Saturday, 20 June 2009

Umrah - Day 2 (Ahad)

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Madinah before azan Subuh. SubhanAllah di depan kami tersergam indah Masjid Nabawi. Meleleh air mata bila terbayang diri yang kerdil ini berdiri di hadapan tempat yang begitu mulia.

 

Kami diberi kunci bilik. Bilik kami nombor 209. Ada 4 katil single. Hotel kami pun tak begitu jauh dari Masjid Nabawi. Segera kami salin baju dan melangkah ke masjid. Niat kami tak mahu tertinggal saat-saat "berharga" di bumi mulia ini. Di Masjid Nabawi, jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan. So masuk pintu pun lain-lain tempat. Aku dan hubby buat "perjanjian", setiap kali after sembahyang tunggu di lobi hotel sahaja. Di dalam masjid tidak dibenarkan bawa kamera. Handphone yang ada kamera pun tidak dibenarkan. Pengawal kat situ begitu strict sekali. 

Selepas sembahyang Subuh, ada pengumuman dalam bahasa Arab and ramai orang bangun untuk sembahyang. Aku niat sembahyang sunat tapi imam angkat 4 takbir. Emm ... bila balik hotel, tanya abang, barulah aku tahu tu sembahyang jenazah. Tawakal je la semoga Allah terima sembahyang aku. Lagi satu sembahyang subuh kat sini takde doa qunut. 

6:30am kami dibawa Ziarah Dalam oleh mutawwif. Ziarah ke Perkuburan Baqi, Makam Rasulullah, Makam Abu Bakar al-Siddiq, Makam Umar bin Khattab. Perkuburan Baqi diluar masjid sementara makam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar berada di dalam masjid. RAUDHAH (taman syurga) memang tak putus-putus orang and memang susah nak masuk ke situ bagi perempuan sebab perempuan ada waktu-waktu tertentu. Dah ada waktu tertentu pun, berebut-rebut juga orang. 

Alhamdulillah selepas Ziarah Dalam, aku dapat bersembahyang di Raudhah, di saf pertama dengan pertolongan jemaah yang pergi dengan aku. Tapi lepas sembahyang terus kena halau. So kalau nak doa panjang-panjang tu, dinasihatkan berdoa sambil sujud.... nak buka buku doa, jgn haraplah ... Ramai orang yang bertolak2 sampaikan ada yang sujud atas kaki orang etc. 

 

Aktivity jalan seperti biasa. Kami banyak habiskan masa di masjid. Time ni aku gunakan masa nak belajar sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-quran, berzikir etc. Environment sekeliling macam tu, so at the same time jadi motivasi pada diri sendiri. Tenang sungguh!!!! 

Shopping??? Memang "terbeliak" biji mata tengok di sekitar hotel tu. Tapi aku tak heran pulak... Datang jauh2, niat nak buat ibadat sebanyak mungkin, mencari ketenangan .... Tapi aku sempat juga beli stokin yang tebal sikit untuk sembahyang and abang beli minyak attar. Malam aku bawa diri ke Raudhah sendirian. Ramai orang tapi aku tawakal sahaja. Alhamdulillah dapat juga bersembahyang di saf pertama. Orang-orang Iran tak kira tua atau muda, memang "ganas-ganas". Actually group Iran after group Malaysia& Indonesia, so tu yang dapat rasakan asakkan they all. Tak kira orang tengah sembahyang ke tidak, selamba je marah orang yang sembahyang lama-lama.


Umrah - Day 1 (Sabtu)

Kami bertolak dari Saujana Utama pada pukul 7:30am. Limo dari KLIA tiba tepat pada waktunya. Sedih dan sayu nak meninggalkan rumah. Excited and takut dan bermacam-macam perasaan bermain di fikiran ni. Kami tiba di KLIA pukul 8:30am. Check-in semua dibuat oleh wakil Andalusia. Kami menerima sedikit bekalan ubat and nametag yang akan dipakai sepanjang di sana. Sempat bersarapan di KLIA, pekena nasi lemak, takut-takut "rindu" pulak nanti.

 

Pukul 9:30am kami berkumpul, diberi taklimat, boarding pass dan passport diserahkan kepada kami. Kami orang pertama yang pergi ke boarding. Orang lain sibuk bersalam-salam dengan saudara-mara yang menghantar tapi sebab kami berdua je (takde siapa hantar), so teruslah ke boarding.

Kami menaiki flight Gurf Air. Berlepas pada pukul 11:50am (sepatutnya 11:30am). Sepanjang dalam flight, aku banyak tidur. Nak tengok movie, headphone rosak and sampai sudah pramugari tu tak tukarkan pun.... terlupa agaknya!!!. Flight akan transit ke Bahrain. Perjalanan KLIA-Bahrain dalam 7 jam lebih, so sampai di Bahrain around 6:40pm (waktu Malaysia). Di Bahrain 1:40pm, beza waktu 5 jam. Kami sempat solat di airport Bahrain. Flight seterusnya ke Jeddah pukul 5:00pm. Seat aku terpisah dari hubby. Nasib baik penerbangan sekejap sahaja.
Di Bahrain International Airport

Tiba di Jeddah dalam pukul 7:30pm. Kami banyak habis masa di imigresen. Lama sungguh they all check. After keluar dari airport, kelam kabut sebab entah siapa-siapa minta passport kami. Jemaah dari Malaysia semua kelam kabut sebab kami diberi penerangan supaya serah passport pada mutawwif sedangkan mutawwif pun kami tak kenal lagi. Dah tu ramai pulak yang minta passport. Akhirnya ketua kami suruh juga serahkan passport.

Kami dibawa ke Madinah dengan menaiki 2 buah bas. Mutawwif yang incharge untuk bas kami ialah Ustaz Abdul Rahman. Student dari Medan. Perjalanan mengambil masa 4-5jam tapi sebab kami berhenti makan, solat etc, so dah nak Subuh baru sampai ke Madinah. Sepanjang perjalanan ke Madinah, mutawwif memberi tazkirah, mengajak kami berzikir etc sampai kami semua tertidur. Maklumlah perjalanan hampir satu hari.

Preparation for Umrah

Alhamdulillah saya dan suami telah selamat kembali dari umrah. Kami telah berada di sana selama 2 weeks (6 June 2009 - 18 June 2009). Ini kejutan dari abang semasa aku tengah drive di Federal Highway. Abang ajak aku pergi Umrah.

Kami booking untuk bulan 8, bulan Ramadan tapi terpaksa dipercepatkan kerana takut macam busy je masa bulan tu. Alhamdullillah ada juga kekosongan untuk 2 orang. Kami mengikut Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd. Semua arrangement dibuat oleh kawan abang (Abg Didin), yg actually kami plan nak pergi bersama-sama (kami, Abg Didin's family and Abg Kamal's family).

Abg Didin's family dapat pergi haji, so dia terpaksa cancel and kami pula terpaksa cepatkan. Abg Kamal's family pulak tak boleh pergi same date dengan we all, so last2 kami berdua je la.

Persiapan dibuat pada minggu terakhir kerana kami terlalu sibuk dengan kerja. Cuma kami sentiasa berdoa supaya kunjungan kami ini diterima olehNya. Sempat habiskan baca buku ni, memang best yang sesuai untuk orang2 yg macam kami ni. Selain dari tu ada juga minta advise pada orang-orang yang dah ke sana. Perasaan macam -macam ada, excited, takut etc ...

Minggu terakhir bekerja busy buat preparation untuk visa ke US. Hari Selasa boss informed, kena training & meeting ke US for 3 weeks after 1 week balik dari Umrah. Hati meronta kata TIDAK tapi terpaksa jugak. So sepanjang Umrah aku sentiasa berdoa supaya dibatalkan. Visa ke US buat dalam hari-hari terakhir before ke Umrah.

Hari Jumaat (5 June) hantar rabbits ke rumah kawan di SU3 and hantar anak-anak ke kampung. Syahdu juga hati bila terpaksa tinggalkan anak-anak selama 2 minggu terutamanya Imran. 2 weeks before pergi, Imran makin manja dan macam dia tahu-tahu je nak kena tinggalkan. Segala persiapan untuk anak-anak dah disiapkan. Anak-anak tinggal seminggu di Melaka dan seminggu lagi di rumah babysitter sebab sekolah dah bermula.

Terima kasih tak terhingga kepada my family, Kak Sal and Arman dan semua yang menolong kami. Selepas ini catatan setiap perjalanan Umrah kami. Niat untuk berkongsi bersama orang yang sudi membaca blog ini.

Thursday, 4 June 2009

Cute "Zombie" in the house.

Aku tengah sibuk kat dapur. Siapkan dinner untuk anak-anak. Tak seberapa pun, hanya panaskan nasi goreng yang dibeli. Kids semua tengah melopong depan TV, tengok rancangan favourite they all at Channel 615. Cuti bolehlah tengok TV....

Tiba-tiba kakak-kakak menjerit, "Ya Allah", "MasyaAllah", "Astaghfirullah". Kecoh sekejap kat living room. Riuh!!!! memecah kesunyian yang tadi, masa they all tengok TV.

Nabilah menjerit, "Ibu, Imran dah jadi Zombie". "Ibu, tengok ni ....". Suara excited + ketawa.

Memang betul .... dalam kakak-kakak leka tengok TV, Imran main bedak. Habislah penuh meja, lantai berwarna putih dan of course muka dia pun sama penuh dengan bedak. Separuh bedak PowerPuff Girls sisters, Imran lumurkan kat badan and muka dia. Dahla putih seluruh badan, sempat lagi menyakat and kejar kakak-kakak.


Ibu bersabar je sambil mop lantai. Thanks to my beloved kids sebab beri ibu peluang tidur sekejap after balik kerja. Tu sebab ibu boleh bersabar dengan kerenah Imran.

Tuesday, 2 June 2009

Menjadi Perhatian

Semenjak dah takde bibik, pergi ke mana-mana kenalah bawa semua anak-anak. Dah macam askar pulak. Yang selalu menjadi perhatian tentulah Maisarah, Nabihah and Nabilah.Tak kira di mana, restoran, kedai, shopping complex etc. Kiranya peramah juga orang-orang Malaysia ni kan? Jenuhlah kami menjawab soalan-soalan yang hampir serupa. Antara soalan-soalan:

Q : Kembar ke?
A : Ha ah.
Q : Kembar 3
A : Tak, dua je.
Q : Yang mana satu?
A : Yang ni (sambil tunjuk pada Nabihah and Nabilah). Yang ini kakak dia.
Q : Oooo ..... sama ye, macam kembar 3 pulak

Masa gi kompleks PKNS, on the way nak temankan Nabihah "sheshe", ada seorang penjual kat situ tanya soalan yang lebih kurang sama. At the same time dia beraturkan my daughters untuk mencari kelainan pada my daughters. Mereka ni cuma seiras je tapi tak sama. Sempat lagi tu, padahal Nabihah dah memang tak tahan nak sheshe.
 
Kat Giant pun camtu jugak, tengah aku sibuk cari jubah and tudung, salesgirl dari kedai sebelah-sebelah boleh datang tanya untuk kepastian.

Kat Bistro Qaseh pun sama. Dari jauh 2 orang pelayan memandang meja kami. Mula2 pikir, eh banyak sangat ke aku makan? Ada yang tak kena ke? Bila they all menunjuk ke arah anak-anak, baru la aku tahu mesti they all memikirkan pasal 3 orang my daughters ...