Monday, 12 September 2011

Fridge Magnet

Nak update pasal FM collection. Dah lama tak update !!!

FM Mersing

Balik kampung Mersing asyik carik keropok lekor, sata, nasi dagang ... semua pasal MAKANAN. Ronda kat kawasan tourist, carik FM. Alah takde 1 pun FM tulis "Mersing". Semuanya "TIOMAN". Tapi penjual tu kata, boleh tuliskan. Ni ler hasilnya.... tulisan akak lagi cantik dik !!!

FM Korea

Tahun 2003? / 2004? saya pergi Korea. Ada beli 1 FM penyepit baju gambar kartun cam kat atas tu. Lama jugak FM itu melekat kat peti ais. Lepas tu, entah ke mana hilangnya .... FM ni from my sister.

FM Genting

From my sister jugak.... paksa dia suruh carik FM dari Genting. Len kali pergi jejalan, bawak le saya bersama :-)

FM utk GA??

Dapat sponser FM dari my sister jgk. Dia kata, buatlah GA. Skit sgt, nanti saya carik "barang" lain jugak. Bila ler agaknya nak buat GA? Malas nak organise sebenarnya.....
Eh ada ke orang nak join?

Sunday, 11 September 2011

Apa KELASSS kereta korang ?

Pemandangan yang sometimes boleh buat kita terpikir & sometimes boleh jadik lawak.

One the way nak gie rumah sister. Di simpang empat depan Hospital Pantai Melaka, traffic light merah, jadik kereta kami berhenti la. Kereta dari arah kanan jer bergerak, tu pun dah hampir merah. Turn kereta belah depan pulak jalan. Terdengar siren motor escort VVIP. Beberapa kereta dah lepas, tetiba motor polis dah suruh stop the kereta.... MERCEDES beb !!!

Sorry MERCEDES, ko kena berhenti jgk walaupun ko dah terberhenti di tengah2 simpang 4 itu .

SILA beri laluan kepada kereta VVIP, yang mungkin 1/2 harga lagi murah dari harga kereta mu... hehehe ...

Jgn marah pemilik2 Mercedes ... terutamanya pemilik MBT 8xxx .....

** Ada ke VVIP pakai kereta Kancil ?

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

Hadiah BEST dari Korea & Jepun :-)

Sila KLIK banner kat bawah untuk terus ke blog empunya GA.

Tarikh tutup penyertaan 22 September 2011

:

:

:

Fuhh kiri, fuhh kanan ... (dah puas sembur ni) ... Harap2 dapat ler :-)

Giveaway Duit Raya Dari Jepun :)

Apa???? Duit raya dah habis ??

Jom2 join GA duit Jepun ini. Ada "awek" Jepun nak kasi duit raya (\o/)

Sila klik BANNER kat bawah tu untuk join ye.

Tarikh Tutup: 16 september 2011 (11.59mlm)

Saturday, 10 September 2011

Kutipan Raya

Banyak anak2 uols dapat DUIT RAYA? Eh, Syawal belum habis, collection pasti ada lagi kan??

Bawah tu DUIT RAYA 4 orang HAMI di rumah ini :-)

Seorang dapat ~RM500 ++. Banyakkan budak zaman sekarang punyer collection? Dulu saya paling banyak pun dalam RM200. Tu pun habis 1 kampung saya buat BARAAN/konvoi. Sempat buat baraan masa zaman sekolah rendah belum baligh.

Duit-duit itu dah selamat saya simpan dalam TABUNG HAJI anak-anak pada Isnin minggu lepas. Cepat & pantas sebelum ianya MELEBUR di tangan saya .. hehe.

Dulu ada jugak survey pasal SSPN. Tapi dah bukak TH, simpan situ jelah. Bukan banyak sangat pun RM anak2, takkan tamak sampai 2 akaun kan?

??? Mana bagus ek, SSPN / Akaun bank biasa ? You all simpan kat mana ?

Nota : Anak dapat banyak, mak bapak habis banyak !! huk....huk...