Thursday, 17 September 2009

HAPPY BIRTHDAY MAISARAH

Today is Maisarah's birthday. Yang ke-8. "Minah kecoh" juga Maisarah ni.Seminggu asyik cerita pasal birthday and semalam Maisarah dah telefon kampung Melaka and Mersing, just to remind datuks and neneks birthday dia.

Waktu sahur pagi tadi, dia ingatkan kami lagi. Dia nak sambut birthday masa raya pertama. Datuk promised nak beli kek for her. Aku cerita pada kids, macam mana Maisarah keluar dengan mata besar and hidung "kureng" mancung. Twins suka le mendengar cerita tu sambil ketawa.

"HAPPY BIRTHDAY MAISARAH"

Wednesday, 16 September 2009

Kuih Raya

Alkisah kuih raya rumah kami ni macam tak sempat nak sambut raya. Tu pasal malas nak dapat kuih raya awal-awal. Tapi nak kata awal, tak jugak. Lepas berbuka and sahur, masing-masing mengadap kuih raya. Nasib baik kuih yang belikan untuk kampung halaman dah disimpan awal-awal. Sebenarnya bagus juga dimakan sekarang, nanti dah raya bukan nak makan sangat kuih raya. Tahun depan pun mungkin masih tersimpan lagi!!!

Biskut Sugi tu dah buka bekas yang ke2. Sedap! Berderet-deret anak-beranak pergi IKEA semata-mata nak cari biskut sugi. RM10 je.

Berbuka rumah Izam

Every year mesti ada gathering berbuka puasa dengan kengkawan. Zaman dulu time bujang and anak baru sorang, berbuka kat luar. Paling "chokia" pun kat restoran. Bila anak-anak dah besar, masing-masing lagi selesa kalau berbuka kat rumah kengkawan stail potluck. This year (6 Sept 09) buat makan2 kat rumah Izam kat Putrajaya. Pada mulanya plan kat rumah kami, nasib baik tak jadi. Mana nakku letakkan kerusi buluh gedabak dekat living tu? Menu semua ditentukan oleh Abang Kamal. Sampaikan botol kicap kipas udang pun disuruh Nuek bawa. Kami sefamily kena bawa Ayam Goreng Berempah, Kuih Tako dan Murtabak. Ayam Goreng Berempah tu aku beli Ayamas, goreng sahaja. "Ketidakpuasan hati" Abang Kamal bila aku cakap tak mencabar. Apa lagi disuruhnya bawa Hirisan Daging Kambing ... sorry tak sempat nak cari!!! Makanan memang banyak sampai boleh bawa balik untuk sahur. The same day juga birthday anak Izam (Danish). Lepas tarawikh baru tiup lilin and makan kek. Masa ni sahaja aku snap gambar. Masa lain sibuk makan and berborak.

Monday, 14 September 2009

Abang @ Ayah Berubah

Dah lama aku nak cerita tapi takut disalah-ertikan. Nanti mendatangkan riak pulak! Patut ke aku cerita???? Ni kisah suami aku lah .... Aku rasa tak kisah kot kalau diceritakan. Mudah-mudahan boleh jadi pedoman pada diri aku and semua.

Semenjak balik dari Umrah, abang banyak berubah. Alhamdulillah berubah jadi lebih baik lah. Sembahyang jemaah di surau setiap waktu. Dah jadi "orang surau". Jarang sekali dia missed sembahyang jemaah. * sekali je merasa berbuka di luar (di rumah kawan), tu pun dengan kawan-kawan dan mereka berjemaah. Kalau tidak di surau, kami akan sembahyang jemaah di rumah. Kalau waktu Maghrib, makmum selalunya Maisarah. Aku??? Maisarah pun dah disuruh bersembahyang 5 waktu. Katanya kalau sampai umur 9 tahun tak sembahyang, akan dirotannya. Alhamdulillah Maisarah walaupun "hati keras" tapi sentiasa ingat pesan ayah. Kalau Maisarah tak sembahyang, twins tolong ingatkan. Twins masih boleh enjoy lagi.

Abang akan baca Al-Quran setiap hari. Setiap hari selepas waktu Subuh, dia akan membaca Al-Quran dan siap terjemahannya sekali. Kalau baca Al-Quran tapi tak tahu maksud, macam tak kena pulak ye!!!???

Selalunya waktu pagi ini aku lintang-pukang nak siapkan anak-anak tapi aku rela berlintang-pukang seorang diri. Dulu sakit hati jugak kalau tengok dia sambung tidur after Subuh. Masa yang terluang abang gunakan baca buku-buku agama. Waktu malam kekadang bila aku terjaga, tengok dia tengah bersembahyang. Dia selalu nasihat kat aku yang selalu bangun awal ni. Selalunya dalam kul 4:00 am aku dah terjaga walaupun bukan bulan puasa. Dia suruh aku buat sembahyang-sembahyang sunat. InsyaAllah aku akan cuba ....selalunya waktu ni aku sembahyang Isyak kalau tak sembahyang lagi.

Puasa sunat Isnin dan Khamis pun abang dah jadikan rutin. Kadang-kadang aku join. Aku dah bangun sediakan makanan, rugi pulak kalau aku tak puasa!!!! Semenjak jadi "orang surau", banyak juga info aku dapat. Bulan puasa ni surau Al-Hidayah banyak buat ceramah, tazkirah etc. Aku "susah" nak pergi, so dapat juga sedikit summary. Paling seronok bila dapat info Bubur Lambuk .... I LIKE!!!

Cara hidup masih biasa lagi, takde la terlampau taksub. Masih pakai seluar pendek tapi melebihi paras lutut. "Kepala angin" pun dah berkurangan, mungkin dah ada ketenangan.

Semoga cara hidup ini berkekalan. "Mulut-mulut takde insuran" ada jugak kata,
"alah rambut belum tumbuh lagi, tunggu le rambut tumbuh nanti"
.... takde kaitan dengan rambut!!!

Aku "Terbang"

Ni yang malas nak tunjuk skill memasak, anak-anak dan suami puji melambung-lambung. Tu baru masak simple, belum sampai level Grand Menu. Hari Sabtu aku masak Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Ikan Cencaru Sumbat untuk berbuka puasa. Masakan ni biasa je and simple. Ikan Cencaru "bersumbat" tu aku baru belajar. Siap telepon mak mertua minta resepi, rupa-rupanya Sempoi! Anak-anak makan bertambah and sorang-sorang puji sedap. Tak senang aku duduk <-- perasan tahap Gaban! Aku suruh anak2 and suami stop puji aku sebab kononnya kepala aku dah sakit terhantuk kat siling ... <--- bertambah perasan!! Dan sebab terlebih PERASAN, satu tupperware besar tembikai jatuh ke lantai bila aku nak makan ...

Aku ni bukan kategori suka memasak. Aku lagi suka menjahit. Kat STF dulu ada subjek SRT (Sains Rumah Tangga), kelas memasak and menjahit. Kalau tiba minggu memasak, aku volunteer tolong cikgu kemas stor / sediakan peralatan. Nasib baik dapat partner terror memasak, Nelly. Tapi time practical SRP, pandai pulak aku buat teori & practical. Masakan aku pun dapat pujian ... hehehe ...

Aku juga "kureng" pendedahan memasak. Tapi masa kecik2 suka main pondok2. Aku belajar masak nasi masa hidup kat Jepun. Telefon ibu kat Malaysia, camne nak sukat beras and air. Dapur elektrik, senang sahaja.

Masa kat US aritu takde periuk elektrik, so aku masak nasi guna periuk atas dapur. Sampai berkerak hitam periuk tu. Masa nasi tengah atas dapur and bila air hampir kering, aku gi tambah air lagi and kacau. Bercampur le warna kerak and warna putih nasi. Satu bilik bau hangit. Tapi aku still makan nasi tu, ambil bhg yg putih sahaja la. Aku masih tak sedar kesilapan aku sampai beberapa hari jugak aku masa "stail" tak betul tu. Satu hari aku cerita dengan Simon (cina lelaki yg pergi US dgn aku). Dia soal siasat cara aku masak nasi. Rupanya aku tak kecilkan api masa air nasi dah nak kering. Ni kan benda yg biasa tapi camne le aku tak terpikir??? Simon kata patut le dia bau benda hangit bila lalu bilik aku ..

Apa-apa sahaja la asalkan perut kenyang!!!