Tuesday, 21 June 2011

Jasamu dikenang, Panasonic !!!

TV Panasonic ini banyak berjasa menghiburkan hari2 kami. Dah 13 tahun guna, dari hubby start kerja. Rasanya tak pernah rosak. Still in good condition cuma bila tengok TV, di bahagian atas dah ada skit garisan2. Ini gara2 letak decoder Astro di atas TV. Still boleh tengok lagi, takde masalah bagi kami.

Tapikan ..... rumah orang lain dah lama pakai "Flat" le, LED le, Plasma le ... kan?

So sempena Hari Bapa, hubby bought new TV.. Walaweiii !!!
(Hari Bapa, bapa beli sendiri ..huk, huk!)

Dan masih PANASONIC sebagai pilihan.
Iklan free !!

Monday, 20 June 2011

Hari Kantin

Sabtu (18 Jun) sekolah kids adakan Hari Kantin. Setiap pelajar wajib beli kupon RM5. Dorang beli sampai RM25. Nenek beri RM5 each lagi.

Kami terkejut dengan Ayah yang tetiba nak pergi ke sekolah. The kids lagi ler suka. The kids pergi sekolah dulu. Dah janji nak ke sekolah, so every 10 mins dorang called "Bila nak datang??" "Cepat sikit" etc.

The very SUKA faces.
Dari kiri : Ilin (kawan), Maisarah, Nabilah, Jade (cousin), Nabihah.

The most attraction kat situ ialah Rumah Hantu!! Beratur panjang. Ayah jadik HERO bawa the kids yang bergayut di pinggang. Atlast "hantu" yang guide dorang keluar sebab terlalu gelap.

Tengah plan strategy untuk masuk Rumah Hantu??

Sedara-mara are everywhere in school. Aiman (cousin) beratur paling depan untuk masuk Rumah Hantu.

We all enjoyed makan2, borak2, tengok orang, berkenalan etc. Seronok tengok the kids happy.

Maisarah mengira kupon/RM yang tinggal.

Minggu depan Hari Terbuka untuk ambil result anak2. Sekolah akan lihat "muka" ini lagi di sekolah!!! Opsss.... everyday pun memang "muka" ini jugak :-) Result sekolah KAFA very the GOOD. Sek Keb?? Adoiii, seram ibu nak jejakkan kaki sampai ke tingkat 4.

Thursday, 16 June 2011

Fridge Magnet

New hobby? New collections kot?? Apa2 lah janji saya tengah mengumpul fridge magnet. Start kumpul tahun 2009 masa gi USA tapi masa tu takde serius sangat. Now dah start LIKE !!

Souvenier yang paling senang nak carik, murah??, senang nak bawak and cantik. So kalau korang gie jejalan, jalan lupa souvenier untuk SAYA. Alah, murah jer kan??!! Takpun just bagi saya the bill (jgn ler mahal2 :-) Takpun ada yang nak bertukar2 FM ??

Antara collection FM yang saya ada. Tak banyak pun, tapi tak malu nak show .. hehehe

Malaysia FM Melaka & Tioman. ** FM Melaka banyak di sebuah kedai ni, geram tengok!!!

USA (2009) Masa outstation ke sana. Mahal wei FM. Card masuk hotel Hilton LA pun ku simpan.

Singapore Frame gambar actually. Also from Kak Emy

Indonesia Contributors : Kak Emy & suamiku

Filipina From my sister, Yaty

China From my PAMA

Thailand FM Thailand "banyak" dibeli oleh hubby sampai dia dah malas nak beli lagi. Banyak konon, jumpa 2 ketul jer.

India From Kak Emy. Fresh lagi ni sbb Kak Emy baru balik from India.

KSA (The Kingdom of Saudi Arabia) Memang susah nak carik FM from arab. Attar banyak ler. From my friend.

Macam-macam Simpan jugak!!!

Saya dah booked FM from Italy jugak. Seketul jer. Tunggu FULUS next month.

Wednesday, 15 June 2011

Bila Daku Buka ..dot.. dot.. dot ..

Tajuk macam gempak but this is not LUCAH ok. Actually, buka MESIN JAHIT .... hehehe.
Projek MUST buat, jahit langsir for my Busu's new house. My Busu tak nampak(buta) dari lahir & dia dapat rumah baru FREE from Kerajaan Melaka ... Bravo!!! Selama ni dia tinggal di rumah pusaka.
Rumah Mesra Rakyat
Dulu masa saya kerja, rajin jugak saya "layan" Busu. Setiap kali nak raya, bermacam2 benda dia nak for rumah (lama) dia. Tikar getah baru, langsir baru, sarung kusyen baru, cat la .. kekadang rumah dia lagi OVER dari rumah kami. Anak2 sedara tong-tong sorang skit sponser.
This year dia tak minta apa2 dari saya (faham kot saya tak kerja). So saya volunteer gunakan kebolehan menjahit untuk jahit langsir rumah baru. Tapi tulah, dah lama saya "peram" kain langsir ini. Takut2 raya tahun depan pun belum tentu jadi langsir .. hehe

Tuesday, 14 June 2011

Bubur Sum Sum

Kami panggil this kuih tradisional TEBAK. Arwah nenek suka buat tebak masa bulan puasa.

Dah lama saya "pendam" resepi ini, tetiba pagi ni teringin. Tak ambil masa yang lama pun nak buat.

Bubur Sum Sum and air gula.

Ready to eat.

Next time kena tambah skit color / guna acuan. Biar nampak lagi menarik!!!

Resepi Bubur Sum Sum:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
4 1/2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 sk garam

Air Gula
1~2 cawan gula
1 cawan air
Daun pandan

Cara :
1) Campurkan kesemua bahan untuk bubur. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Seeloknya periuk non-stik.
2) Kacau adunan di atas api yang kecil sehingga likat.
Tips : Untuk pastikan bubur masak. Ambil semangkuk air. Ambil sedikit bubur yg dah likat, bulatkan then masukkan dalam air. If terapung, maksudnya dah masak ler tu.
3) Tuangkan bubur di dalam bekas yang dah disapukan sedikit minyak. Biarkan sejuk.

Air Gula
1) Goreng gula sehingga warna keperangan. Macam buat gula hangus.
2) Masukkan air dan daun pandan. Tapis & sejukkan.

*Sedapnya makan bila dah sejukkan !!

"Selamat Menjamu Selera"