Semalam semasa di Anthem Mall, aku and Simon dinner kat food court. Aku lapar sungguh sebab tak sempat nak sarapan di hotel and then masa lunch pun hanya makan maggie.... hehehe. Malas nak keluar dari hotel. Kat sini panas bukan main lagi. Camne pun aku kena jgk habiskan stok maggie 2 packs aku tu before balik Malaysia. Kat Anthem Mall aku makan Mexican food. Ni je benda yang Halal dimakan. Yeah! yeah! ada nasi ...Terlalu mengenyangkan. Cukuplah memberi tenaga untuk kami bershopping until midnight.

Hari ini cuti Independence Day. Missed breakfast lagi. Dah tu asyik tidur around 5~6am. Subuh masuk cepat 3:40am then aku melayan anak-anak dengan video call. Pagi-pagi "buta" (around 2am) pun sempat masak maggie, LAPAR!!! Siap potong bawang, tumis and letak udang. Jet lag lagi ke? Kat M'sia pukul 5pm.
Waktu lunch Simon bawa gi Italian Restaurant. Makanan Jepun dah, Siam dah, fastfood dah, mexico dah, so this time Italy pulak. Aku dah berangan nak makan spagetti. Restaurant tu belakang hotel je ... Tengok menu, spagetti ada chicken pulak. Atlast same menu macam sebelum2 ini, SALMON. Makanan datang silih berganti. Mula-mula salad, toast and appetizer - mussels (request taknak letak wine) then barulah main menu. Alhamdulillah, kenyang sungguh. Simon sampai tak larat nak habiskan makanan.
Cantik restaurant ini, rasa macam setiap sudut nak bergambar

Menus :
Kalau tengok style masakan mat salih ni macam senang je. Yang penting ada cheese.
(1) Salad and mussels. Yang putih atas salad tu Cheese, masin sesangat. Mussels super delicious.

(2) Salmon and toast. Salmon ni sedap jugak tapi tak sesedap kat Japanese Restaurant.

Hari ini public holiday so ramai mat salih makan kat luar. Even kat hotel pun, kami dapat memo bagitau ramai pekerja hotel cuti so sesiapa perlukan servis mcm tukar towel ke, kena inform awal-awal.
Next makan-makan aku rasa macam Red Lobster . Simon dah "berbunyi".
No comments:
Post a Comment