Wednesday, 27 April 2011

OREO Muffin

Tergoda dengan Oreo Muffin yang Chik Na buat (Thanks... sharing is caring). Dah lama simpan bahan2, tapi setiap kali beli OREO, hilang dimakan oleh the kids. Ingredients simple and senang nak buat.

****************************************************

Resipinya:
Bahan-bahannya:
250gm butter
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri - shift
1 tsp baking powder - shift
4 biji telur
1 tsp esen vanila
8 - 10 keping biskut oreo - hancurkan bersama krimnya
Caranya:
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo di dlm mangkuk adunan, pukul selama 2 minit.. jangan over beat
  2. Masukkan oreo yg telah dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sekejap
  3. Pipekan adunan dalam papercup muffin
  4. Bakar dalam ketukar yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 10-15 min
****************************************************

OREO Muffin yang saya buat :-

Next time saya kena kurangkan gula, maybe 3/4 cawan. Color kurang menarik sebab saya gunakan 8 ketul Oreo sahaja. Rasa?? MARVELLOUS, FABULOUS, AWESOME !!! Percayalah...

Dapat ~80 ketul guna papercup kecil.

Mungkin akan ada conversation camni ketika anda sedang mengaul adunan??!!

Anak : Ibu tengah buat apa tu?

Ibu : Nak buat muffin.

Anak : Kenapa susah-susah? Makan camtu pun boleh juga. (mengendeng nak oreo lagi le tu)

Ibu : (dalam hati) Betul juga cakap anak aku.

Makan oreo begitu sahaja pun dah sedap, tapi kenapa kita susah-susah nak buat Oreo Muffin?? Jangan terpedaya dengan kata2/sindiran anak/suami, teruskan niat suci anda untuk men"try" resepi Oreo Muffin ini.

4 comments:

Unknown said...

salam ziarah

Cik Puan Izan❤ said...

hai..salam kenal...^__^

nampak sedap muffin tu..bolehla cuba nti..tapiii...pastikan oreo disorok terlebih dahulu...hehehe...

Teratak Hami said...

Salam perkenalan Norlie

Teratak Hami said...

Salam perkenalan Cik Puan Izan,

Cuba jgn tak cuba!! Tips nak buat Oreo Muffin hanya 1, sorokkan oreo. Boleh?? :-)