Wednesday, 28 January 2009

Cuti "terpaksa" dan "dipaksa"

Sempena Chinese New Year ini aku akan bercuti pada hari Isnin dan Selasa (public holidays untuk seluruh Malaysia). Disebabkan ekonomi yang tengah gawat, company akan shutdown, jadi kami dipaksa cuti sehingga 3/2/2009. Untuk yang ada annual leave, takde masalah tapi bagi yang takde annual leave macam aku ni terpaksa cuti TANPA GAJI. Cuti tahun baru punya advance leave pun belum sempat diganti semula. So untuk bulan ini kenalah berjimat cermat sikit.

Cuti lama ini aku plan nak belajar menjahit ngan Epal, teruja tengok hasil dari mesin jahit tu ... tapi tengoklah dulu sebab harga mesin jahit mahal. Actually aku dah membeli kain cotton cartoon yang ciut-miut. Geramnya tengok sampai tak sedar dah beli dlm 5 jenis camtu. Hajat nak buat cadar anak2 dan mungkin juga aku akan jual di internet. Mana tahu minat aku ni boleh generate duit.

Cuti ini juga aku nak mengajar Maisarah pergi sekolah KAFA naik basikal. Dah lama dia nak naik basikal ke sekolah. Ayah tak beri sebab keselamatan. Maisarah pun baru darjah 2.

Apa lagi nak buat cuti panjang ini????

Wednesday, 7 January 2009

Imran 2 years - Happy Birthday

Tuesday (6/1/2009) bersamaan 9 Muharram 1430 Aku memang set alarm pukul 5:30am tapi today aku terjaga pukul 5:17am. Aku terus terpikir pasal Imran yang dah 2 tahun today. Dia lahir pukul 5:14am pada 6/1/2007. Mungkin naluri aku yang buatkan aku terjaga awal. Sebelum tu aku dah terjaga pukul 1:30 am, buatkan susu untuk Imran. Walaupun kami berbual, buka lampu, kakak-kakak buat bising masa bersiap untuk ke sekolah tapi Imran tetap tidur dengan lena. Ayah dah cium-cium Imran, dia buka mata, senyum then sambung tidur. Anyway, semalam sebelum tidur, kakak-kakak sempat menyanyi Happy Birthday to Imran. Dia pun menari, menyanyi dan tepuk tangan bersama. Penat sangat bermain :) Kami celebrate di rumah sahaja dengan kek dan KFC. Ayah belikan birthday boy BOLA. Senang je nak pilih permainan untuk Imran sebab dia memang suka main bola.

Back To School

Monday (5/1/2009), anak-anak mula ke sekolah. Ibu ambil cuti untuk hantar anak ke sekolah. Maisarah dah tahun 2. Kembar Nabihah dan Nabilah masih tadika 6 tahun di Q-Dees Saujana Utama. Berposing di luar rumah. Cuaca di luar masih berkabus walaupun dah pukul 7:30am.



Anak-anak dah bangun awal. Begitu excited nak ke sekolah. Dah bangun awal, siap awal, apa lagi boraklah kat luar rumah dengan "meriahnya". Sampai dah masuk kelas pun, si kembar tak habis2 bercerita lagi. Maisarah pun ok.

Seronok masa pergi tengok dia di Sek Keb. Maisarah duduk di bahagian hadapan sekali tanpa ibu dan ayah pesan. Tapi ibu still can see sometime dia macam berangan la .... Yang paling kelakar, member sebelah dia tidur nyenyak walaupun suasana bising. Cuti sekolah lama sangat, masih terbayang-bayang rumah :)

Friday, 2 January 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini memberi kami kesejahteraan, ketaqwaan, ketenangan dan kesihatan. Dan semoga kejayaan untuk kami sekeluarga.

Monday, 29 December 2008

Tiara Beach Resort

Sempena cuti Krismas dan menutup cuti sekolah, kami dan abang Kamal's family pergi ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Kami sewa satu apartment yang ada 2 bilik. Anak-anak paling excited nak pergi berenang. Lebih bertambah excited bila tahu abang kamal's family ada and we will share one apartment. Actually, we planned nak balik kampung Mersing until Sunday. Before balik kampung, singgah semalam di PD. So boleh imagine macam mana "sardin"nya kereta kami. Tambah pula, makcik@bibik pun nak ikut sama balik kampung. Sampai di PD, abang Kamal dah check-in pun. Nasib baik la juga coz kami tengok kat counter macam beratur panjang sahaja. First time kami stay di Tiara Beach Resort. Tengok kawasan situ pun memang dah best. Selain dari berenang, boleh rent basikal, ada bilik mainan untuk kids, ada tempat untuk video games. Aku dan anak2 sempat karaoke di sini. Malam pula ada tayangan movie cartoon untuk anak-anak. Memang happening! Aku tak sempat men"try" Fish Spa .... ini sebab sibuk melayan Imran main slide kat baby pool. Mak budak kalau turun dari slide memang "dush" ... berkocak kuat air. Sakit tutttt aku! Banyak kali pulak tu. Orang pulak ramai, selamba je la ... Nabihah and Nabilah join sama. Beratur anak-beranak turun dari slide... hehehe Maisarah sibuk main dengan Danial and Dena. Maisarah dah boleh berenang, so dia bawa diri dengan kawan-kawan di pantai buatan sambil diperhatikan oleh bibik. Ayah sibuk dengan gymnasium dan berenang di kolam besar. Sesekali kami join juga anak-anak bermain. * Terjumpa kawan senegeri semasa di STF dan AAJ ... Masliza sekeluarga.