Friday, 20 November 2009

19 November 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME...
Terlambat pulak nak wish untuk diri sendiri dalam blog ni. Bertambah lagi setahun umur. Aku ambil cuti. Terima kasih pada kengkawan yang wish birthday kat aku. Penuh dalam FB tapi sebab aku tak aktif lately, so sorry la!!! Baca thru email sahaja. Macam-macam perkara berlaku pada hari bersejarah ni :-) 1) Maisarah dapat Anugerah dari sekolah. Ia cuma Anugerah Kehadiran Penuh, tapi aku bangga dengan Maisarah. Dia tak pernah ponteng sekolah
  • walaupun tertinggal van (kenalah jalan kaki and masuk lambat ke kelas),
  • walaupun ada sekali dua beg sekolah tertinggal (ibu terpaksa bergegas balik dari PJ to Sg Buloh) dan
  • walaupun ibu selalu terlupa bawa kain sekolah Maisarah, apalagi pinjam kain sekolah anak jiran la. Nasib baik ada jiran yg baik hati and ada anak yang sama saiz.
    (1) Maisarah dapat hadiah (2) Maisarah with her best friend, Syabiha. Syabiha pun dapat Anugerah Kehadiran Penuh dan No 1 dalam kelas.

Aku pergi ke sekolah awal, excited nak tengok penyampaian hadiah. Nak tunggu Maisarah dpt hadiah lama sangat. Aku sempat balik rumah 2 kali, basuh and sidai baju. (2) Hanizah dapat 5A Anak saudara ke-3, anak abang long dapat 5A. Anak sulung and menjadi harapan dan contoh untuk adik-adiknya. (3) Hadiah birthday??? Hubby belanja dinner di SU je. Tempat pilihan kami, Kedai Kopi Labu-Labi. Tapi sebab ramai sangat orang (masing-masing celebrate UPSR kot), so kami pun berpindah ke De Melody Cafe. Pokok ni "hadiah birthday" dari Makcik Rubiah (jiran next few doors). Lepas balik dari majlis penyampaian hadiah, dengan still ayu berbaju kurung, aku angkut pokok besar ni dari rumah Makcik Rubiah. Tapi bukan seorang, NAK MATI, berat woo!!! Aku, Makcik Rubiah dan Kak Sal (babysitter) tolak guna trolley ke rumah. Sambil tu diiringi dengan kanak-kanak. Kecoh and meriah sepanjang jalan. Kak Sal tolong tanamkan pokok ni di laman rumah aku. Then habis laman rumah aku dibersihkan oleh Kak Sal dengan pasu-pasu disusun semula. Almaklumlah, aku ni suka tanam sana, tanam sini dan sampai tak terjaga. Ni statement Nabilah “Sukalah ibu sebab rumah ibu dah jadi hutan” …. Yes, aku suka kalau ada laman yang penuh kehijauan. (4) Pergi ke library. Dari malam Rabu dah janji dengan anak2 nak bawa gie library. Kononnya nanti dah cuti sekolah, ramai yg pinjam buku and takut tinggal buku yang tak best je …. Tamak!! Penat mengangkut pasu dan bersihkan laman tak habis lagi, layan juga la anak-anak. So dapatlah pinjam 9 buah buku (seorang 3 buah). Semoga cuti sekolah dorang terisi dengan membaca tanpa peningkan kepala Kak Sal (babysitter).

5 comments:

nadia said...

happy belated bday sis!wah2 tak sangka bday kita beza sehari je..:)

MisY said...

tahniah maisarah!

Teratak Hami said...

Nadia,
Happy belated birthday to you.

Yanti,
Thank you ... Congrats to your son, dpat 5As.

Masshah said...

semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki..amin!

Unknown said...

hepi belated besday kak... smoge panjang umo,dimurahkan rezeki... dan hepi2 slalu bersm2 family...