Wednesday, 18 May 2011

Study Mode kena ON

Mid term exam next week, jadi inilah masa the kids kena DERA dengan guru paling garang!!!

Tampal ini di dinding tempat study dorang, kasi motivasi skit. Thanks to majalah ASUH

Saya mengajar skit sajer tapi saya pastikan mereka buat latihan di Score A yang menyenangkan kerja saya untuk mengajar. Latih tubi sampai bertubi2. Setiap bab ada 3 sets soalan. Selagi tak dapat markah 100%, jgn beralih ke set yang lain. (Ibu beri arahan sambil cekak pinggang). Sambil tu saya boleh "layan" kerja2 rumah yang lain.

The kids masih gunakan computer ala-ala Cyber Home yang kami setup di rumah lama.

Ini kerusi Nabihah. Memang teruk budak ini study sampai tercabut kerusi? Ke sebab dia montel ??...... Hehehe.

Nabihah selalu buat ibu's temper UP . Study 5 mins, break 30mins. Then carik dia mesti tengah makan, buka fridge carik makanan. Sampaikan di sebelah meja study pun ada sekurang-kurangnya makanan. Kenapalah jadik camni ??? So the ibu secara spontan kena buat peraturan2 baru di rumah contohnya : "No food di meja study", No movement selagi tak habis exercises", "no FB the whole exam week kecuali ibu" .... boleh???

"We do the Best, Allah will do the rest"

"Ya Allah, permudahkan anak-anak kami untuk belajar"

Monday, 16 May 2011

Natsukashii SMAP tachi

Sekai ni Hitotsu dake no Hana (Eng/Jpn lyrics)

My kohai@junior forwarded this song in FB sempena Teachers' Day. Lagu kumpulan SMAP dari Jepun. (Hidup lagi korang ye??!!) Very nice song tapi yang buat saya terkenang2 adalah zaman "kegilaan" saya dengan this group ~16 tahun lalu.

Buku Nota yang saya gunakan. Di depan hanya tertulis nama sendiri !!

Tapi di dalamnya :-)

Ahli "pasukan" SMAP

Kimura Takuya (Kimutaku) - Ramai tergila-gilakan dia ni termasuk SAYA!!

Dan saya sukakan the leader : Nakai Masahiro --> sangat kelakar mamat ni!!

Mereka buat setakat menyanyi sahaja, berlakon, pengacara and banyak jugak program2 dorang... biasalah orang dah femes, berdiri kaku pun orang SUKE.

Pernah Maisarah tanya, "Ibu, Scrapbook tu macam mana?" . Dan saya tunjukkan Scrapbook yang saya buat khas untuk kumpulan SMAP. Dia tidak menunjukkan minat sebab dia kena buat Scrapbook pasal makanan seimbang :-P

** Dah tua agaknya mereka ini !!!

Saturday, 14 May 2011

Steamboat

Siapa suka makan Steamboat?? I LIKE!!

We had our dinner at one of the restaurant at Padang Temu. Don't ask Mdm Principal where is Padang Temu coz you will not get to the place, even signboard Padang Temu pun tidak akan ditemukan.

Kami taknak recommend korang the restaurant, sebut pun takmo sebab takut2 "tutup rezeki" dorang pulak tapi pekerja2 situ sangat mesra, ehem, ehem .... orang Melaka le katakan!!! Anyway the kids and ibu enjoyed the steamboat while hubby and Imran enjoyed eating Nasi Goreng Sepanyol. Hubby nasi goreng itu but the price not reasonable.

The kids lagi le sebab dorang suka main pondok2 & masak2. Ayah & Ibu kena moved ke meja lain sebab banyak sangat "tangan" yang merayau-rayau!!! See la ....

Tangan 1
Tangan 2
Tangan 3

Next time nak buat STEAMBOAT sendiri di rumah. Lagi meriah gamaknya... ishhh, kena gi shopping le camni untuk beli peralatan steamboat.

Wednesday, 11 May 2011

Shopping Online??

Korang suka tak beli/shopping online?

Semalam saya menerima 2 parcels untuk Mr Hubby. Satu "E_A_" and lagi satu lagi Kitab. Selama saya dok rumah ni, asyik terima parcel jer untuk Mr Hubby. Lelaki ni suka shopping jugak ye?? Saya buat2 baru tahu!!!

New collection in the house. Tafsir Ibnu Katsir

Kalau beli online, bayar then baru barang akan diposkan? Kitab yang hubby beli tu belum sempat bayar lagi. Harga ratus2 jugak. Penjual tu percaya and terus pos. Ni 2nd time hubby dapat "layanan" macam tu and dedua case melibatkan buku2/kitab2 agama. Jika pembeli tak bayar, macam mana? Halalkan?? hehehe ... bestnya kalau Halal kan.

Anak : Ayah, banyaknya. Bila ayah nak habis baca?

Ayah : Sehingga Ayah meninggal.

Jom Lepak di Bangku Kosong

Ni gara2 entry IjaZamry la ni buatkan diri ini nak join jugak. Saper nak join, pergi klik kat banner bawah tu. Ikut syarat2 tau!!!

Ni khas untuk blog yang follower kurang dari 500 orang sahaja. Mak aiii .... blog saya jauh tersasar dari target tapi saya tahu blog saya ini ada "pembaca setia", tak lain dan tak bukan SUAMI & Anak2 tercinta... hehehe.

Blog saya ni dah lama wujud tapi saya MALU (malu bodoh pandai) nak war-war pada kengkawan. Yelah kang boring pulak sebab asyik2 cerita pasal anak2, orang tua kata "ko nak "jual" anak ke?" "macam dia seorang ada anak" .... dushhh, terkena batang hidung sendiri!! Anak2 saya masih cinnonet lagi ye.... Dan semenjak jadik SAHM, saya suka "merayau" ke blog lain. Yelah kengkawan pun busy dengan kerja, macam dah lost contact.

Kalau apa yang saya "bebel" dalam blog ni BAIK, jadikan ia sebagai teladan, pengajaran, rujukan tapi yang buruk/ tak baik, pandai2 le tutup mata sendiri :-) and benda yang tak baik, boleh comment pada saya. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki diri sendiri.