Thursday, 21 August 2008

Mengaji

Aktiviti anak-anak waktu malam adalah pergi mengaji. And jadi aktiviti I juga everynight Mon-Thu, menghantar they all mengaji. I hantar anak-anak mengaji semenjak awal tahun ini. Ketiga-tiga anak I hantar. Senang hantar dari kecil sebab after they all dah masuk sekolah rendah, maybe from std 3 /4 dah kena hantar tuisyen. I dengar from my neighbour's experience la. Kesian Maisarah, agak terlewat sedikit.

Tapi ... Masa nak cari tempat mengaji punyalah susah. Dah penuh la and ada tempat mengaji yang agak jauh. So hubby & I decided hantar di rumah Ustazah Rozana @ Jojie. Glamour tak nick ustazah? Ustazah ni adik kepada Aziz M Osman. Dulu ahli kumpulan nasyid Huda.

Dah lama I hantar anak mengaji dengan dia, baru I tahu siapa ustazah ni. Rumah dia takde jauh sangat tapi kena naik kereta juga. Before ada bibik, I terpaksa bawa semua anak-anak pergi mengaji termasuk Imran and mostly everynight on the way nak pergi mengaji, akan order nasi ayam kat Kedai Cengal. Tapi now kedai tu pun dah berpindah & tak buka waktu malam. So macam mana lewat balik kerja, I will make sure 7:45pm ~ 8:30pm, waktu they all mengaji. Selalu juga ponteng mengaji. Alhamdulillah now they all dah celik jawi.

 

Wednesday, 20 August 2008

Photo Frame Painting

Aktiviti ini dijalankan sempena cuti sekolah. Organized by Kak Azlina, Kak Bulkiss & Kak Laila. They all ini kakak2 dari WanitaSU. Ada 3 session : Sweet Beading, Photo Frame Painting & Little Chef. We all tak pergi kemana-mana for this holiday, so I think better hantar my kids for the activity. Atleast taklah cuti sekolah "kosong" sahaja. So my kids semua nak join for Photo Frame Painting. They all very excited to go. Dari malam dah suruh I keluarkan baju apa yang perlu dipakai. Then on that day, around 9:45am, Nabilah called and tanya "bila auntie nak datang ambil?" Baru 9:45am coz Kak Laila janji nak pick-up my kids at 10:30am. But Kak Laila ambil they all around 11:00am. Makcik cerita anak-anak I dah lama bersiap, ada yang sempat tertidur. So below are their creative photo frame.

Nabilah's, Maisarah's, Nabihah's

Petang I balik, banyak lah story they all. Semua nak bercerita & tanya cantik ke they all color. Cantik ....

I hope next time ada lagi yang buat aktiviti macam ini. Better kalau ada aktiviti yang ke arah agama, macam solat, mengaji ke ...

Tuesday, 19 August 2008

Bosannya weekend ku!

Really happened to me. Tak tahu la kenapa last weekend begitu membosankan. Cuti sekolah pun dah start. Last time we all planned nak pergi somewhere for holiday dengan keluarga abang Kamal tapi hubby kena outstation and I pulak tak boleh nak ambil cuti panjang. Cuti have to reserve for Hari Raya. So terkebil-kebil kat rumah. Jiran pergi camping and terasa SU pun lengang, sunyi semacam. Rindu ke kat hubby??? Rindu juga sebab takde orang nak lawan bercakap ... hehehe. Hari Sabtu Kak Yaty datang rumah. Lunch di rumah kami. Seronoklah juga coz my kids dah lama tak jumpa their cousins. I belikan cendol. Cuaca panas, sedapnya makan cendol .... Hari Ahad, I macam dah hilang arah. Bangun pagi, selepas subuh mengecat rumah untuk habiskan saki baki cat. Tapi ada bahagian yang tak cukup... Pedulilah!!! Kemas rumah, buang unwanted things.Then plan nak pergi buat facial di Shah Alam (murah RM 28 - produk Dr Murad), nak pergi Pasar Tani kat stadium, last-last tak jadi pergi. Layan tidur!!!! Around kul 12 tghari, keluar pergi Econsave. Makcik suruh beli beras, ikan bilis etc. Semalam baru pergi pasar tani, bukan dia nak pesan sekali. Terlanjur nak pergi ke Sg Buloh, teringat si comel Imran!!! Dah lama nak belikan dia basikal. Basikal yang dia selalu naik, basikal Maisarah masa kecil, yang dah takde seat. Dah berapa generasi guna basikal tu. So kalau Imran guna, dia just berdiri & tolak pakai kaki .... hu ... KESIAN!!!! Dapat la beli satu RM 30. Untuk taknak semakkan rumah, basikal lama I jual kat kedai besi buruk (on the way to bandar Sg Buloh), dapat RM 1.60. Untuk menambahkan kesibukkan, pasang bendera depan rumah. MERDEKA!!!! Anak-anak dah lama paksa, nanti sahaja jawapannya. So today boleh merealisasikan impian mereka. Then petang ajak kak emy kutip batu-batu putih kat longkang dekat dgn Q-Dees. Batu-batu ni selalunya orang guna buat longkang. Saje ambil nak letak kat taman, untuk menyemakkan lagi halaman rumah.

Thursday, 14 August 2008

Sebulan di sini!

Today genap sebulan saya bekerja di company baru. Bermacam-macam ilmu yang saya dah input. Kerja sama macam company lama but now kena communicate dengan "mat saleh" US, dulu Jepun. Payah juga kalau dah berumur (bukan tua!!)nak belajar benda-benda baru. Kat sini very systematic & terlalu banyak system. Contoh : Data from production saved di banyak server. Berjenis2 bentuk data they all summarized at different server. Ni yang buat pening sikit kalau nak cari data.

Masa memang flexible. I pergi kerja memang "huha-huha". Tak sempat punch kul 8am, jadi kul 8:30am. Takde siapa nak marah & tak payah nak apply for Late Arrival etc. Tapi balik kena after 6pm even my boss tak pernah bersuara. Sometimes 5:45pm dah cabut. But then the other day kena pandai2 cover la.

Wednesday, 13 August 2008

Bye bye Ibu ..

Setiap pagi after hantar twins ke sekolah, they all akan berlari hingga ke belakang bangunan Q-Dees untuk melambai I. Sometimes ada beberapa orang kawan twins akan join sama, say bye-bye ... Just snap this photo untuk kenangan.
Snap dari dalam kereta.