Tuesday, 20 December 2011

OTW to Lake Toba - Day 1

Sepanjang perjalanan, banyak lalu kawasan kelapa sawit dan perkampungan. Jalan ke Lake Toba dan Brastagi semua "style" kat bawah ni. Sempit dan naik turun bukit-bukau, gunung-ganang.

Kalau cakap 5 jam untuk ke sesuatu tempat, dun expect nak sampai "kurang lebih" 5 jam jugak ye. Atleast tambah beberapa jam lagi. Mengikut kata Pak Adam, susah berlaku kemalangan walaupun jalan sempit gini.

Otw, Pak Adam dok sebut "Tang-Tang, Teng-Teng, Ting-Ting, Tong-Tong, Tung-Tung"
dan sambungannya "Pang-Pang, Ping-Ping, Pong-Pong, Dodol Wijen"

Ikhwan (anak sedara) suka benar bila setiap kali Pak Adam cakap gitu. Apa bendanya itu??

Kami singgah ke PATEN. Kat sini je le boleh jumpa "Tang-Tang, Teng-Teng, Ting-Ting, Tong-Tong, Tung-Tung" . Inilah bendanya.

Kacang2 macam Bepang, kacang salut bijan, kacang tumbuk etc ....

Habis tester kami meng"test" .... takpe banyak lagi kat dlm almari tu.

Cuaca panas memang sedap "menyedut"

Lepas dah shopping jajan2, WAJIB xtvt melompat tau !!!

Nabihah melompat, Danial dok peratikan "Apa le sepupu aku ni !!!"

Turn Danial pulak melompat macam tak melompat. Sgt sopan gitu :-)

Jade punye turn pulak. Si kecil Hana tak sempat.

Apa le yang suka sgt tu? Sampai merengkot badan Nabilah.

Abang Long ku dengan gaya takle nak lompat. See the badan la :-)

Saya seronok tengok environment sekeliling kalau travel ke mana-mana. Walaupun panorama takle seindah mana, tapi atleast dapat jugak tengok tempat orang.

Arial TV yang gedabak ini menarik perhatian ku.

Signboard berbunga-bunga. Kalau dah bersusun banyak2 di tepi jalan, nampak cantik. "Selamat Bahagia" = Kahwin, "Selamat Jalan, Kami turut berdukacita" = Kematian, "Selamat Sukses" = Baru buka bisnes.

Mula nampak kedai2 Bxbx Panggang etc. Nak Panggang, Lomok-lomok ~~~ ni je yang saya nampak. Kembang tekak wei ... nasib baik tak nampak the "real".

Setelah hampir 6~7 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Parapat. Dari jalan raya yang atas gunung, kami dapat menikmati keindahan@keajaiban Danau Toba. Ikut sejarah, Danau Toba ini terjadik dari ledakan gunung berapi 70000 tahun dahulu. Kat tengah2 Danau Toba terbentuk pulak sebuah pulau iaitu Pulau Samosir. SubhanaAllah ...... amazing sungguh !!!!

Kami singgah solat jamak di Masjid ini.

Meneruskan perjalanan yang tak jauh pun untuk ke hotel ... opss, singgah shopping sebentar ye di pekan Parapat :-) .... banyak jual mangga. Pak Adam kata mangga kat situ sungguh manis. Saya tak angkut mangga tapi angkut FM :-) I LIKE .... the girls beli gelang2. Lagi sikit nak jadik Mami Jarum.

Kami check-in di Hotel Niagara. Atas bukit & dingin jer. Check-in ke bilik masing2.

Kami conquer di 1 rumah tu. Ada 3 tingkat & semuanya ada 6 bilik. Bilik kami ada extra bed.

Bilik kami

Di bilik memang takde air-cond sebab sejuk semula jadi. Water heater untuk mandi adalah. Kami dinner di hotel. Masakan dorang ni kureng pedas ghupanya.

Hubby & Abg Ijan (BIL) sempat layan snooker lepas dinner. The kids pun join, join buat kecoh. ME layan tidur.

Sekitar Hotel Niagara.

Belakang tu Lake Toba

Maisarah (10 thn) & Aiman (11 thn)

The kids "meleleh" air liur tengok swimming pool. Sorry, takde masa nak berenang.

Nota : Perlu di ingat ye, kena ready dengan "duit kecil" rupiah coz kat sana semua main tips jer. Tolong angkat bags pun beri tips. Dorang tak mintak tapi Pak Adam dah beritahu kami. Macam dah jadi culture dorang. Anggaplah sebagai sedekah.

9 comments:

Qhaifa Nur said...

best pergi lake toba..
dengar pon gitu gak..buat itu ini mesti nak duit..banyak sedekah banyak pahala kita dapat

ashra said...

cantik eh lake toba..
dari kecik2 selalu dengar dan teringin nak gi.tapi tah belum lagi jejaknya..

bila lah agaknyeeee.....

che mid said...

Che Mid suka sekali tengok anak-anak dara sunti bertudung.. so sweet.. sejuk perut ibu mengandung..

Chekgu Azrine said...

bestnya cuaca kat Danau Toba erk.. kena pegi ni.. hehehe.. bandung pun cuaca mendung jek..baju pakai seharian pun takde bau daaaa...

Unknown said...

seronok je tgk anak2 akak semuo...
gmbr bwh sekali,pool tuh,cantek...

cikliah said...

Bestnyer pegi ramai2...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sakan shopping x akak???
menu best ekkk

Teratak Hami said...

Ayu,
Setiap tempat shopping skit2 je .. bawak RM pun x banyak.

NzA said...

bestnya p rombongan ramai2 camni..meriah....