Sunday, 13 November 2011

Nota "Satu" Tujuan

11-11-11

Pada hari Jumaat yang penuh barakah, bertempat di Wisma Negeri Melaka.

Saya dan hubby ada appoinment dgn Pejabat Tanah untuk sign dokumen pasal rumah. Keluar dari kereta, saya ternampak segulung kecil warna merah. Walaupun balutan kecil, tahu tu mesti RM. Terus niat dalam hati, ni nak kasi kat hubby, masukkan dalam tabung masjid.

Sambil jalan, buka gelungan getah itu. Ada kertas kecil with RM10. Dalam hati terpikir lagi... "kesian orang ni, entah2 bini dia kirim barang dapur agaknya"...

Bila buka

Jeng

Jeng

Jeng

Ngam-ngam RM10.

Harap2 "orang" tu redha dengan kehilangan RM10 dari niat dia nak beli nombor ekor.

Friday, 11 November 2011

Craft pada tin - finished, completed, done !!!!

Pada date "cantik" 11-11-11, aku nak cerita pasal TIN BISKUT ... apehal ler makcik sorang ni kan??

Dah tu nak nikah pun dah nikah, nak beranak pun takde isi ... jadiknya cerita pasal TIN BISKUT je la.

Tin biskut ni dah berzaman dalam simpanan. Gunanya letak barang-barang jahitan. Takde material nak "deco2", so trylah pada tin ini.

Idea terbantut sekejap :-) Dah post di N3 ini

Hasilnya.... ♥

Background "sand" (spt gambar di atas) nampak dull, so saya tukar pada warna hijau. Tu pun ambil color biru+yellow untuk dapatkan warna hijau. Color2 itu pun ambil Maisarah punye masa buat Fridge Magnet sendiri.

Malas nak "buat semula", so just tepekkan color hijau di tempat yang kosong .

Tampalkan tisu di bahagian bawah. Tampal dengan SEALER tertentu, bukan dengan gam UHU, gam GAJAH etc.

Handwritting makcik.
Takde pen khas so guna marker pen biasa sahaja. Bila varnish, nampaklah kesan warna hitam "mengembang". Ambik ko !!!

ご苦労様 to myself :-)

** Next projek mungkin nak try deco BOTOL pulak.

Thursday, 10 November 2011

Tahniah

Mungkin ni jelah Piala yang dapat untuk tahun ni. Nabilah dapat tempat KEDUA untuk sekolah KAFA. The twin, Nabihah dapat tempat ke-4.

Selalu berpesan dengan anak2.... ilmu agama bukan setakat lulus cemerlang sahaja, haruslah dipraktikkan dalam kehidupan harian. *** dan susahnya si ibu nak didik anak2 pakai tudung. Camne ek?

Sekolah Kebangsaan memang ler takde siapa dapat "cemerlang", janji top 10 and ada peningkatan untuk Nabihah & Maisarah. Satu kelas tepuk tangan untuk Maisarah after cikgu announced dia dapat "B" (76%) for Maths... 4 orang sahaja dapat "A", tu pun tak dapat tepukan tau !!! Maisarah memang sangat LEMAH subjek Maths. Pernah ujian bulanan dapat 49%.

Nota :

Majlis penyampaian hadiah dibuat secara tertutup, so no photo2 la... Teringat last year di Saujana Utama, ibubapa dijemput untuk majlis penyampaian hadiah. Nabilah dapat tempat PERTAMA (KAFA) tapi sebab kami suami-isteri pergi menunaikan haji and babysitter pulak ada hal. So mereka pergi adik-beradik sahaja ambil hadiah. Macam mana ghupa anak2 ku masa tu kan??? huk, huk .... mereka tak kisah pun !!!!!

Wednesday, 9 November 2011

11-11-11

Memang date cantik. Ada yang dah pilih tarikh nikah, tarikh nak launch hp baru (laki aku nak beli ler tu) and ada jugak dah annouce nak bersalin on 11-11-11. Bini FBI la ni. (Faizal Ismail-pengacara HotFM). Entah macam mana saya boleh jadik friend FB dia ??? Saya pun melahirkan the twins pada date yang cantik. 03-03-03 ... secara natural, bukan dirancang. Dorang sepatutnya kluar on 15 April .... ??? On that date, sebab aku yang dah "ngilu" di bawah, jumpa doktor ingatkan nak mintak MC tapi disuruhnya bersalin. Dah terbuka 6 cm ...... Masa tu jugak meleleh airmata tak "ready" ku itu.

Shopping Gaji Pertamaku

Harus cerita pada dunia tentang Gaji Pertamaku. Keluhan tentang GAJI di sini.

Alhamdulillah, hari Jumaat lepas dapat jugak gaji yang ku tunggu-tunggu. Ratusan sahaja dan sebab ratusan jer, dalam seminggu dah habis ... eh, acah jer :-)

Sebab GAJI PERTAMA, harus ada "sentimental value" yang dibelinya. Beli di Mersing & jugak di Ayer Hitam (on the way back to Melaka). Aduh, tak suka pergi Ayer Hitam sebab rambang mata ......

Lepas ni kena "ambil" cawan2 souvenier dari kenduri kahwin :-)

Gantung gambar bunga pulak sebagai penyeri dinding.

Benda paling SUKER. Rugi tak angkut banyak itiks !! Eh, eh ... macam banyak duit. Beli di Ayer Hitam. Selain dari itik dengan barbagai posing, ada jugak ayam, rabbit, kucing, rimau dan katak. Cute jugak katak, target next la :-)

Itik & mushroom penyeri rumah orkid ku. Kebetulan "orkid yang tak dijaga" sedang berbunga for the 1st time. Orkid yang ku "belai" setiap hari belum nampakkan hasil.

Dulu saya tak "pandang" benda2 ni tapi sebab tengah mood HENG-LISH, harus layan jer :-)