Tuesday, 14 October 2008

Open House for friends

Kami tidaklah buat open house secara besar-besaran. Kawan-kawan plan nak datang rumah stail "baraan", so kami setkan hari Ahad. 6 keluarga dijemput tapi hanya 4 keluarga yang dapat hadir. Tetamu yang hadir : Family Abang Kamal & Kak Ina, Family Abang Azhar & Aishah, Family Izam & Kak Yong, Family Abang Didin & Atie. Mr & Mrs Suzuki (Boss hubby) juga dijemput sebab dah lama mereka kepingin ke rumah kami.


Menu : Mee Rebus, Nasi Impit, Sambal Bali, Air Bandung Soda. Percubaan untuk buat Sambal Bali menjadi walaupun masin sedikit. Resepi dari ibu di kampung and menjadi kegemaran kami adik-beradik. Ini masakan wajib waktu raya. Very simple.


Thank you to Mr & Mrs Suzuki sebab sudi hadir ke teratak kami. They brought cream puff. Adat orang Jepun, datang rumah orang mesti bawa "omiyage" (buah tangan). Mrs Suzuki begitu impressed dengan makanan yang disediakan. Jenuh nak beri resepi Sambal Bali dalam Japanese. Yelah nak cakap serai dlm jepun, camne?
Bapak-bapak sedang menjamu selera. Ibu-ibu makan didepan sambil melayan anak-anak.
Kak Ina & daughter - Deena
Kak Yong & kids
Aishah & kids.

Abang (Dr) Didin datang lambat and they all tak join baraan. Atie baru sembuh dari penyakit misteri, buatan orang yang dengki. Biasalah orang, tak boleh tengok orang lain senang sikit. They all very low profile tapi try to be more low profile dari segi kebendaan. sampai kena tukar kereta etc. To Ati, Get Well Soon! After tetamu balik, kami join baraan ke rumah Izam at Putrajaya. Dinner di situ. Then pergi ke rumah Abang Kamal. Pagi tu semua orang dah ke rumah mereka so kami sekeluarga sahaja belum pergi. Makan durian, duku, kuih raya for supper.

Friday, 10 October 2008

Makan at Japanese Restaurant - Rakuzen

Husband puasa sunat 6. Hari ke3 puasa, ajak temankan dia berbuka puasa di Japanese Restaurant - Rakuzen. Di hadapan SJMC and berdekatan dengan restaurant yang we all pernah pergi before this. Husband makan Unajyu (belut lagi!) and I makan Saba Teishoku (my favourite!). Harga memang berpatutan and berbaloi. Jom tengok my favourite set ... memang berbaloi. Terasa kenyang sampai esok pagi. Cuma nasi maybe guna beras biasa, rasa kureng enak.

Saba Teishoku : Nasi, ikan saba, salad, tsukemono, miso soup, chawanmushi, buah ... Explanation untuk some japanese dishes. Tsukemono are Japanese pickles. There are many variety of pickles, and a small dish of tsukemono is usually served with Japanese meals.

Chawanmushi is savory steamed egg custard that usually contains pieces of chicken, shrimp, fish cake and a ginko nut mixed inside

Thursday, 9 October 2008

Raya celebration at Q-Dees

Before raya twin request nak tindik telinga. Dah berjanji dengan they all, umur 5 tahun boleh tindik telinga. Waktu raya tak dapat melaram sebab telinga tak baik lagi, so after 2 weeks .... inilah masanya. Pakai anting-anting panjang yg. ibu mereka pun tak pakai.

Before go to school. Control cun! Ibu pakaikan they all lipstick.

Untuk raya celebration at Q-Dees, bolehlah "jalan2" at teacher emy's blog. Banyak cerita menarik.

Tuesday, 7 October 2008

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

Pagi raya di Mersing, tutup pintu rumah & kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah Tok dan saudara mara husband di Mersing. Ada 3 rumah sahaja yang nak dikunjungi. Tapi before that kami akan beraya di kedai gambar Kai Mee. Tema this year .... HITAM ---> Pilihan husband, no comment. Pantun hubby karang & sent to friends (jiwangs!) : " Jika langkah kami memberkas lara, kata kami merangkai dusta, laku kami menoreh luka, Dari jeritan lubuk batin kami, dengan ketulusan hati kami, kami memohon maaf zahir batin."

Balik Raya

This year turn beraya di rumah mertua di Mersing. Mula-mula husband tukar plan nak balik hari Isnin sebab sibuk nak pergi betulkan laptop. Tapi setelah dengar pujuk rayu I, dia bertukar plan ke asal, balik hari Ahad. So after berbuka kami bertolak ke Mersing. Singgah di Puchong hantar makcik balik kampung dia. On the way dalam kereta dah berperang mulut dengan husband sebab dia bawa laju ... ishh, berdosanya aku. Tak tenteram nak tidur sebab khuatir dengan kelajuan yang dibawanya. So atlast husband speed 90km/hrs di highway. I suruh speed 110km/hrs, tapi supaya dua-dua tak menang (Dia nak speed 140~160, I suruh 100~110), so ikut suka dialah, janji I dapat tidur dgn. tenteram. Dah berapa kali tidur, berapa kali terjaga, tak sampai juga ke destinasi. Ada sekali terjaga, terus terkejut sebab macam ada something di cermin depan. Rupanya kabus tebal. Ni jalan dari Kluang ke Mersing. Jalan memang berliku-liku & dikelilingi hutan. Seram juga tapi banyakkan baca surah2 Al-Quran, almaklumlah bawa anak2 yang masih kecil. Sampailah terjaga lagi sekali sebab dengar dentuman yg kuat. Ha ... dah terjerit kat husband tapi husband try to control the stering. Dah pikir mcm2 ... langgar kereta ke? Tayar pecah ke? Then terdengar pulak bunyi benda terseret bawah kereta. Ya Allah, masa tu berdoa, janganlah kereta buat hal di tengah hutan ni. Teringat pulak cerita seram, ”benda” bergayut bawah kereta la ... Husband pulak tak jawab soalan sebab sibuk control stering. Rupanya husband terlanggar anjing, kabus tebal so tak nampak. Anjing tu tiba-tiba ada di tepi kereta, tak sempat nak elak. Skirting depan kereta pecah & penutup tayar (husband panggil "daun pisang") tercabut. Tu yang terseret kat jalan raya. Alhamdulillah kami semua takde apa2 dan selamat sampai ke Mersing around 2:30am. I terus tidur sampai tak bangun sahur. *Moral of the story : Next time balik Mersing, kalau boleh elakkan bertolak waktu malam.