Wednesday, 2 July 2008

Fauziah buat hal ...

Ni nak mengumpat sikit.

Fauziah my successor. Dah sebulan jadi our testing group member. So dalam sebulan after saya hantar surat resign, handover kerja pada dia. Kesian juga dia coz baru nak kenal dunia pekerjaan dah kena ambil kerja orang yang dah 9 tahun bekerja. My boss pun dah hantar surat resign, habislah budak-budak baru in our group.

Nak dijadikan cerita, semalam suruh dia transfer new test program received from Japan to tester. Education dah beri so this is a good chance for her to do the practical. Note semua ada di depan mata. Sementara tu saya buat hal lain. Steps to follow memang panjang tapi I told her to do until step 2. After kembali, I tried to continue but I check at tester by online, all the previous test program contents deleted. Macam mana mesin nak jalan???? Rupanya dia salah tekan button, suruh Download tapi dia tekan Mirror Upload (means all the contents will deleted). Ya ampun .... terpaksa cari back-up. Nasib baik ada .... Jenuh juga nak copy semula test programs, edit, compile, confirm .... Kalau smooth takpe juga, ada banyak pulak errors. Lunch orang belanja pun rasa tak berselera, sesak nafas!

Alhamdulillah until petang, become OK. Today (my last day) need to do the same thing for other department (QA use) test program.

Not prepare yet for farewell speech ...

Tuesday, 1 July 2008

New "bibik" in the house

Last Sunday hubby pergi ambil bibik di rumah kawan. Sepanjang hubby outstation, sempat dia uruskan hal nak ambil bibik. Dah 4 tahun kami sekeluarga tak ada bibik, so berdebar-debar juga nak berkenalan dengan bibik baru ini. Anak2 excited. Reason nak ambil bibik, coz this month saya nak kerja tempat baru, takut kena balik lambat. Nak uruskan anak2 pun senang. Before this hantar ke rumah orang, tiap2 hari rasa macam nak berpindah, angkut barang2 ke rumah baby sitter. Tu belum lagi keadaan dalam rumah yg. macam tongkang pecah. But, the most important, ada lebih masa nak tengok pelajaran anak waktu malam.

Bibik ini kami pinjam selama 3 bulan. After 3 bulan dah ada bibik lain yang janji nak kerja dengan kami. Tengok orangnya OK. Umur dah 40an. Rumah kami dibersihkan sungguh2, biasalah first impression. Dalam satu malam sahaja, rumah kami macam "make-over". Bersih.... Saya punya kotak yang dah prepare untuk bungkus perfume pun dah dibuangnya. Pagi Isnin nak cari peanut butter for breakfast, dah takde ....

Imran pun so far OK sahaja dengan bibik. Ini penting sebab Imran jenis yang tak boleh berenggang dengan saya. Nak mandi pun tak tenang coz dia akan menangis. Kakak-kakaknya lagi suka ada bibik, after school boleh duduk di rumah & sepanjang hari boleh tengok TV.

For me, I hope this bibik boleh jaga anak2 dengan baik. Layan anak2 after school. Tolong kemas rumah, basuh baju, lipat baju etc. Jiran2 pun give supports to me. Maybe tidak secara zahir tapi they all ambil tahu juga what happen in my house.

Friday, 27 June 2008

Farewell for Dena - 30th June 2008

Dena trainee from salah sebuah university di Malaysia. Dia training at our department (SE) under Product group.
Souvenier from SE department was given by Mdm Hafizah.
Antara SE members. Our new office still under renovation, so not all members were here.

Tazkirah Hari Jumaat

Dapat thru email ... Untuk keberkatan hidup.

1. Mencintai masjid
Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

2. Solat Tahajud
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir. Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan Allah.

3. Rajin bersedekah
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

4. Bantu orang lain
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

5. Banyak berselawat
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

Thursday, 26 June 2008

Result Mid Term Maisarah

Last Monday (23/6/2008) ada sessi perjumpaan ibu bapa & guru kelas untuk sign report book. Ambil MC, kebetulan seminggu selsema tak baik. Antibiotik pun dah habis. Try klinik lain pulak.

Pagi pergi KAFA, jumpa ustaz. Alhamdulillah, Maisarah score juga. Semua subjek A kecuali subjek KHAT (67%). Subjek ini yang buat peratus rendah, tapi still A. Tanya kat dia, kenapa KHAT kakak teruk sangat. Maisarah kata " Kakak dah guna dah pensel KHAT, tapi ustazah beri markah rendah juga." Macam2 alasan dia beri, panjang lebar. Entahlah .... saya pun kena selidik juga macam mana KHAT ni. Kalau ikutkan, tulisan Maisarah not bad.

Dalam pada tu terbuka cerita pasal yuran. Rupanya setiap bulan kena bayar RM 40, ingatkan FREE ==> memang suka bab FREE ni (^_^). Someone told me that KAFA no need to pay for yuran. Silap information. So dah tertunggak from February..... later, tunggu ayah bayar.

Petang, waktu Sek kebangsaan, results Maisarah OK juga. Peratus pun still A. Ada 44 orang dalam kelas dia. 15 orang dapat 5A, termasuk Maisarah. Semua subjek Maisarah dapat 90%+ , except Mathematics. Dia dapat 80% shj. Dalam exam ini yang Maisarah buat banyak careless mistakes.

Yang paling tak dapat dilupakan, Maisarah buat no 3 terbalik. Dah jadi macam no 4 Jawi. Marah betul saya masa ni. 2 jawapan pulak tu yang dia buat no 3 terbalik. Twins tolong gelakkan dia.

So, from now kena suruh Maisarah belajar lebih sikit sebab dia ni kaki TV.