Wednesday, 28 December 2011

Shopping untuk diri sendiri

Setelah berpenat-lelah shopping untuk anak-anak, emm ...... baju budak2 still takde stok, so no worries, lets jolly at the other way. Now shopping ibu punya barang pulak ye :-) Sebelum gie Medan, aku ada cerita pasal dapat kerja kan. HR officer tu cakap start 1/1/2012 (of course 3/1/2012) tapi until today, surat pun takde. Dah called tapi dorang kata tunggu surat jugak. Alahai, macam nak tak nak jer ambil aku kerja. Aku tak kisah ler lambat pun, atleast kalau lambat, boleh jugak aku gie hantar anak masuk sekolah on the 1st day. Nak tunggu surat cinta memang boleh jadik kertu. Aku ambil initiatif untuk buat preparation awal .... tetiba je kan, selalu last minutes??!! Apa sangat pun, setakat beli kain ela kat Jakel ... hehehe .... Nak buat baju kurung. Baju kurung ni pun maybe pakai untuk sebulan dua sahaja. Andai kata takde rezeki aku kat kerja tu, baju ni akan ku pakai pada raya 2013 .... ishhh, kenapa tak tahun 2012? Sebabnya, raya tahun 2012 insyaAllah aku akan beraya dengan kain batik, T-shirt dan segala macam pilis, param, bengkung, minyak herba. Faham tak? Sure cik abang ku happy. Jimat budget raya !!!!

No comments: