Monday, 9 May 2011

Mee Racun @Qasreena Cafe, Taman Puncak

Hubby texted in the FB : "check it out....hujung minggu ni kita explore http://nisayachiru.blogspot.com/2011/04/tempat-makan-best-di-melaka-selain-ikan.html "

Saya begitu teruja sebab dah lama cari restoran yang best2 untuk acara makan2 di hujung minggu. Dan paling penting, hubby nak belanja, harus tunaikan :-)

Kami pilih untuk ke Qasreena Cafe, Taman Puncak, Bukit Katil. Selalu dengar pasal restoran ni from my sister, so kena pergi juga!! After Maghrib hari Jumaat, kami ke sana. Cafe ni memang "pelik" locationnya tapi perniagaan nampak maju. Maybe masakannya sedap, customer silih berganti and servis pun cepat.

Menu kat sini pun pelik2. Apa kami makan?

Hubby pilih Mee Racun. My friend told me that Mee Racun paling sedap di Batu Pahat. Emm, jauhnya... maybe next time!! Rupa & rasa Mee Racun macam Mee Hailam tapi pedas sangat2.

And hubby ordered Bandung Soda. Orang Johor suka lah ni. Ada 3 layers, Susu, Sirap, Soda.

Nabilah ordered Mushroom Soup. Banyak tangan berebut2 nak merasa tapi Nabilah kedekut.

Kedekut tahap Gaban. Kesian her twin, Nabihah hanya mampu merenung!!

Lucky Boy, Imran ... berjaya mengecek!!

Imran ordered Chicken Chop. Berselera sungguh dia makan. Tak padan yang gigi rongak, selera Western tu!!!

Maisarah ordered Snack Bucket. Nabihah tak order apa2. Pelikkan sebab dia budak yang suka makan. Walaupun tak order apa2 tapi dia tetap kenyang sebab semua makanan orang lain dia rasa.

Saya ordered Roti Canai Western. Tak ada .. (frust!) then ordered Roti Tampal Jantan (2eggs). Nak sebut pun malu. Takde lagi (frust 2nd time!). Akhirnya pilih Nasi Goreng Belacan Tanjung Kling. Tak padan hidung yang sinus teruk!

Saya kepedasan!!! Saya hanya makan beberapa suap sahaja and hubby tolong habiskan.

Deria rasa saya tidak berfungsi on that day disebabkan sinus, so saya tak dapat menikmati makanan. Alahmdulillah kenyang jugak. Tapi bab pedas, masih boleh terasa. Semua menu yang kami pilih ni memang SEDAP. My hubby & anak2 suka.

5 comments:

Ija Zambry said...

wooo itu rupenya mee racun itu! pedas sgt ke k aja? ke memang akak jenis tak tahan pedas? tinginnyeeee..

Teratak Hami said...

Ija,
Memang pedas and akak memang tak suka pedas. Tengok anak2 makan macam ok jer :-) Nanti carik kat BP pulak.

Nisa Yachiru said...

Wah..da g ke? hehe..rndu kat snack basket..nyummm2.... ^^

Teratak Hami said...

Nisa,
Awak stay di Melaka ke? Anytime can go lagi.

None said...

waaahh...sedapnye nampak, suka pedas2 ne...=)