"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Tuesday, 21 December 2021
Thursday, 15 August 2019
Resepi Puding Karamel
Malam tetiba terasa nak buat puding karamel. Sementara anak-anak ada kat rumah (cuti sekolah), ada le orang nak perabiskan nnt.
Resepi mudah je. Ikut resepi Azie Kitchen. Tapi selagi tak buat, tak tahu apa yang do & don't kan?
Saya buat bermula pukul 9.30 malam hingga 12 lebih. Kukus 2 round.
1) Saya buat letak dlm bekas besar. So dpt le 8 bekas.
2) Kuah gula karamel tu letak sedikit shj dlm bekas. Mmg manis. Untuk adunan ni, kuah gula ada lebih. Next time boleh guna.
3) Sebab bekas besar, 1 jam lebih juga mengukus π.. sila pakai bekas kecik !!!!
4) Saya x tutup bekas puding / penutup pengukus, so air memang ke puding la akhirnya.
Apa-apa pun... sedap!!!!

![]() |
| Sebelum dikukus. Cantik shj kejadiannya :) |
Puding Karamel Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas
Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla
Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
Cara cara:
Goreng
gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan
air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan
periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau
sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus
supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus
dengan tuala.
Bila
masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup
supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.
Vanda Orchid
Vanda Orchid π
Mula-mula saya beli Vanda sebab berkenan dengan akarnya yang berjurai ke bawah. Kalau tengok pasu, kecik je. Saya beli RM25 sebab takde bunga & tak tahu bunga color apa. Just nak cuba jaga. Nampak subur berbunga mcm ni, ON la utk tambah koleksi π
Rumah orkid saya kat belakang tu. Still nampak kosong. Mula jaga orkid bila pindah ke rumah di Bukit Katil awal tahun aritu. And ibu saya nak buang orkid2 dia. Saya kutiplah & tanam semula. Ada juga dr rumah mak mertua.

Wednesday, 14 August 2019
Cara nak biakkan Vanda Orkid
My one & only vanda dah keluarkan bunga. Masa beli bulan 5 aritu, tak tahu color apa. RM25. Nampak macam purple. Purple pun purple la.. π

Macam mana nak biakkan Vanda?
Kawan beritahu, kena tunggu 2-3 kali berbunga. Nanti akan keluar anaknya. So boleh kerat dan pastikan dikerat pd anak yang ada 2-3 akar. Baja jgn lupa, air secukupnya sebab Vanda mudah keluar anak bila pokok sihat.
Sabar ye !!!
Cara jaga kolam ikan jadi bersih
Siapa ada hobi deko2 laman mcm saya?
Pasu air terjun ni saya letak ikan guppy. Senang.. low maintenance. Tak perlu guna filter. Saya rasa mcm membazir letrik je π
Tapi guna air tapis, atau air paip + anti-klorin.
Tips terbaru saya cuba praktikkan. Tanam pokok guna tanah merah dan letak dalam kolam tu. Pasu/bekas tak berlubang tau. Lepas masukkan dlm air, biarkan air clear dulu, baru masukkan ikan. Ada orang dah buat, setahun tidak perlu tukar air.
Lets look and see :)
Lets look and see :)
Semangat berblog kembali
Dah bertahun tinggalkan dunia blog. Ada lagi ke kawan-kawan yang masih aktif berblog?
Terima kasih kerana sudi hadirkan diri di Teratak Hami.
Oklah... hopefully tak berkubur lagi blog ni. Stay tune everyone :)

Friday, 8 March 2019
Big Bowl Ice @ MITC
HAPPY WOMEN'S DAY... since today is our day (gegirl only), hari Jumaat pulak tu, rehat panjang. So pergilah kami merasmikan Big Bowl Ice yang baru bukak depan ofis kami.
Harga boleh tahan. SEJUK pun boleh tahan.
Love this quote :
Semoga Cerdikmu Secerdik Aisyah,
Cantikmu Secantik Ainul Mardiyah,
Pengobananmu Setinggi Sumayah,
Ikhlasmu Seikhlas Rabiatul Adawiyah,
Kesabaranmu Seperti Aisyah,
Kemuliaanmu Seperti Maryam,
Kesetiaanmu Seperti Khadijah &
Ketaatanmu Seperti Fatimah…
& moga tempatmu di syurga Al Jannah
Aamin

Imran - Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019
Since kakak ku nak tulis buku mengenai Luqman, so saya macam bersemangat pulak nak update blog. Di sini boleh corat coret tentang our life. Yelah nanti dah tua, dah lupa.
Imran terpilih utk sertai Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019 di SK CIJ 2. Petang semalam dia beritahu, dia terpilih.
"sebab Imran antara yang cemerlang Sains"
Me... what????!!!!
Bila masa pulak cerita ni saya tak tahu?? hahaha...
Apa-apa pun, gudluck Imran. Sentiasa sayang Imran. Sentiasa ada doa khas utk Imran.
Thursday, 2 August 2018
Marker pen untuk batu hiasan
Saya adalah peminat beli barang kat Lazada. Bila balik rumah lepas kerja atau malam before tidur, tergolek2 atas katil sambil tangan gatal jer survey barang kat Lazada. Time begini memang macam-macam idea shopping keluar. Laju je tangan "Add to chart" ... esok malam survey lagi sampai beberapa hari, dah puas hati, baru beli.
So ni ha... terbeli Marker Pen untuk tulis2 kat batu. Now dah musim nak berkebun le pulak. Jangan marah saya !!! π
Harga = RM25.70 .. nak conteng apa ye ??

Sunday, 29 July 2018
Luqman panjat pokok
Hari Ahad dah jadi macam routine ke rumah Bukit Katil. Today ada kawan-kawan datang nak ambil rambutan yang bersepah-sepah. Sambil-sambil tu bercadang nak kemas bilik solat.
Today datang dengan Luqman sahaja. Tu pun dalam kul 2.00 pm baru pergi. Imran tak ikut sebab tak solat lagi & buat homework.
So Luqman try panjat pokok. Suh hantar kat Imran dengan caption, "Jeles tak tengok Luqman?" π

Labels:
Permata Hati Activities
Cantas pokok rambutan
Kat depan rumah Bkt Katil ni ada 1 pokok rambutan. Dah besar + tinggi pokok ni. Alhamdulillah tahun ni buah banyak. Actually saya dah minta orang kampung pajak tapi sebab orang tu busy berniaga durian, so atlast dia tak ambil pun buah rambutan saya. π’ Buah pulak dah kat hujung2, tinggi2 sampai nak kait pun payah.
Atlast saya suruh orang cantas jer. Orang tu suruh abiskan buah dulu, Alah leceh ler... nanti sayang pulak buah sampai busuk kat pokok. So saya upah orang tu cantas - RM300 untuk 2 pokok (pokok rambutan & pokok jambu kat belakang rumah). Sampah dilonggokkan di hadapan rumah sebab nak sewa tong pun dah RM180. Kita takde "cable" kat Majlis, kalau tidak maybe boleh le keneng2 untuk dpt service free. π ... takpelah.. takyah cerita benda yang takde.. hehe.
Saya pun suka bakar2, so bakar le skit2 nanti... agak2 berapa bulan baru habis???? π

| Sebelum dicantas besarnya begini. Bahagian atas sampai dah terkena wayar elektrik. |
![]() |
| Dalam proses mencantas |
![]() |
| After - togel habis.. hehe |
Saturday, 28 July 2018
I'm back
Assalamualaikum w.b.t
Dah bertahun jugak tak update blog ni. bersawang, bersarang...π π π
Tetiba rasa FB, Insta tak se"best" blog.
Di blog boleh cerita apa-apa tanpa perlu ramai yang LIKE.
Tapi saya mengharapkan ANDA-ANDA selalu lah melawat blog saya ini.
Semoga ada pengalaman, ilmu yang boleh dikongsi bersama.πππ

Tuesday, 9 August 2016
Hadiah buku asas jahitan beg
Semalam saya dapat hadiah yang best sangat. Hadiah buku Seni Asas Jahitan Beg 2. Fresh from the oven sebab buku baru siap cetak. Owner sendiri, Pn Norwahidah yang beri tau.Yang buku 1 dh lama beli.
Macam mana boleh menang?
Peraduan apa?
Peraduan melalui FB ini masa bulan 4 lagi. Buku pun belum dicetak :)
Hari Sabtu pagi masa keluar peraduan ni. Orang tak ramai bukak FB lagi kot. Bila nampak peraduan ni, saya kenalah screenshot QR Code tu dulu. Then berlari ke rumah sepupu saya, rumah sebelah je. Hantar whatsapp QR Code ke handphone sepupu saya. Kebetulan handphone saya dah ada QR Code reader, so scan le guna handphone saya untuk baca QR Code yang telah dihantar ke handphone sepupu saya. Payah tak? Itu sahaja cara cepat yang saya terpikir. Tapi berbaloi sebab MENANG.
Yang berminat dengan buku ini. Boleh carik di kedai-kedai buku.
Harga
Sem. Msia = RM26
Sabah/Sarawak = RM29
tidak termasuk pos.

Monday, 8 August 2016
Hotel bajet di JB - Hotel De Angsana JB
Twins balik ke Melaka sebab dapat outing bermalam. Maisarah tak boleh balik sebab ada kelas tambahan. Hari Sabtu terpaksa le hantar twins balik ke STF semula. Singgah ke Yong Peng, rumah kak Milah (my cousin) sebab hantar ibu and busu.
Kami sampai STF lewat, dalam kul 4pm. Trus ambil Maisarah then check-in hotel. Hotel bajet, De Angsana, JB. Cukuplah setakat saya, Imran dan Luqman yang akan bermalam di situ. 1st time check-in hotel dengan kecik 2 orang tu. Saya ini penakut orangnya. Bawak Al-Quran :)
Lets review pasal hotel ni.
Hotel ni dah boleh nampak dari tepi jalan nak ke STF. Yang paling best, 40 saat je ke Jakel... hehe. Pantang dengar pasal kain!!!! Dekat jugak dengan Angsana Mall. Jalan kaki pun boleh. Surrounding pun happening jugak. Banyak kedai makan, butik etc. Petang tu sempat pergi Angsana. Lepas hantar anak-anak balik STF, stay dalam bilik je. Penakut :)
Bilik hotel bersih. Saya ambil bilik tengah (takde tingkap) Queen bed 1. Harga RM95 semalam. Ok lah kan?? Ada bilik yang lagi murah. Ada wifi and TV. Tuala mandi 2 helai, air mineral, bath form 2 juga disediakan. Cuma shower air kecik tapi ada air panas. Selesa la utk kami 3 beranak. Sebenarnya bagi saya, lagi kecik (janji murah), lagi bagus. Sebab penakutkan!!! Dan takde le Luqman merata semakkan bilik.
Breakfast kat Restoran Hijo. Sebelah je dari hotel. Hotel bajet so takyah le nak expect makanan banyak pilihan kan. Bagi saya, ada breakfast pun dah kira ok. Takyah le nak start enjin kereta. Ada mee goreng dan nasi lemak upon request. Sedap jugak nasi lemak tu.
Hari Ahad, by 10 pagi kami dah check out. Terus ke Yong Peng untuk ambil semula ibu dan busu. Lepas tu ikut my cousin pergi shopping kat Ayer Hitam. Unplanned dan terbeli karpet ... huk, huk... Takpe lah.... sangat puas hati dengan karpet tu.
Next time in shaa Allah boleh stay lagi kat Hotel De Angsana ni.
HOTEL DE ANGSANA
N0 41 & 43 ,Jalan Padi Emas 1/3,
Pusat Bandar Tampoi,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-2314422

Tuesday, 4 November 2014
Teratak Hami is back
Terima kasih kerana sudi hadirkan diri di Teratak Hami.
Alhamdulillah setelah berbulan-bulan blog ini bersawang ........ I'M BACK.
Nak citer apa ek?? hehe...
Saje nak update stori pasal keluarga HAMI. Dulu pernah aktif berblog.
Arwah ayah - 14/10/2014 Genap 2 tahun arwah ayah meninggalkan ibu dan anak-anak. Hidup mesti diteruskan.
Ibu - masih bekerja, menjaga 5 orang my cutie pie, pumpkins dan dalam masa yang sama menjahit.
Maisarah - dah form 1. Dok asrama jauh nun di JB.
Kembar Nabihah & Nabilah - dorang dah darjah 5. Kuat makan, makan, makan. Kakak2 yang selalu kena berleter dengan ibu dan nenek. Peminat setia Running Man.
Imran - boboi ni dah darjah 1. Suka tengok TV dan main basikal. Kulit gelap.... apa Imran kisahkan?? Kami yang over kisah.
Luqman - boboi ni dah 2 tahun. Tengah sedap melayan budak kecik ni. Comel, comel, comel
Nanti citer lagi.

Monday, 16 December 2013
Bisnes terbaru saya ♥
Bisnes saya ada kaitan dengan hobi saya, MENJAHIT. Now kan cuti sekolah, banyak masa free, so saya pun start ler "enjin" menjahit bag kecik. Tengok kain, geram jer ... trus la menggunting. Bawak pegi ofis bag yang dah dijahit, kengkawan berkenan. Jual murah2 jer.
*Pattern ni belajar dr Mr Google. Adjust size shj.
Nak share camne saya boleh minat menjahit ni.
Dulu masa form 1, kat sekolah ada subjek Sains Rumahtangga (SRT). Kelas memasak dan menjahit. Selang seminggu rasanya, Week1: Menjahit, Week2: Memasak, Week3: Menjahit .....
Bab2 memasak memang saya FAIL, tak minat. Dapat pulak partner yang memang minat dan terror memasak. So saya amek part kecik jer, sediakan bahan, bersihkan meja memasak etc. Cikgu pun dah paham. Orang sibuk memasak, cikgu panggil saya bersihkan stor. Syukur masa SRP (now PMR - betapa tuanya diriku), saya dpt A untuk SRT. Teori memasak saya bagus dan masa praktikal memasak pun sedap masakan saya. Ingat lagi masak lemak ayam, siap letak daun kunyit bagai.
Bila kelas menjahit, saya suker !!! Maybe skill menjahit saya start di sekolah la. Cuma menjahit ni perlukan kesabaran. Tu pasal walaupun minat camner skali pun, susah betul saya nak siapkan projek. Last2 cikgu yang tolong siapkan projek Housecoat... hehe.
Jahit baju ??? Emm... penah try tapi berbulan-bulan nak siapkan. Bila dah siap, tak sedap nak memakainya. So saya prefer buat projek buat beg atau projek kecik2 jer.
Ramai orang order .. alhamdulillah. Tp bila siap tu takde jaminan. Depends bila saya free, saya jahit. (paling lambat seminggu)
Ada idea bisnes lain tak?

Thursday, 12 December 2013
SBP --- Alhamdulillah. Srikandi in the making ♥
Alhamdulillah... syukur yang tak terhingga sebab anak sulung saya dapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (STF). Berita gembira buat kami sekeluarga. Terhapus segala kesedihan saya selama ini. Proud of you Maisarah. Anak yatim memang MURAH REZEKI.
* Dari result keluar sampai tarikh akhir permohonan SBP tutup (seminggu), saya banyak buat solat hajat dan solat istikharah. Minta petunjuk dan dipermudahkan segalanya. Taknak anak saya "tercampak" jauh mcm di Langkawi or belah2 utara sana.
Tingkatan 1 dah masuk asrama. Saya ada reasons kenapa nak masukkan dia asrama. Masa nak apply, tanye dia betul-betul, boleh ke kakak duduk asrama?
She replied, "Kakak kan dah biasa duduk asrama. Ayah kan selalu hantar kakak kursus, kem motivasi sampai jauh-jauh"
Dia ingat jasa ayah dia. Arwah memang suka hantar anak-anak pergi kem motivasi cuti sekolah. Antaranya MOKHDAR, Kursus motivasi Aliran Pelajar by Dr Tengku Asmadi, kursus by Ustaz Zahazan. Walaupun kami dah pindah ke Melaka, arwah sanggup ambil cuti untuk hantar kakak ke Hulu Selangor. Semua tu kenangan sebab saya tak mampu buat begitu dari segi kewangan. InsyaAllah satu hari nanti.
Tapi tengoklah nanti macam mana Maisarah's life di asrama. Jangan melalak tarik2 kain ibu sudah ler !!!
Anak yatim memang MURAH REZEKI... saya dapat rasakan walaupun saya hanya "ibu yatim". Ramai happy for her. Awal-awal dah dapat sumbangan. Nenek dah beri RM500. Alang girl nak sponser toilettries dan stationery (utk setahun pls !! hehe). Ada jugak yang nak sponser TIKET FLIGHT sebab kakak tu ingat kami masih tinggal di Sungai Buloh. Anak dia pun di STF, form 2, so setiap kali balik cuti, dia nak beli 2 tiket flight untuk Maisarah jugak... SubhanaAllah. Mulianya hati mereka2 di sekeliling saya.
Terima kasih Allah, terima kasih semua.

Tuesday, 19 November 2013
My Day ♥
19 November 2013
Today is my birthday.... yeahhh!!!!!
Yang ke 38. Ada sesiapa jeles tak? Dah tua tapi selalu perasan muda.
Seharian busy dengan ucapan2 dari keluarga dan kawan-kawan. Thanks semua. Terharu saya.
Semalam dalam kereta beritahu anak2, "Esok birthday ibu, kalau ayah ada, sure ibu boleh gedik2 dengan ayah, mintak hadiah"
Anak2 ketawakan saya. Sampai hati !!! They are my HAPPINESS.
Pagi tadi masing-masing buat muka toye. Bila tanye takde sesape ke nak wish ibu, tiba-tiba semua jerit "HAPPY BIRTHDAY" ...
Dapat Munge ♥ from someone special ... opsss!!! Hahaha .... From my kakak ofismate laaaa.

Friday, 15 November 2013
Syukur Ya Allah
14 Nov 2013.. Terima kasih Allah... Ya Rahman, Ya Rahim. Airmata ku sentiasa mengalir. Syukur di atas nikmatmu Ya Allah.
Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari penerimaan result UPSR. Ada program. Saya kena kerja. Ada pelabur-pelabur dari Middle East melawat Melaka. Bukan dipaksa bekerja, tapi kata hatiku suruh saya bekerja jugak. Inilah punca rezeki saya, untuk kami sekeluarga. Dalam pada bekerja, hati sentiasa berdebar-debar. Dah pesan pada Maisarah, apa pun result yang kakak dapat, telefon ibu cepat. Walau hati dah tak kisah apa result pun, tapi still nervous.
Alhamdulillah... Maisarah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Ini atas usaha kakak sendiri dan bantuan cikgu2 sekolah. Saya memang tak dapat monitor pelajaran dia. Saya mampu menghantar dia ke pusat tusyen (bayaran murah RM50 sebulan ... syukur) pada hujung minggu dan doa yang terbaik untuk Maisarah.
Syukur ada rahmat disebalik dugaan ini. Allah tak beri saya tidur yang lena. Saya menangis di tengah2 malam. Macam2 perkara yang difikirkan. Mata saya memang selalu bengkak sebab tak cukup tidur, sebab menangis. Allah suruh saya berdoa kepadaNya di saat saya tak dapat tidur. Mungkin inilah nikmat kelazatan yang dikurniakan.
Semoga saya tidak riak dan takbur. Takde apa yang nak saya riak atau takbur? Saya tumpang kesenangan yang arwah tinggalkan untuk kami. Hidup saya kosong. Semoga Allah sentiasa beri saya ruang untuk bersujud kepadaNya. Saya ingin bahagia bersama anak-anak kami.
Saya sangat-sangat gembira dengan kejayaan Maisarah. Maybe people will keep saying, "Alah baru UPSR", but I'm really happy and proud of my daughter. Dialah assistant dan bibik saya. Pada umur 12 tahun, dia dah dipaksa tolong uruskan Luqman, mandikan Luqman dan jaga adik-adik yang lain kalau saya keluar sekejap. Dia pun lebih muslimah dari saya :-) Alhamdulillah... semoga ianya berterusan. Saya tetap treat dia macam budak lagi. Dia pun nak enjoy. Enjoy membaca novel dan tengok TV. Bukan 100% kerja rumah saya suruh dia buat. Kejam ibu camni !!!
Datuk beri RM500 seperti cucu-cucu sebelum ini. Dan ada beberapa hamba Allah beri hadiah berupa wang. Kaya Maisarah. Alhamdulillah...
*** Luahan hati :-)

Monday, 11 November 2013
Masakan saya menang ♥
Salah satu aktiviti lepas exam dalam kelas Maisarah aritu adalah Sarapan Menu Sihat. Suh bawak je sandwich tapi ada kawan Maisarah dah bawak. Sampai saya keluarkan statement
"Mak xxx tak kerja, suruh le dia bawak benda lain"... Yelah bagi saya yang bekerja ni, sandwich adalah paling ringkas.
Of course muncung kakak jadi boleh sangkut hanger kan. Pecah kepala jugak saya memikirkan. Dalam seminggu, hampir setiap hari dia tanye.
Kepala saya yang "pecah" telah dicantumkan semula... hehe. So saya dapat 1 menu yang saya suka masak zaman student di Jepun dulu...... OKONOMIYAKI.
Dah berzaman tak buat, try test semula dan alhamdulillah jadik. Anak-anak pun suka.
Jom saya share cara buat. Takde specific timbang2 ni semua ye. Saya main campak2 gitu. Cara sama macam buat lempeng.
Bahan
Teping gandum
Kobis yang diracik halus
Telur - sebiji pun cukup
Udang, sosej, etc - ni suka hati le nak letak apa.
Then gaul semua. Letak air dan garam secukup rasa. Agak-agak macam buat lempeng. Then masak le atas dapur.
Dah siap, baru le letak topping. Topping letak sos. Saya guna sos marinade teriyaki. Maybe next time nak try guna sos BBQ Life. Murah skit. Letak mayonis and Katsuobushi(flakes ikan)- gambar seperti di bawah.
Sila makan ... marvellous. Terasa krap krup krap krup bila gigit sebab ada letak kobiskan. Tapi takle bunyi macam makan keropok :p
Bertempat di Holiday Inn Melaka (sekolah bawak pengawas2 gi berjimba kat sini) ...masakan saya telah menang. Kakak dapat le hadiah peralatan tulis. Actually banyak activity sekolah jalankan lepas abis exam.
Dan semenjak makan okonomiyaki, Imran dah suka makan mayonis. Makan nasi pun letak mayonis ... *pengsan!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)