Thursday, 23 April 2009

Nabihah cedera

Hari sabtu lepas, aku dan Maisarah balik dari berniaga di pasar tani. Maisarah nak tolong aku, so aku beri permission, janji jangan nak beli mainan entah apa2 sebabnya sebelah gerai aku, orang jual mainan. Atleast bila dia ikut aku, boleh juga belajar kira duit and takde orang nak kacau adik-adik di rumah.

Balik dari berniaga, aku nampak mulut Nabihah berdarah and bengkak. Dia jatuh di bilik air. Makcik kata dia main-main masa mandi. Ohh ... itu benda biasa kalau dah ramai-ramai mandi bersama. Kekadang malu dgn jiran2 sebab anak-anak waktu mandi pagi, riuh sekampung.

Mulut Nabihah yang berdarah tu kena dapatkan rawatan di SMC. Klinik kat SU tak boleh buat coz maybe kena jahit and takde alat lengkap untuk jahit mulut. Alhamdulillah, di SMC tak kena jahit. Risau juga kalau jadi sumbing nanti. Dah 5 hari berlalu, luka pun makin sembuh.

Tuesday, 21 April 2009

Happy Birthday to Abang Long

Today birthday Abang Long yang ke 40. Dah tua dah!!! Satu-satunya adik-beradik lelaki dalam family aku. Minggu lepas aku pinjam duit dari Abang Long, bukan Along tau!! Pinjam 9k untuk buat bisnes. Alhamdulillah dia dengan rela hati beri pinjam. Katanya adik nak pinjam, takkan along tak nak tolong ..... syahdu aku dengar ulasan dari babah. Aku ni pun satu, macam tahu2 pulak dia dapat dividen bank rakyat. Kakak2 aku ada yang jeles la tu ..... Janji nak bayar dalam masa 2 bulan tapi kalau extend, bolehkan??? dan pasti rumah tak kena simbah dengan cat merah sebab aku bukan pinjam dari "Kami bukan Along, tapi kami mahu Tolong" .... hehehe. Ngumpat sikit pasal Abang Long. Dia ni kategori simple tapi berduit. Tapi mungkin ada yang pikir dia kedekut termasuklah kami adik-beradik anggap dia camtu. Teringat masa dia di MCKK / KPP, setiap kali balik kampung mesti pakai T-Shirt merah buruk yand ada tulis Hollywood. Dan sebab dia anak sulung, jadi dia taklah semewah aku kot. Masa dia kat UK pun jarang dia balik / tak pernah balik. Lainlah aku, spring balik, summer pun balik.... janji duit sendiri!!! Abang Long still pakai kereta proton saga yang entah tahun berapa agaknya, buruk giler!!!. Rasa aku kereta tu adalah kereta pertama dia. Baru-baru ini dia tukar enjin baru. Babah kata "enjin Merc".Kami adik-beradik dan bini dia dah bising2 suruh tukar kereta baru, tapi dia tukar enjin sahaja. Kat Bank Rakyat tu ada parking khas untuk dia, ada satu hari tu pak guard tak kasi masuk sebab katanya parking untuk pegawai je. Abang aku jawab, itu parking saya la . Salah siapa? Yang paling best, dia tak pernah sekali pun pukul anak-anak dia. Ini perkataan yang selalu ibu cakap kat aku... almaklumlah aku ni kategori garang juga. Tapi garang aku dengan mulut sahaja. Segala-galanya simple dalam hidup Abang Long aku.... HAPPY BIRTHDAY ... semoga dimurahkan rezeki...

Friday, 17 April 2009

Bila IBU mengaji

Actually dah lama aku nak mengaji, nak betulkan tajwid etc. Survey sana, survey sini tapi tak start juga. Selalunya banyak tempat mengaji yang dah penuh. Kalau ada pun masa tak sesuai. Dah hampir 1.5 years, every night (Mon ~ Thu), aku hantar and tunggu anak2 mengaji kat rumah ustazah. Rumah ustazah ni di area rumah aku tapi kena naik kereta, kalau tidak semput. So terpikir apa yang aku susah-susah nak cari tempat mengaji, why not aku pun ngaji sama dengan anak-anak aku. Atleast dapat juga aku buat benda berfaedah dari duduk di luar rumah ustazah. Aku called ustazah menyatakan hasrat aku tapi mula-mula dia tak accept "mak2 budak". Reason dia sebab takut ada yg kecil hati kalau marah mak2 budak. Mak2 budak maybe sensitive lebih. Aku no hal pasal reason tu. Kiranya tak boleh terimalah reason camtu. Aku bagitau dia, kalau rasa-rasa aku dah tak sanggup kena marah, aku berhenti jelah. Alhamdulillah ustazah terima juga aku. 1st day mengaji (7Apr), ustazah tanya nak start Al-Quran / Iqra?? Excuse me ..... of course la Al-Quran. Iqra ???.... mahu anak-anak aku belasah gelak. Maisarah dah Al-Quran, Nabihah and Nabilah pun dah Iqra 5, so takkan le IBU nak start Iqra 1 ... hehehe. Tapi baru start ayat pertama, ustazah dah mula tegur. Panjang pendek tak betul. Yang paling haru-biru bila aku tanya ustazah, tapi ustazah tengah busy betulkan budak lain, ada pulak budak duduk sebelah aku tolong betulkan. Malu makcik!!!! Tiap-tiap malam aku bersemangat nak pergi mengaji. 1 malam aku dapat baca 2~3 pages je. Bagi peluang orang yg ramai menunggu. Tak lama kemudian ada seorang lagi orang dewasa join mengaji. And makin lama makin ramai budak yang mengaji. Murah rezeki jadi ustazah walaupun garang sikit ... opppsss!!!! *Ada juga member suggest and ada juga yang dah buat. Panggil ustaz / ustazah ajar mengaji kat rumah, maybe senang sikit kerja aku kot. Tapi husband aku kata, kita nak cari ilmu kenalah bersusah-susah sikit. Ni pendapat dia sahaja and takde maksud pada sesiapa pun. So selagi aku boleh, aku bawa le "askar-askar" aku mengaji rumah ustazah. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China. (Jgn kutuk pulak kalau aku panggil org ajar kat rumah ... hehehe)

Friday, 3 April 2009

Maisarah and Taekwando

Maisarah joined taekwando di SU. Start join pada 28 Februari 2009. Maisarah beruntung sebab dia dapat mengikuti macam-macam activities. For twins kena la tunggu dulu. Lagipun twins punya interest more pada music, I guess!!! Entahlah, sometimes macam-macam they all request. InsyaAllah kalau dah besar sikit, nak hantar pergi swimming class for twins.

Sibuknya weekend!!!

Weekend lepas aku sibuk semacam. Pagi Sabtu tak berniaga kat pasar tani sebab ada exam. Exam apa? Jangan ditanya sebab buat malu je kalau "satu kampung" tahu. Dah lama takde exam-exam macam nie. Study last minutes so pagi pukul 3:00am aku bangun untuk study. Soalan memang senang tapi jawapannya susah. Segala formula dah terlupa. Nasib baik la objektif, so apa lagi ABCD je la .. Balik dari exam, aku and hubby pergi hantar my beloved CITY ke AutoMall, Shah Alam untuk dijual. GOODBYE CITY dan THANKS segala jasamu. Sedih juga rasanya sebab pergi cari rezeki dengan kereta ini selama hampir 4 tahun. Dengar from hubby, hari Isnin dah ada buyer from Klang … Hubby kena balik Melaka naik bas, pinjam kereta ibu di kampung. Anak-anak suka naik kereta nenek mereka sebab bersih. Hehehe ... beza dengan kereta aku. Kereta manual and punyalah lama aku tak bawa kereta manual. Timbul semua urat kat kaki... Radio dalam kereta pulak macam dah diset oleh babah. Klasik sepanjang masa ... Malam, EARTH HOUR. Hubby belum balik dari Melaka tapi aku tetap juga join the campaign. 8:30pm sharp aku dah tutup lampu. Bawa anak-anak keluar, ingat nak pergi ber"gossip" tapi jiran tak keluar lagi. Anak-anak enjoy, naik basikal and buat bising kat depan rumah. Last-last anak jiran keluar, jadi macam satu pesta pulak, anak-anak main Police Entry and Hantu2. Ahad .... Niat nak buat sarapan cekodok bilis, last-last naik basikal dengan Imran, beli roti canai sahaja. After sarapan, mandikan SHIRO and CHARO (S&C). First time mandikan sebab dah tak tahan tengok kaki S&C kotor sangat. Maisarah sabunkan and twins tolong jaga takut terlepas. Seronok tengok anak-anak kecoh mengejar S&C. S&C masih kecil lagi, lari pun tak laju dan senang nak tangkap. Tengahari kami pergi beli barang-barang dapur. Dah lama tak keluar bersama anak-anak. Kami lunch di Restoran Beriani Johor. Shopping sakan sebab hubby ada, so everything hubby bayar. Cuma terkilan sebab tak sempat beli jajan, hubby called suruh cepat sebab kononnya turn nak bayar dah dekat. Kena rush ke Sales Office. Hubby kena sign documents for house. Sambil tu kami merayau tengok rumah contoh. Rumah yang hubby beli ni niat kononnya nak invest (macamlah byk duit !!!!) tapi tengok jiran macam "best" je, tengok lah camne. Siapa jiran yang "best" tu? Siapa lagi kalau bukan kakak ku.... Kak Yaty. Rumah yang hubby beli mengadap dengan rumah yang Kak Yaty beli. Yang pasti kalau kami berpindah, KAK EMY bertepuk gembira dan KAK YATY berduka lara ... hehehe... Aku rasa memang kami tak akan berpindah sebab dah selesa tinggal di Saujana Utama. Paling best sebab sekolah depan rumah. Malam pulak kecoh dengan cerita makcik (bibik). Salah faham antara keluarga dia. Antara Malaysia (anak sedara dia) dan Indonesia (makcik). Nasib baik perbualan dengan telefon je, kalau tidak havoc ...