Wednesday, 2 November 2011

Aku pergi GYM kerana ....

Nak KURUS ??? Of course la kan ... Tapi for another reason too ... nanti I'll explain.

Tuesday, 1 November 2011

Serang CIKGU

Mintak maaf ye cikgu-cikgu sedunia kalau tulisan ini mengganggu. Ni kisah anak saya yang darjah 2.

Final exam, Nabihah dapat B untuk BM2. Markah pulak 78%, kira lagi 1 markah je nak dapat 80% (A). Tak puas hati ni. Saya pun checklah semula soalan, kot2 cikgu salah tanda/kira ... dan memang betul jangkaan saya.

Saya pun "serang" cikgu di sekolah. Macam GANAS kan? Nak suruh Nabihah sendiri, memang le takde punye. Lagipun nak jugak dengar alasan cikgu kan, baru puas hati.

Soalan BM tu isi tempat kosong jer. Soalan seperti di bawah. Perkataan yang bergaris tu dijawab oleh Nabihah. Takde pilihan jawapan.

Kamal menyiram sayur-sayuran. Dia menjaga tanaman itu setiap hari. (kat belah kanan ada gambar budak tengah menyiram)

Saya rasa memang SESUAI lah perkataan yang digunakan. Yang buat saya rasa tak puas hati, Nabilah tulis "menyiram", betul pulak tu .... Cikgu ni "pilih kasih" ke? CIKGU terlupa kot mereka adalah TWINS. Jadi kerja si ibu memang compare jawapan mereka sahaja.

Pada mulanya saya musykil jugak perbezaan markah mereka yang ketara, Nabihah 78% dan Nabilah 90%. Selalunya kalau subjek Maths akan jadik begitu. Tu yang kena DOUBLE CHECK dengan cikgu.

Alhamdulillah, cikgu tambah lagi markah untuk 2 jawapan itu.... aku tak kisah janji A.

Lepas tu cikgu "serang" saya pulak.

Cikgu : "Apasal tak kerja?"
Saya : dengan muka blur ......... "Cikgu kenal saya ke?"
Cikgu : "Tanya pada mereka. Mereka kata ibu tak kerja... (pause kejap) ..... Sayang ....... (dgn muka "kecewa").

Lepas tu penuh dengan BEBELAN FREE cikgu tu khas untuk diri ku ... dush, dush .... Nasib baik cikgu tu lagi tua dari ku :-)

Biting their MEDALS and FINGERS

Hari Sukan sekolah berlangsung pada 24/10/2011 ....

Maisarah and Nabilah dapat Naib Johan untuk Bola Jaring dan Sukaneka. Cayok Maisarah, main Bola Jaring lagik walaupun ketinggian dia yang "CUTE". Maisarah as WD (Wing Defense). "Tak dapat bola pun takpe kak, janji dapat tepis bola" .... Defender "CUTE" le katakan. (actually, dapat juga Maisarah tangkap bola!!)

Nabilah & Nabihah masuk Sukaneka. Group Nabilah menang Naib Johan. Group Nabihah tak menang apa2. Tak kisahlah, janji ENJOY !!!

Kesian anak-anak ku. Pagi2 dah dipaksa bergaya gini. Muka masing-masing pun muka TERPAKSA. Paling TERPAKSA, muka Nabihah yang terpaksa gigit jari tu !!!

Sunday, 30 October 2011

Jepun ke English

Before

After

Buat sendiri tanpa sifu di sebelah memang le PAYAH.

Apasal masa aku belajar senang jer?

Sebabnya masa belajar semua benda dah disediakan??? Brush kecil, brush besar, papan yang licin dan sesuai, color yang sesuai etc. Ni guna papan recycle.

Anyway, berjaya juga walaupun the painting COMOT here & there. Plan nak sangkut small towels sebagai hiasan pada penyangkut tu sahaja. Towels later kena bukak mesin jahit le pulak :-)

Saturday, 29 October 2011

Ustaz Azhar Idrus "LIVE" di Melaka

Ustaz yang "pekat" loghat Terengganu. Saya "rimas" dengan perkataan "Na", "Ne" yang selalu diucapkan oleh beliau. Rasa macam nak "edit" jer ceramah beliau, nak "delete" perkataan "Na", "Ne" tu .... boleh? hehehe.... suka2 jer nak "edit" kan...

Alhamdulillah now saya dah suka pulak dengan cara ceramah yang beliau sampaikan.

Rakyat Melaka tak lepaskan peluang mendengar ceramah beliau. Dengarnya susah nak "booking" ustaz ni. Walaupun perlawanan bola Piala Malaysia sedang "rancak" di kaca TV, berderet-deret jugak kereta parking di kiri kanan jalan untuk menuju ke Pondok Baitul Qurro', Sg Udang.

Esok masih ada lagi ceramah di Taman Desa Duyong.