Thursday, 22 December 2011

"Pecah Telur" @ Brastagi - Day 3

Brastagi ni ala-ala Cameron Highlands. Dingin sangat. Pepagi lagi kami dah check out untuk ke bandar Brastagi.

"Pecah telur" sana, "pecah telur" sini ...... "Pecah Telur" ??

Early in the morning lagi kami dah start bershopping. Kedai pun ada yang baru bukak. Tu pasal kami asyik cakap "pecah telur" masa nak mintak harga murah & penjual pun cakap "pecah telur" bila suruh kami membeli.

Kat Brastagi ni banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Pisang kaki murah bangat. Sekilo 10000 Rupiah (=RM3.5 ).

Pisang kaki

Buah-buahan macam markisa, pisang kaki etc sangat manis dan fresh. Sayur pun fresh.

Tomato

Bunga-bunga pun banyak .... geram je tengok

Posing "pecah telur" di pagi hari. Ayoyo ... nampak perut ku !!

Kraftangan pun banyak. Barang kraftangan boleh beli kat sini sebab kat Pasar Ikan@Medan macam kureng jumpa le pulak.

The kids naik kuda. While ibu bz with shopping.

Kuda adalah haiwan yang kuat dan tahan lasak. Tak kira berapa berat pelanggan, semua "diangkut"nya. Mungkin secara terpaksa :(

Abg Long, Abg Ijan dan Aiman di depan ... all the "fatty" .. jgn mare ;-)

So ni barang-barang yang saya dah "Pecah Telur" @ "Pecah Rupiah"...

Beg dari patchwork batik. Saya suka sebab UNIK. Beli 3 sahaja (untuk ME, mak mertua dan isteri boss hubby). Rugi tak beli banyak sbb nampak cantik pulak. 3 bags untuk 100,000 Rupiah (RM35).

Selipar untuk dalam pantang ... hehehe. Actually sepasang tu nak kasi boss hubby. Tapi macam tak sampai hati pulak nak kasi, boleh??

Of course .... FM

Kami menuju ke Medan. Ni ambil masa "kurang lebih" 3 jam .... bila sampai Medan, mulalah terasa "sesaknya" dengan kenderaaan dan orang.

Kami dibawa ke 1 kedai ni. Maybe tour guide akan dapat komisen kot kalau bawak customer. Kedai ni jual telekung tapi kami tak berminat nak beli. Kat kepala kami dah ingat nak ke Pasar Ikan sahaja.

PASAR IKAN, here we COME. No ikan2 ok !!

Kat sini ada banyak kedai2. Kami rambang mata tengok telekung, kain ela, kain batik, kain pelekat etc .... kraftangan saya tak carik sebab kain2 telekung yang bergantung2 dah buat kami fenings....

Telekung sulam penuh antara 200k~250k Rupiah ( RM70~) ... mahal lagi pun ADA. Yang biasa2, dah cantik bersulam pun dalam RM35 shj.

Mdm Principal dan Ardilla fenings nak pilih telekung.

Joke of the day : Sibuk dorang carik telekung yang ringan. Telekung ringan ke berat ke, yang penting amalannya :-)

** Next N3 saya share apa yg saya beli di Pasar Ikan ye :-)

Hujan renyai-renyai tapi jangan risau coz kedai2 kat PASAR IKAN ada bumbung. Penjual2 jalanan ramai yang "follow", jual hanger tudung, key-chain etc ... tapi kalau taknak, cakap skali je / takyah bersuara terus!!! Makin bersuara cakap "TakNak" ke "Dah ada" ke, makin galak dorang promote. Kalau boleh jangan ada eye contact pun. Ni pengalaman saya yang shopping dalam kumpulan la. Kalau dah sorang berhenti nak tengok telekung ke, yang lain tu mesti kena "follow" dengan penjual jalanan.

Masa dah time coz kami terpaksa check-in ke hotel untuk lunch. Kami tinggal di Deli River Hotel. Jauh 12 km dari bandar dan sangat peaceful. Kalau 1 family je maybe saya tak tinggal di sini kot. Sebab macam takde orang lain check-in (ke mungkin dah fully-booked oleh kami ??)

Imran start muntah2 .... kesian si kecil ni mabuk. Dah ajar petua MAKAN ku kalau mabuk tapi tak jalan :-)

Lunch di bilik sahaja. Masakan memang SEDAP.

Ulam dan sambal cili merah ... marvellous !!!

ON YOUR MARK

GET SET

GO !!!! Yeah, si "tua" try test mainan tu punye safety.

Ramai yang menolong angkat barang ... jangan lupa TIPS nya ye buk :-)

Azan pun boleh dengar. Hubby kluar sembahyang Subuh dan disuruh jadik Imam di masjid berdekatan. Pada mulanya bimbang jugak saya. Yelah kat tempat orang kan.

Selama 3 hari 3 malam the kids merengek, akhirnya di Deli River Hotel ni dorang dapat LEPAS GERAM kat swimming pool.

Kena pakai swimming-suit dan kami sewa. Seorang 6000 Rupiah (RM 2.1 ) ... eh, eh baru ku perasan, murah bangat !!!!

Dah malam, gereja berdekatan dok pasang lagu. Adoi nasib baik tak dapat "menembusi" tidur ku.

13 comments:

wahida said...

kat Indon mmg ramai org duk ikut kita sana sini suh beli barangan dorang...teringat kat Bali dan Bandung, dorang nampak mmg susah, tapi pak supir kami ckp nampak je susah tapi rumah besar tau...hehe...

ieja amieja said...

seronoknyer shopping kat sana yer..mana taknyer nmpak semua brg murah2 jer..MIL sy pun rajin kirim kwn2 dia beli telekung kat sana..lbh mahal lebih cntk buatannyer..

Chekgu Azrine said...

tak tahu pun hami mengandung.. congrats erk.. hehehe

kurus said...

bestnya tmpt nie kak ..
hurmmm murah tuu pisang kaki tuu ..
kalau sini rm 1 sebiji huhuh

Teratak Hami said...

wahida,
Rezeki berniaga kot sampai boleh buat rumah besar2. Pernah dengar rumah bibik di Indon lagi besar dari rumah majikan di M'sia.

ieja amieja,
memang cantik sulaman telekung kat Indon. Tapi akak takde borong sangat.

chekgu azrine,
Masih baru lagik.

ieda,
Pisang kaki memang murah kat sana. Tu pasal kami beli jugak. Dah le rasanya manis.

mama ju said...

Salam

Tkasih Hami, seronok tgk blog ni. Nanti mama tgk2 lagi.
Sek agama mmg 9A. tulah anak mama miss satu, dpt B!

kasihredha said...

bag tu cantik

HRZHeritage said...

memanggg murahhh la n berbaloi la sewa swimmingsuit tu ye kak...
menarik la trip medan akak ni... blh masuk dalam wishlist saya..heheheeh

HRZHeritage said...

alamak td tu saya kak!
~mak encik | sz~

Daddylicious said...

seronok sangat tu kan...:)

^^nu[dd]yra^^ said...

akak!!!!!!!!!!!!!!!....cuti2 indonesia ker?sy lamer giller x singgah sini..blog sayer pon sy lamer x update....best2nyer dapat g jalan2 kat saner...teringat sy g bandung n jakarta tahun lps time cuti sekolah...yg akak cakap pasal pnjual jalanan tuh mmg btollllll...kl x nak beli jgn cakap aper...kl x diorg akan mngekor jerrrrrrrrrrrrr~

IxoR@ said...

Nampak selesa kat hotel tu ya kak...

hmm... yeayy nampak pewot eh... hehe....

;D

Nur-nba said...

Alahai seronok percutian akak ni.
Memang teruja dengan gambar2 akak dalam entri ni. Lepas ni, Nur kena bercuti lagi ke Indonesia.. hehe