Saturday, 9 February 2008

Gong Xi Fa Chai at Mersing

Balik kampung Mersing sempena cuti 4 hari Chinese New Year. Rabu malam balik Melaka. Then Khamis petang 5:30pm bertolak balik Mersing.

Jumaat (8/2/2008), anak2 nak main pasir di pantai mersing. Pantai Mersing kalau di area bandar tak sesuai untuk berenang. Airnya kotor. Kalau nak berenang pergi ke Air Papan ke ... about 5 km from bandar.

Selepas main pasir, pergi main playground then main layang2 pulak. Sambil makan keropok lekor & pisang goreng, tengok orang main layang2 dgn. air yang kencang, memang sesuai utk. bersantai petang.


Nabihah
 
Maisarah
 
Nabilah
 
Imran ... baru botak kepala.
 

Main layang-layang di tepi pantai
On the way balik rumah, pergi ke Kampung Sri Pantai. Tempat orang mendulang emas di tepi pantai. Dulu tempat ni sunyi je. Pemandangan lautnya cantik & bersih. Sekarang macam ada pesta. Punya le banyak kereta. Ada yang datang dari jauh & berkampung di Mersing. Ada yang sanggup buat khemah.

Kami pun menyibukkan diri tengok orang mendulang emas. Memang senang nak dapat emas tapi kena tahu cara nak mendulang (nampak macam senang) & sanggup bergelumang dgn. pasir & panas terik. Sempat jugak interview beberapa orang yang mendulang & snap gambar buat kenangan.
Pemandangan di tepi pantai, tempat orang mendulang emas.
 
Pure GOLD
 
Another GOLD
 
Lubang2 yang telah digali  
Sanggup ke nak bergelumang macam ini?

Thursday, 31 January 2008

Kelas Cupcakes - 27/1/2008

Join kelas cupcakes with Lynn di SU. Kelas start 2pm - 7pm. Belajar deco. Seronok giler. Ni 9 deco yang aku siapkan ... have a look. Nak order?



Rasa macam senang je nak buat. Asalkan ada bahan-bahan and paling penting, MINAT!!!

Sunday, 6 January 2008

Birthday Imran ( 1 year ) on 6th January 2008

HAPPY BIRTHDAY IMRAN. Imran dah 1 tahun. Makan2 at Secret Recipe. Ada cake untuk imran tapi yang banyak makan kakak-kakak. Imran belum boleh jalan lagi. Challenge with kakak2. Maisarah boleh jalan pada usia 1 thn 3 hari. Nabihah & Nabilah boleh berjalan 1 thn 1 bulan. Actual day tak ingat coz masa tu semua anak hantar ke kampung - bibik lari.

Thursday, 3 January 2008

1st DAY SCHOOL

Maisarah 1st day to school. Pagi pergi ke KAFA Integrasi Al-Hidayah. Petang Sek Keb Saujana Utama. Excited bangun pagi, pakai baju sekolah & tudung. Comelnya Maisarah. Sayu juga hati tengok anak nak pergi sekolah. Dah besar anak ibu yang selalu kena marah. Sekolah kebangsaan depan rumah sahaja tapi pergi & balik naik van.

Ready to go to Sek kebangsaan

Tuesday, 1 January 2008

Agrotek - HAPPY NEW YEAR

On 29-30 Dec 2007, kami & family abang Kamal pergi ke AgroTek at Hulu Langat. Kawasan ni sesuai untuk orang yang suka nature. Ada chalet untuk yang nak stay di situ. Waktu pagi sejuk & nyaman. Di dalam kawasan itu ada sungai, boleh berenang, tempat memancing etc. Waktu malam paling happening. Kebetulan ada wedding masa tu, (malam berinai besar) ada bunga api yang macam kat KLCC waktu sambut new year.

Sejuknya air sungai ni. We all pergi massage di air terjun belakang tu.

Menyebok di wedding orang. Katanya orang Melaka kahwin & bersanding di sini. Kalau orang Melaka, patutlah bunga apinya kalahkan bunga api di KLCC waktu sambut new year.