Kami sekeluarga balik Mersing sempena cuti 3 hari. Kakak ipar pun balik dengan kami. Abang nak berbuka puasa dengan keluarga dia. Raya nanti dah turn raya di Melaka. Mak memang rajin memasak, teruja agaknya bila kami semua balik, dapat dia "kosongkan" fridge. Bukan nak cakap apa, tapi segala benda dia keluarkan .. hehe ..
Nabihah dah ready!!!
Juadah berbuka puasa. Hampir semua mak sediakan.

BOTOX(sebut macam tu tapi tak tahu kalau ada nama lain).

Mak dah nak buang pedal ayam ni. Nasib baik dapat diselamatkan. Kan sedap kalau digoreng camni?

Dah berbuka memang susah nak ambil gambar. Masing-masing dah tak pandang kiri kanan.

Makanan lain seperti pecal, sambal goreng sotong, ikan cencaru bakar disumbat dengan sambal, ayam goreng (lagi hitam, lagi best!), cempedak goreng, otak-otak ... yummy!yummy!!! Terliur di bulan puasa ni.