Thursday, 21 October 2010

20.10.2010

Ni kira date cantik jugakkan?? Datuk Dr SMS kahwin on 10.10.10 .... Anyway 3 special occasions berlaku on this date, 20.10.2010.

(1) Tahniah to Melaka Maju. PM rasmi pada pukul 20:10 on 20.10.2010 ..... cantik sesangat!!!! FB orang Melaka tetiba jadi active. Masing-masing excited. Sebagai anak Melaka, aku turut berbangga jugak. Lahir dan membesar di Melaka, mana boleh lupa walaupun bertahun-tahun juga dok merantau.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibisytiharMelakaMaju2010/Article

(2) Tahniah to our friends, Aishah & Abg Azhar for the new born baby girl. Ala comel-comel. Kalau dah girl, sure cute macam her sister, Nelly yang comel tapi garang ..... ada darah keturunan orang Melaka tu!!!

(3) Tahniah to anak jiran kami yang selamat bernikah malam tadi. Mula-mula musykil juga, kenapalah buat majlis nikah masa hari bekerja? Bekerja / tidak, no concern with me!!!! Aku hadirkan diri ke majlis akad nikah tu. Fuhhh, lama sungguh tok kadi punya penerangan. Nasib baik bukan aku yang jadi pengantin, pasti jadi tak sabau ... hehehe ... Anyway baru tahu Mas kahwin orang Selangor RM300 ... mahal tu!!! Negeri mana yang mahal lagi?? Kalau Melaka RM80 sahaja kot.


** At ~8:30am jiran beri nasi + lauk-pauk (3 jenis) + bubur pulut hitam semalam. Ada ikan masin lagi tu. Alhamdulillah, today tak perlu masak. Maybe gorengkan the kids ayam sahaja. Ada orang allergic makan lauk semalam. (semalam bermaksud more than 24 hours / hari lain ??) ME belasah sahaja asalkan tak memudaratkan.

Wednesday, 20 October 2010

"Skodeng" time

"Skodeng" = mengintai. Tak sure the word start dari generasi mana.

Dapur rumah kami memang tak pakai langsir. Kami cuma pasang plastik tinted (pasang sendiri with hubby... cayalah!!!). Semenjak duduk rumah, pintu dapur akan sentiasa dibuka. Masalahnya, terasa2 macam ada orang "mengintai". Hahaha... sebenarnya takde pun, hanya layanan perasaan sahaja. Tapi memang jiran rumah belakang can direct nampak dapur dan ke tempat memasak. Malu rasanya kalau time memasak, ada orang terpandang. Lebih2 lagi kalau goreng telur sahajakan? Sometimes bebudak sekolah lalu juga di belakang rumah ni. And of course, pakaian kat rumah terlalu "free" but not TOO seksa...

Maka terhasillah langsir dari recycle & perca (will share the langsir pic later). Cukup untuk elakkan orang skodeng tapi at the same time, aku boleh skodeng orang from dalam... hehehe.

Cerita pasal skodeng, alkisah babah aku ada cerita skodeng jugak. Selalu skodeng ke rumah jiran. Ruang tamu kat kampung pakai tingkap naco and cuma pakai langsir tebal. Luar ada beranda la. Tingkap-tingkap naco tu pun jarang ditutup rapat. Disebalik langsir tebal yang diselitkan ditepi tingkap, di situlah babah selalu skodeng. Can direct to beranda rumah jiran dimana anak2 jiran ramai lelaki, kureng ajar and tak tahu malam atau siang. Dorang punya friends selalu datang and buat bising malam2. So if malam tu my babah takle tidur, the next day babah akan story : kawan si polan datang sampai pukul xx, berapa kereta, berapa orang, buat apa etc ...... Kalau time bulan puasa, boleh tahu siapa baling mercun? Pukul berapa? Hala bilik siapa? etc ..... Macam anggota RELA pun ada juga babah aku ni!!!

Babah with cucus, Ardilla, Ariesha, Haniza in 1999 ....


** Cerita terbaru dari kampung, babah dah upah orang ganti semua tingkap naco di rumah itu. So, no more skodeng??

Sunday, 17 October 2010

Beg Haji

Selagi belum berangkat, selagi itu sibuk with preparation. Kami banyak bertanya experience orang-orang yang dah pergi Haji before. Lain orang, lain pendapat and pengalaman. Kami "summarize" and buat apa yang termampu.

Babah & abah di kampung banyak cerita and bagi tips termasuk le pasal beg. Beg kena tulis nama besar-besar, tampal laminate, pasang riben .... atau dalam erti kata lain, biar lain dari yang lain and biar dari jauh dah boleh cam, "Oh, itu beg kami !!!"

Selama ini kalau pergi travel, takde pikir pasal beg tapi pasal Haji, kena ambil tahu. Di airport (Malaysia/Mekah/Madinah), sedia maklum berjuta-juta beg bakal haji nak diuruskan, so dengarnya sometimes beg hilang/rosak, tag hilang, beg and kain balut beg pun boleh koyak. Camne??? Takkan nak bawak beg besi pulakkan???

Ini beg kami. Kain balut beg tu kami beli di Mydin. Harga RM15.90 (Mydin ada jual kelengkapan haji/umrah). Warna putih dah habis so no choice, pilih warna pink and abang warna hijau.

To make different, aku jahit tepi kain (both sides) itu dengan kain cotton lain. Abang tak kisah color apa pun, janji "boleh nampak dari jauh". InsyaAllah akan buat other "accesories" pada beg itu, supaya nampak lain dari yang lain. Kami buat yang termampu ....

Cara menonton cerita seram.

16-10-2010
Nabihah oh Nabihah .... buat apa tu?
Kami baru habis tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. Kelakar seram !!!! Yang mak bapak dah "terguling-guling" ketawa but the girls still ada tutup mata especially parts akhir (Cobaan......!!!), hantu kubur keluar etc. Cerita-cerita Allahyarham tak jemu ditonton.
Alfatihah kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Friday, 15 October 2010

Sumbangan

Alhamdulillah, murah rezeki. Today received 2 parcels from kampung Melaka & Mersing. Ibu beri@pinjamkan 3 jubah and MIL beri 1 jubah, telekung & sarung tangan. Sungguh HAPPY!!!!

Ada juga member2 beri RM. Pada mulanya rasa pelik coz received masa time raya, "Eh, dah besar2 pun dapat duit raya jugak ke?". Rupanya duit untuk perbelanjaan Haji and biasanya memang akan dapat sumbangan2 camtu. Hehehe aku macam tak biasa jer!!! Nasib baik takde yang kirim belikan itu ini .... jenuh pulak aku nak pergi mencari nanti.

Terima kasih diatas sumbangan2 itu. Semoga dimurahkan rezeki and insyaAllah aku akan sampaikan hajat2 mereka yang meminta tolong doakan etc.