu pun masa kecil. Masa tinggal di Selangor, kalau balik kampung, "terbayang-bayang" masakan ibu di Bukit Beruang yang sememangnya lagi best. Keinginan nak pergi ke Umbai tu takde tapi kalau gathering2 camni, boleh sahaja.

Kami dah get ready sebelum Maghrib. Perut dah berkeroncong dah ni. The 3DHS' family sampai depan rumah after Isyak. Nasib baik dah alas perut dengan Maggie. Tu pun "berebut-rebut" dengan the kids.

Kami pergi ke Crystal Bay di Alai sahaja. Dah lewat malam & dekat sikit lokasinya bandingkan dengan Umbai. Senang nak cari, guna AMJ highway then belok kanan ikut signboard ke Umbai, Merlimau. Jalan straight sahaja, nanti akan jumpa tempat2 nama Kandang and Ayer Molek & rasanya after 2nd jambatan, sebelah kanan terletaknya pintu gerbang Cystal Bay. Sekolah Agama Sharifah Rodziah terletak depan sikit dari jalan besar tu so if dah lepas sekolah tu maksudnya korang sesat ler. Lepas pintu gerbang, jalan depan sikit then ikut jer signboard ke gerai-gerai makan.

Ada sungai di antara gerai2 di luar and gerai2 yang ke dalam skit. (Photo dari http://jasonmumbles.com/2008/09/kampung-styled-seafood-alai)
Ada ~10 gerai seafood. Pilih mana korang suka. Parking pun banyak. Surau jugak disediakan tapi kecil sahaja (Surau perempuan la). Orang memang tersangat ramai walaupun dah hampir pukul 10pm. Before cari meja nak makan, Abang Kamal survey gerai mana yang masih ada seafood banyak, while kami "dipaksa" survey untuk meja makan. Pilihan masakan semua diurus oleh Abg Kamal.

Kami makan makanan sampingan dahulu seperti otak-otak, jelly kelapa & nasi lemak (bukan sampingan ni!). Kami dok berborak until semua makanan sampai. Start makan pun dah pukul ~11pm. Servis memang lembab skit kat gerai kami pilih tapi tak kisah la sebab takde nak rushing apa2. Semua seafood ada, ikan siakap, ikan pari, ketam, udang, sotong, kerang etc .... Masakan pilihan memang variety. Kami "meratah licin" hampir kesemua pinggan di atas meja. Belen beberapa ketul ketam, kami tapau bawa balik.

The kids selepas kenyang

Lupa nak tengok pukul berapa kami keluar dari gerai makan. Rasanya 12am lebih. Thanks to Kak Ina coz belanja makan. Dia kata harga kami 2 families dinner sampai ter"over" kenyang tu lebih kurang sama macam lunch "biasa2" dorang kat Dubai. Wow...... mahalnya hidup kat Dubai!!! Kami kena kumpul duit nak ke Dubai ni ...

1 comment:

MisY said...

saya pernah ke crystal bay, adik saya yg sama kejer toshiba dgn awak tu, bersekolah agama di situ.... now kalau suruh ke sana, jalan pun dah tak ingat jalan.