Friday, 5 August 2011

Anniversary tak berapa Menjadi

Today anniversary kami yang ke-11.

TAPI

Hidung berair, fenings, deria bau dan deria rasa GONE !!!

Berangan jugak nak Candle Light + buffet ramadan di hotel yang berdekatan dgn rumah kami, tapi dengan keadaan camni ..... nanti bayar mahal2, tak dapat nak menikmati betul2. RUGISSSS !!! Hopefully can "claim" the buffet next time.

Last year pun tak MENJADI jugak. (cerita di SINI)

Doakan semoga rumahtangga kami bahagia hingga ke akhir hayat.

Thursday, 4 August 2011

Teka-teki Rasulullah SAW

** gambar dari google
Semasa bersahur hari ke3, Maisarah bertanya

Maisarah : Ayah, betul ke daun kurma tak pernah gugur ?

Ayah : Eh, ye ke? Tak tahu pulak Ayah.

Nabihah & Nabilah mengiyakan. "Yelah Ayah, Ustazah beritahu" (Ustazah, ustaz, cikgu, cikgi selalu betul bagi mereka)

Ayah : Cuba tanya ibu. Betul ke ibu?

Ibu : Mengikut logiknya, semua daun gugur. Kalau tak mana ada daun baru. Tengok le pokok kelapa depan rumah kita tu.

Ayah : Pokok kurma sama species dengan pokok kelapa dan kelapa sawit. Jadi daun memang gugurlah.

** Sambil tu kami bayangkan ziarah kami ke Ladang Kurma di Madinah. Banyak jer daun yang gugur.

Tekaan kami SALAH.

DAUN POKOK KURMA TIDAK PERNAH GUGUR KERANA YANG GUGUR IALAH PELEPAHNYA.

Hehehe .... pelepah tu bagi kami daunlah !!!

Ustazah dorang dah beli majalah SOLUSI agaknya sebab dalam majalah SOLUSI keluaran terbaru ada cerita pasal hebatnya KURMA.

~ From Majalah Solusi

Teka-teki Rasulullah SAW

Suatu hari Rasulullah SAW telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah.

Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."

Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda lagi: "Kurma." (Riwayat Muslim No.5027 dan Al-Tirmiza No.2793)

Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Kehebatan KURMA ada dalam majalah Solusi. Hubby beli majalah Solusi "Andainya Ini Ramadan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya? Banyak cerita & tips2 menarik sempena Ramadan ni.

Wednesday, 3 August 2011

Habiskan Stok

Balik kampung Mersing DURIAN lagi. Orang memberi, so jangan ditolak. Selama ni in-laws memang tolak pemberian durian dari jiran sebab mereka ada penyakit. Bila kami balik ke Mersing, selagi ada kat kebun, selagi boleh orang tu "tanam saham" akhirat (sedekah ler !!!)

Kami bawak balik ke Melaka tapi dah puasakan... so now, gigih nak habiskan stok DURIAN!!!

Wajah asal DURIAN
** gambar dari google

Tranformed to CEKODOK DURIAN.
** DESSERT for berbuka puasa.

** The next menu ??? Kalau rajin, buat kuah manisan. If malas, peram le durian tu buat tempoyak !!

Tuesday, 2 August 2011

Confius dengan diri sendiri !!!

Saya ni tengah "kacau-bilau". Semua benda nak buat. Semua benda nak pikir. Time2 bulan pose ni sibuk le konon nak pikir pasal "masa depan". Nak panggil meeting, tak cukup corum utk attend meeting .. (ghindu nak dok kat meja meeting agaknya .. hehe)

"Apa saya nak buat sebenarnya?? "

Saya ni suka jugak memasak kuih2. Dulu saya pernah buat APAM GEBUS (sila klik SINI). Buat pun untuk tekak sefamily dan ada jgk skit2 orang order. Last Saturday ada orang nak order 4000 pcs utk wedding seorang artis. Artis ni akan nikah kat Mekah. (Korang teka sendiri ler, senang jer kan??). . Rasa macam INI TITIK PERMULAAN to start but setelah pikir bulan puasa, nak raya so SAYA TAK SANGGUP NAK BUAT. 4000pcs tu banyak wei, mahu tak beraya!!! Apasal le time nak raya kan??

So saya cancel cita2 nak jadik Pengusaha Kedai Cake.

Saya tengah sibuk2 carik kerja. Baru pergi interview. Kerja memang menarik sebab mengikut ler apa yang saya belajar dulu. Dulu saya belajar pasal System & Program. Then kerja saya buat program. Tapi tu 12 TAHUN dulu.... experience pun takat 1.5 years. System pun dah canggih sekarang ni. Apalagi melopong ler masa interview itu.... hehehe. Ada rezeki, ada ler ...

Tapi belum nak cancel impian untuk jadik seorang wanita "SYSTEM" sebab baru jer interview kan !!!

Semangat berkobar2 jugak nak belajar Bahasa Inggeris. Ada ke patut hubby suruh pergi belajar kat Pusat Tuisyen.? Pusat tuisyen kalau untuk Djh 6, level pun takat Djh 6 .... apa kelasss "makcik" ni ?? So saya dah survey di 1 kolej kat Melaka ni. Mcm ok jgk cuma kelas waktu malam. Intake bulan September. Pe-pe pun kena tanya Menteri Kewangan. Kena think +ve and korbankan waktu tidur.... huk, huk ...

STUDENT ???

Semua nak buat. Tamak haloba !!! Tidak, tidak ... saya draft dulu. Better plan dari "tersadai" and gemukkan badan di rumah.

Monday, 1 August 2011

Selamat Berpuasa

Kami selamat "landed" di bumi Melaka ini..... Dari Mersing jer by car. Melaka & Johor cuti on 1st Ramadan, so cuti 3 hari ni kami ambil peluang balik Mersing. Dapatlah bersahur 1st day di Mersing. Tapi sungguh sedih coz internet sungguh lembab, tu yg malas nak ONLINE.

Korang puasa tak? Our 3 daughters berpuasa. Ada jugak yg bersuara, "Lapar la" tapi tak sekerap last2 years.

Yang kelakarnya masa berhenti solat di Pagoh, nak ke surau, terjalan pulak depan restoran2. Jalan laju2 jer. Kalau boleh rasanya dorang nak jalan sambil tutup mata. Then berhenti di Shell untuk isi minyak, the kids nampak lori Gardenia pun boleh bersuara "Sedapnya!!!". Kat tepi highway ada papan iklan Keropok Bika, pun boleh menjerit "BIKA!!!!!". Macam2 kerenah.

Korang berbuka makan apa? Kami ke Pazar Ramadan jer. The kids dah siapkan order masing2.

"Selamat Menjalani Ibadat Puasa"