Bengkel apa ini?
Bengkel ini untuk melahirkan genius dalam Matematik and Sains, menggunakan kaedah MOKHDAR. Boleh check dalam website ni ---> KAEDAH MOKHDAR.
Tapi bagi kami, bengkel ini lebih dari itu!!! Selain boleh mengajar anak mengira dengan KAEDAH MOKHDAR ( dengan izin Allah), ia beri pengalaman yang lain bagi kami. Kami meninggalkan Maisarah tinggal di asrama selama seminggu untuk mengikuti bengkel ini. <-- check post sebelum ini :-)
Matematik adalah ilmu yang tak boleh setakat belajar sahaja. Ia memerlukan latihan dan latihan. InsyaAllah KAEDAH MOKHDAR ini boleh menolong anak-anak mengira dengan cepat.
Selama ini nampak Maisarah macam enjoy sahaja tinggal di asrama, nak tahu juga apa yang dia belajar walaupun kami pun tak tahu KAEDAH MOKHDAR ini. Semalam test Maisarah soalan Matematik.
Soalan 1 : 9 x 9 = ?
Soalan 2 : 4 x 6 = ?
Soalan 3 : 7 x 8 = ?
Lama juga dia pikir. Setiap soalan itu dia dapat jawab tanpa "was-was" walaupun lambat sikit (< 1minit). Kalau ikut syllabus Darjah 2, belum masuk lagi bab yang darab banyak-banyak tu!!!
Masa Maisarah kira, keluarlah bahasa yang entah apa2 ... hehe.... Kelakar !!! Lepas Maisarah balik, boleh tanya detail lagi macam mana dia belajar.
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Saturday, 12 December 2009
Bengkel Kaedah MOKHDAR
Maisarah sedang mengikuti BENGKEL KAEDAH MOKHDAR ini selama seminggu (6 Dec~ 13Dec). Bengkel ini diadakan di Bandar Country Homes, Rawang.
Hidup di ASRAMA
Aku tinggal di asrama dari Form 1, nun jauh di selatan. Tiap-tiap hari, selama sebulan lebih aku menangis secara "terang-terangan" di phone-booth, sebelah bilik warden. Orang lain masuk ke kelas tapi aku lepak di situ. Masa tu takde pulak peraturan sekolah yang nak "tangkap" aku.
Today, dah hampir seminggu kami tinggalkan Maisarah di asrama. Maisarah join kem cuti sekolah - Bengkel Kaedah MOKHDAR. Ni semua idea ayah. Pada mulanya aku memang tak sanggup nak tinggalkan Maisarah di asrama, baru 8 tahun, masih kecil lagi rasanya untuk hidup berdikari. Keluarga pun ramai yang tak setuju. Kami dah janji dengan 1 teksi untuk hantar dan ambil Maisarah setiap hari.
Pada hari pendaftaran (6 Dec), ayah pujuk Maisarah untuk tinggal di asrama. Kalau ikut schedule yang diberi, memang OK sebab banyak activities, dapat sembahyang berjemaah etc. Dengan hati yang 50-50, aku tolong kemaskan barang Maisarah.
Tiba di sana (Bandar Country Homes, Rawang), ramai peserta ~300 orang dari umur seawal 6 tahun dan ada yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ramai juga yang tinggal di asrama. Bengkel itu dijalankan dalam 1 bangunan hotel (~5 tingkat kot) dan asrama di dalam bangunan sama. Aku pulak excited nak tinggalkan Maisarah di asrama bila tengok security ok.
Maisarah takde tunjukkan muka nak menangis. Muka sedih adalah!!! Masa ni lah boleh tengok dia tunjukkan kasih sayang kat adik-adik. Nabihah, Nabilah and Imran dipeluk dan dicium tak kira masa. Beli ice-cream pun boleh share sama. Dia excited bila dapat tidur di atas katil 2 tingkat. Kami tinggalkan Maisarah masa dia tunggu giliran untuk mandi.
Hati aku risau jugak. Boleh ke Maisarah berdikari? Bangun seawal pagi? Tidur seorang? Mandi kena tunggu giliran? Takut kena buli? ... dan macam-macam!!! Dah le kami tak bekalkan dia handphone and jam pun takde. Janji nak datang hari Selasa tapi hari Isnin kami dah pergi tengok dia. Diam-diam aku masuk ke dorm. Masa tu Maisarah tengah baring atas katil, termenung!!! ADUH, sedihnya tengok!!! Orang lain ada yang berborak-borak, berlari sana sini (budak2). Maisarah segera turun dari katil and peluk aku. Aku dah pikir lain ...... tapi rupanya dia begitu excited cerita mengenai life di asrama walaupun dia cuma ada seorang kawan and kawan dia tak tinggal di asrama. Alhamdulillah, Maisarah takde merengek nak balik.
Selang 2 hari, Rabu malam, kami datang lagi. Ayah belikan handphone and jam tangan untuk Maisarah. Dulu dah janji nak belikan handphone kalau dia tinggal di asrama. Maisarah dah ada ramai kawan. Ayah ajar dia cara guna handphone, 1st time la katakan!!! Selepas tu dia tinggalkan kami, berlari2 dengan kawan2 naik ke dorm. Aku pergi ke dorm untuk ambil baju kotor. Sibuklah dia bercerita dengan kawan2 dan perkenalkan adik-adik. Then ada activity lain pulak. Berlari la Maisarah ke bawah, nak say BYE-BYE to ayah and sempat cium aku dan adik-adik di tangga je.
Tung tang tung tang ... tak sampai 20 minit jumpa dia sebab dia sibuk dengan kawan-kawan dan activity. Tu yang buat kami "termenung" kejap dalam kereta. Nak datang ambil masa 30 minit, jam lagi. Maisarah dah ada kawan, dah tak "hiraukan" kami. Handphone dan jam?? Dia simpan je dalam beg. Apa-apa pun HAPPY tengok Maisarah dah HAPPY and ada kawan.
The next day, handphone aku busy sebab Maisarah asyik call and SMS. Nak marah ada, nak gelak pun ada!!! Semalam (Jumaat) sebab cuti, aku datang petang. Maisarah happy sebab aku bawakan jajan yang dia pesan. Lagi 2 hari tinggal di situ, baru sibuk kata selalu lapar and minta belikan jajan. Alasan la tu!!! Lepas dapat jajan, cepat-cepat dia nak naik ke dorm. Aku tak beri and paksa dia stay dengan kami 30 minutes.
Begitulah kisahnya... Maisarah ni macam "experiment" kami. Tengok macam ok je dia tinggal di asrama so next time boleh join kem lain pulak. Boss Jepun abang setuju hantar Maisarah tinggal di asrama dan dia pelik bila abang bagitau Maisarah tak menangis. Katanya BIASA LA TU ... Maybe masyarakat Jepun sedari kecil dah biarkan anak expose dengan "dunia luar".
Tuesday, 8 December 2009
KL Tower
Apa perasaan kalau orang offer makan di Restoran Sri Angkasa, KL Tower?
Aku sangat happy bila office abang nak adakan dinner di sini. Kalau nak pergi sendiri, guna duit sendiri, memang tak terpikir pun nak ke sini. Sebab FREE, Imran yang muntah-muntah dan cirit-birit itu pun aku sanggup bawa dan layan. Kalau Imran tak pergi, maknanya AKU PUN TAK BOLEH PERGI. Almaklumlah, ibu mithali, tak sanggup kenyangkan perut sendiri ... UWEKSSS!!
Office abang ada 4 orang sahaja. So memang berbaloi la pergi tempat camtu. Sementara tunggu boss & wife datang, sempat tengok Tarian Poco-Poco ... gitu rupanya!!! Kids dah tak sabar nak pergi restoran.
Here we are!!!
Ayah with Mr&Mrs Suzuki ...
Makan style buffet, so macam-macam boleh makan. Kalau makan style buffet, nasi memang antara makanan terakhir kami makan. Kalau makan nasi awal2, nanti cepat kenyang and tak dapat le merasa makanan lain.... Rugi!! Rugi!! Anak-anak makan sikit je sebab they all lagi enjoy bermain keliling restoran tu sambil bergambar. Aku and abang dapat makan dengan tenang.
Nabilah berkali-kali ambil nasi impit dan kuah kacang. Aku bagitau dia, nasi impit tu kat Sungai Buloh pun ada, makan le makanan yang susah nak dapat.... so here what I ate. Oyster mentah tu kalau betul2 fresh memang sedap. Tapi yang ni ada sedikit berbau ... aduh!!! dah telan baru teringat kat Mr Bean.
Imran dengan gaya Ultraman berlatar belakang KLCC...
Eat time at Mersing
Kenangan masa balik raya ke Mersing. Kalau balik Mersing memang jarang makan kat luar. Ini sebab makanan kat rumah yang berlambak-lambak. Last day before balik ke KL, kami pergi ke restoran ni. Restoran ni Pak Anjang yang suggest. Semua makanan sedap katanya. But before pergi ke restoran ini, kami "isi perut" dulu kat rumah. Sayang rasanya makanan kat rumah tu.
Nama restoran ni Bitara Utara Seafood. Tempatnya menarik juga ala-ala resort.
(Abang with mak)------------ (Kids with Aunty)
Gaya-gaya manja Imran ...
Selalunya kalau nak balik ke KL, kami singgah di Kluang Station. Cukuplah setakat pekena teh tarik and roti. Tapi selalunya kami missed nak makan roti bun bulat sebab dah habis. Kali ni tempat pun penuh, dapat duduk kat meja kecil sahaja. Kids excited bila dapat tengok keretapi.
Imran macam handbag aku. Susah nak pergi kemana-mana. Hilang sekejap walaupun ke toilet, pasti dicarinya. BODYGUARD tak bergaji!!!
Gaya-gaya manja Imran ...
Selalunya kalau nak balik ke KL, kami singgah di Kluang Station. Cukuplah setakat pekena teh tarik and roti. Tapi selalunya kami missed nak makan roti bun bulat sebab dah habis. Kali ni tempat pun penuh, dapat duduk kat meja kecil sahaja. Kids excited bila dapat tengok keretapi.
Imran macam handbag aku. Susah nak pergi kemana-mana. Hilang sekejap walaupun ke toilet, pasti dicarinya. BODYGUARD tak bergaji!!!
Tuesday, 1 December 2009
Activities Raya Haji
Hari raya haji 27/11, kami balik ke Mersing. Dari SU singgah di Bangi, ambil kakak ipar yang nak balik sama. Bolehlah tolong bayar tol sampai ke Kluang. Jam teruk kat Nilai, around 2 jam kami ter"jamming" kat Nilai. Nabihah pulak nak terShe-She, so ayah kena ikut emergency lane, kononnya nak berhenti di R&R Nilai tapi tersalah lane, termasuklah ke Taman Peringatan Nilai ... faham2 je la apa yang ada kat situ. Nak masuk R&R pun jam, Nabihah dah merengek sbb tak tahan. Apalagi, berhenti di tepi jalan, buang je kat tepi kereta.
Aku banyak tidur sepanjang perjalanan. Better tidur dari aku berjaga *** ini yang abang inginkan kot!!! So aku tak sure jam tu sampai ke mana. Atlast kami selamat juga sampai Mersing pukul 4am.
Raya di Mersing, memang selalu meriah dengan makanan ... Habis DIET ku!!! Mak masak Nasi Bukhara (betul ke namanya??? Nasi ala-ala Arab gitu). Then jiran & sedara mara hantar makanan lagi. Kiranya bertukar-tukar masakan la. No wonder mak masak seperiuk besar macam nak kenduri. Antara masakan yang bertukar2 tu, Nasi Impit dan kuah kacang, Nasi Dagang, Mee Rebus and Laksa Johor.
Petang2 kami bawa anak2 pergi pantai Mersing. Ada playground so memang ramai families lepak kat situ. Anak-anak bermain, kami suami isteri belasah makan keropok lekor. RM1 dapat 10 keping, banyak betul dengan rasa ikan sejati. Kalau kat KL, RM1 dapat 5 keping je kot dgn rasa tepung je lebih. Makan, borak, tengok orang di tepi pantai yang rasa nyaman ditiup angin. Rasa tenang je ...
Sepanjang 3 hari di Mersing, we talked a lot pasal camne nak KURUS??? And at the same time makan bagai nak RAK!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






