Friday, 24 October 2008

Nostalgia 80an

Today di radio HotFM mengimbau kisah zaman 80an membuatkan aku bawa kereta dengan slow motion sambil melayan lagu-lagu yang diputarkan. Lagu-lagu yang diputarkan best2. Bak kata orang Jepun "Natsukashi " . Terasa malas nak keluar dari kereta bila dah sampai tempat kerja.

80an ..... aku buat apa ye? Yang pasti aku masih "budak hingusan". Masih bersekolah rendah di SK Bukit Beruang. Tinggal di kampung so memang brutal kampungs. Members baik aku mostly sebaya dengan aku. Rasanya kat kampung memang ramai yang sebaya dengan aku, beza zaman abang dan kakak-kakak aku. Members baik aku di kampung.
(1) Apis (nama sebenar Abdul Hafiz) - Saudara aku. Dia memang bespren aku masa kecil. Ala2 Romeo & Juliet gitu ... hahaha. Aku pun tak tahu kenapa babah aku banyak mengabdikan gambar kami bersama. Di mana ada aku, di situ ada dia. Dia still ada kat kampung lagi. Mak long dia, Kak Yam (kalau pegi ke blog principal, ada mentioned pasal nama Kak Yam) suka update kat aku pasal Dak Apis..... until now!!

(2) Baba (nama sebenar Abzainizam??) - Ada 2 orang Baba masa tu. Dua-dua kulit gelap. Baba senior, kami panggil "Baba Kuncup", anak tokey lembu. ... hehehe tak tahu mana dapat nick tu. Baba kawan aku ni memang brutal. Dialah ketua segala permainan yang lasak-lasak. Selalu jadi juara. Macam HERO. Sad to say ........ Now dia dah jadi "Doktor" yang ada HIV positif. Sedihkan??? Keluar masuk penjara. Dah beberapa kali dia & the geng curi periuk belanga, bekas buat kuih ibu aku dari stor sampaikan ibu dan babah aku dah tak sampai hati nak marah. Baru-baru ni dengar dia dah hilang dari rumah after curi duit mak & adik-adik dia .... tak tahu sama ada hidup atau mati.  
*(Update : July09) - Arwah Baba telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Innalillah dan Al-Fatihah buat arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah yang Maha Penyayang.

(3) Siti Norfanti (Nor) & adik dia Siti Suwatina (Tina). Memang kawan baik. Kitaorang je perempuan yang sebaya masa tu. So kalau main kahwin2, kitaorang la tukar-tukar jadi pengantin perempuannya. Pengapit memang ramai. Rumah mak Nor dalam 500 meter je from rumah aku kat kampung, tapi dah lama tak jumpa. Kalau jumpa pun tak tahu nak cerita apa ... agaknya???

(4) Iwan - Anak sepupu aku & tinggal dengan datuknya (arwah paklong aku). Dia dulu kira ala-ala alim gitu. Kalau cakap memang tak pernah nak kalah. Memang dah mulut dia suka bercakap, ikut arwah paklong aku yang peramah. Now dia jadi ustaz kot ...

(5) Lain-lain ..... Zali (Razali), Duek (Mohd Reduan), Kasim (Abu Kasim), Lehot (???), Aya (Norgayah), Linda ...  

Permainan masa zaman 80an, zaman aku kecil-kecil
Buku memang susah nak sentuh. Balik sekolah dan weekend, aku akan habiskan masa bersama members. Main pondok-pondok, kahwin-kahwin etc. Yang paling popular, main baling "pakcow". "Pakcow" ni kertas kadbord kecil and ada bermacam-macam gambar. Now pun still ada lagi. Cara mainnya, susun "pakcow" atas lantai, buat kotak then baling dengan selipar. Kalau keluar dari kotak, boleh ambillah. Yang lelaki akan baling selipar kat ”pakcow” and yang perempuan tolong kutip "pakcow". Bertin-tin juga kumpul. Juara "pakcow" selalunya Baba.

Permainan ini ikut musim juga. Time banyak buah letup2 kat hutan, kitaorang main perang-perang. Buah letup-letup ni warna hijau tapi tak tahu nama sebenarnya. Kitaorang akan masuk hutan, cari buluh. Buluh kecil kitaorang potong then buat macam "cobek" tapi ada lubang setiap hujung. Masukkan buah letup2 then main perang-perang. Power juga kalau kena kat badan. Lain-lain permainan, polis entry, galah panjang ..... Kalau dengan geng-geng perempuan, main koba (Teng-teng), mak ayam, nenek kebayan, congkak dlm tanah ... dan juga main tepuk-tepuk tangan sambil menyanyi lagu mcm kat bawah ni ... ingat lagi?  

#1 "ola oli ku beri nama .. saudara saudari cikebung-cikebung. malam-malam minggu, siang-siang minggu, disko disko, putih-putih berseri ... ali baba. merah-merah jelita miau-miau. siapa yang baik hati cenderella ... "

#2 "Mi mi mi ami faso mi, fa fa fa deepavali, so mi mi mi ami faso mi, letchi fala milatom tom tom ". ==> Apa punya bahasa agaknya, aku pun tak tahu.  

#3 " malam yang sepi pakmat jual topi. topinya koyak pakmat jual tempoyak. tempoyaknya basi pak mat jual nasi. nasinya enak pakmat ada anak. anaknya hilang pakmat jual gelang. gelangnya patah pakmat jual getah. getahnya putus pak mat terus mampus"  

Lagu yang famous zaman 80an
Aku tak la mengikuti perkembangan lagu masa tu. Yelah budak2 lagi. Tapi aku membesar dengan lagu-lagu tu. Sebabnya, mak saudara aku yang buta suka membeli kaset. Natsukashi bila dengar semula lagu-lagu tu di HotFM pagi tadi. Mak saudara aku akan bertukar-tukar kaset dengan Kak Ana (jiran) dan Abang Mat Syah (sepupu). Zaman Abang Mat Syah cintan cintun la masa tu .... Antara lagu yg aku sempat dengar pagi tadi. Jejaka Idaman, Sekadar di Pinggiran, Wajah Siapakah, Hello, Just wanna Have Fun, Rozana, Isabella, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Menaruh Harapan etc .... nnt kalau ada masa aku akan download lagu-lagu ni.  

Di STF
Aku sempat menghabiskan tahun 80an di STF. Aku masuk dlm bulan 2 tahun 1988. Sekolah dah bermula awal bulan 1, aku masuk lambat so takde kawan. Setiap hari aku tak masuk kelas, lepak di phone booth sebelah bilik warden. Homesick giler. Cikgu pun dah tak boleh buat apa-apa. Aku akan telefon kampung, suruh ibu dan babah datang ambil. Nasib baik la keluarga kami susah masa tu, kalau tak, dah sure aku dah bungkus balik kampung. And of course takkan merasa life di STF, belajar dan berkawan dengan anak-anak orang kaya.

Homesick aku terubat bila ada Nelly, budak baru masuk STF yang jadi best friend aku. Nelly ni memang gemuk. Tu yang suka kawan dengan dia sebab ada banyak makanan .... hehehe. Life kat STF mcm "penjara" tapi bagi aku takde masalah sangat. Kami kurang terdedah dengan dunia luar. Yang aku ingat time 80an, KRU baru muncul. Wahh.... baju wind breaker je. They all ada cipta lagu "Emylia". Kakak aku sure perasan masa tu. Itulah antara nostalgia 80an aku .... kelakar + sedih + suka + duka.

Wednesday, 22 October 2008

New Honda City

~ received from husband. Abang ipar ku mesti teruja tengok new city.

SKSU terbakar

Hari Isnin (20/10/2008)

Today bermula peperiksaan akhir tahun. Pasti ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran semasa cuti walaupun raya masih ada lagi. Sama dengan I. Kena batalkan semua open house sebab nak focus pada Maisarah. If I tak monitor, sehari suntuk dia akan leka di depan TV.

After balik dari kerja, Maisarah beritahu kelas IF terbakar. Semua tak sempat habiskan periksa dan kena berkumpul di dewan. Bomba datang. Yang kelakarnya Maisarah beritahu " Cikgu semua lari tinggalkan anak. Ramai budak-budak menangis". Tak pasti betul atau tidak tapi if betul, nampaknya pihak sekolah kena selalu adakan latihan kebakaran.

Tuesday, 21 October 2008

Open House rumah Kak Hanny - 15/10/2008

Excited sungguh terima this invitation. Sanggup mengharungi hujan, meredah traffic jam, melupakan penat after balik kerja untuk pergi ke open house rumah Kak Hanizah di Telok Panglima Garang. Tiada sebab lain, nak tengok deco & lanscape terkini & nak jumpa kawan-kawan lama di Toshiba. Rumahnya tak la besar sangat tapi sedap mata memandang decorationnya. Sibuk berborak dengan members so tak dapat nak ambil byk gambar. Ada tempat menarik pun, tapi sebab ramainya orang, so tempat yang menarik nampak sesak.


Apa-apa pun terima kasih kepada Kak Hanizah and Abang Bazlan. Sedap sungguh nasi lemak tu. Lepas pencen nanti boleh berniaga depan rumah. Soto ... mcm pernah ku rasa sebelum ini. Actually SOTO resepi kak hanizah ni pernah kami berniaga masa family day kat Toshiba dulu, yang sempat menjadikan kami "Jutawan Senyap" sekejap. Nostalgia gitu!!!

Fara & Sally. Fara - masih dara. Nampak je kecil tapi pernah jadi guru berenang utk kawan-kawan di Toshiba termasuk la I. Free of charge. Sally - mak dara.

Antara colleagues Toshiba. Kak Hanizah yang all black tu.

Tuesday, 14 October 2008

Open House for friends

Kami tidaklah buat open house secara besar-besaran. Kawan-kawan plan nak datang rumah stail "baraan", so kami setkan hari Ahad. 6 keluarga dijemput tapi hanya 4 keluarga yang dapat hadir. Tetamu yang hadir : Family Abang Kamal & Kak Ina, Family Abang Azhar & Aishah, Family Izam & Kak Yong, Family Abang Didin & Atie. Mr & Mrs Suzuki (Boss hubby) juga dijemput sebab dah lama mereka kepingin ke rumah kami.


Menu : Mee Rebus, Nasi Impit, Sambal Bali, Air Bandung Soda. Percubaan untuk buat Sambal Bali menjadi walaupun masin sedikit. Resepi dari ibu di kampung and menjadi kegemaran kami adik-beradik. Ini masakan wajib waktu raya. Very simple.


Thank you to Mr & Mrs Suzuki sebab sudi hadir ke teratak kami. They brought cream puff. Adat orang Jepun, datang rumah orang mesti bawa "omiyage" (buah tangan). Mrs Suzuki begitu impressed dengan makanan yang disediakan. Jenuh nak beri resepi Sambal Bali dalam Japanese. Yelah nak cakap serai dlm jepun, camne?
Bapak-bapak sedang menjamu selera. Ibu-ibu makan didepan sambil melayan anak-anak.
Kak Ina & daughter - Deena
Kak Yong & kids
Aishah & kids.

Abang (Dr) Didin datang lambat and they all tak join baraan. Atie baru sembuh dari penyakit misteri, buatan orang yang dengki. Biasalah orang, tak boleh tengok orang lain senang sikit. They all very low profile tapi try to be more low profile dari segi kebendaan. sampai kena tukar kereta etc. To Ati, Get Well Soon! After tetamu balik, kami join baraan ke rumah Izam at Putrajaya. Dinner di situ. Then pergi ke rumah Abang Kamal. Pagi tu semua orang dah ke rumah mereka so kami sekeluarga sahaja belum pergi. Makan durian, duku, kuih raya for supper.