"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 21 October 2011
Lega
Today last day exam anak2 ..... LEGA. Mana taknya, macam biasa .... ANAK exam IBU pulak yang risau. Dah tu exam sekolah pagi dan sekolah kebangsaan sama minggu pulak. Tak ke kelam-kabut jadiknya. Banyak ibu anak-anak nak kena buat revision.
Yang rasa nak marah tak menjadi, minggu ni exam, Jumaat last week ustaz dah ambil semula buku teks. Dah tu camne nak study?? Ustaz ni pun ..... macam dah tak sabau nak cuti Deepavali sekolah tau !!!
Esok rancangan saya nak bawak anak2 ke Taman Seribu Bunga. InsyaAllah.... dengar nama pun dah boleh bayangkan, banyaknya bunga !!! Jangan indah khabar dari rupa. Saya yang excited nak pergi, dah lama ku simpan impian ini, anak2 tolong follow jek. Bukan jauh pun dari rumah. Di Ayer Keroh Melaka jek.
Nak guling2 atas bunga, boleh???
Thursday, 20 October 2011
Follower ke 100 - calling2 Mamamya
Dalam sedar tak sedar, follower saya dah 100 orang ... yahoo!!! Entah apa yang suka sangat. Orang lain lagi dah berderet-deret, tak heran kan :p :p :p
Follower yang ke-100 adalah
yang tidak menyakitkan hati. Dan paling happy jugak bila saya rasa ada kawan di alam maya ini.... korang nak kawan dengan saya ke? huk, huk ....
Pesanan untuk followers .... kat profile korang letaklah link blog korang supaya senang saya nak jengah.
Contoh "terbaik" seperti di bawah ... hehehe :-)
Camne nak buat?
Pergi kat Dashboard -> Edit Profile -> Select blogs to display.
Untuk Mamamya ---> nak beri something. Tolong beri nama, address dan no tel di email (nhfizah_mn@yahoo.com) ... hadiah belum ada lagi. Nanti saya fikirkan :-)Actually the quantity bukan the main factor. Paling happy bila ada orang baca blog kita dan atleast dapat share something walaupun sikit. Paling happy jugak bila ada orang tinggalkan komen
Terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti blog ni. Saya suka menulis, saya ikhlas menulis dan saya ikhlas mengomen. Sometimes saya terOVER di blog saya... emm tak kisahlah kan, sometimes terOVER di blog korang... harap diampun !!!
Untuk other followers ---> InsyaAllah ada jugak gift nanti.
Wednesday, 19 October 2011
"Dia" cemburu dengan saya ke?
Hari ini saya lambat buka computer. Selalunya selepas menghantar anak-anak ke sekolah, sambil membasuh baju, saya akan membuka komputer .... FB, BW atau update blog. (tapi saya sempat BW jugak sebelum Subuh .. hehe)
Kenapa lambat??
MONYET
Mereka cemburu dengan saya kot yang selalu online.
Ada aku kisah ???
Setiap pagi memang monyet berkeliaran di kawasan taman ni walaupun depan jalan raya. Tapi today ada le yang bergayut di line telefon rumah saya, habis tercabut !!!
Ni pokok di tepi rumah. Tempat monyet bergayut.
Di belakang rumah saya ada kebun orang. Memang suka sangatlah monyet duduk kat situ. Masa musim durian, syok je tengok monyet melepak atas pokok durian. Takde pulak "dorang" hulur skit buah durian :-)
TM buat kerja dengan cepat .... saya dah boleh ONLINE .... tapi sorry uols, nanti saya BW yek !!!
Tuesday, 18 October 2011
Rasa nak MENGANDUNG pulak :-)
Gedik tak tajuk n3 ni ?? .... hehehe ... Setiap kali selepas solat saya berdoa. Doa saya semenjak musim haji last year. Saya bukan mintak seorang, tapi minta TWINS boy :-) Tamak betul!!! Camne pun blum ada rezeki ..... SHHHH...... ni rahsia tau !!!
Sharing is CARING !!!
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Johan Landscape
Rumah kawan saya jadik Johan Landscape Dun Bukit ?? (terlupa pulak bukit katil / bukit baru?). Saya pun menyibuk2 le nak tengok. Saya ni suka bercucuk-tanam tapi tangan takde seni kan? Tengok rumah orang pun jadik ler.
Jom cuci mata bersama-sama :-)
Another kolam kecil untuk ikan.
Tepi rumah dia buat ala-ala stor. Kos RM5k ++
Ok tak?
Jom cuci mata bersama-sama :-)
Saya cukup berkenan dengan air terjun. Masa ni dia tengah nak bersihkan kolam ikan tu, so takde le nampak air tu terjun. Kos nak buat ni dalam 2k ++ (ni harga di Melaka ye). Tu pun dia tolong buat sama. (fyi, kawan saya tu lelaki)
Dia promote pokok buluh. Beli kat nursery sebelah Melaka Mall. RM60 sepokok. Cantik jugakkan?
Pokok ni pun cantik dan senang nak jaga
Itik tengah melepak
Another kolam kecil untuk ikan.
Tepi rumah dia buat ala-ala stor. Kos RM5k ++
Pokok bunga kertas. Orang Melaka memang suka pokok bunga kertas agaknya. Di sebalik pokok tu ada nampak tak decoration kaca warna-warni di bawah bumbung. Menarik jugak tapi saya tak snap pulak gambar.
Ok tak?
Sebenarnya banyak lagi nak snap tapi nanti gaya kalah wartawan Laman pulak. Dah le kawan saya itu lelaki and dah lebih 20 tahun tak jumpa. Next projek dorang ialah buat wakaf. Dorang buat sikit2 ikut budget tapi janji laki bini ada minat yang sama kan.
Labels:
Gardening N Lanscaping
Subscribe to:
Posts (Atom)

