** Sambungan N3 Medan & maybe last N3.
The last day, hujan le pulak. Today kami dah start naik 2 van dan 1 van lagi dikhaskan untuk angkut beg2 besar kami, akan direct ke airport.
Memula nak pergi Istana Maimon tapi the
Girls power request nak pergi lagi
Pasar Ikan. Sebab hujan, hanya orang2 yang
TAK cukup bershopping sahaja yang pergi termasuk SAYA. Yang lain tunggu dalam van.
Di Pasar Ikan saya beli telekung dan kain pelekat untuk keluarga mertua sebab keluarga saya semua dah dtg sama...hehehe... SAVE !!!!
Kami ke Medan Mall. Ni tempat khas untuk the kids pulak. Cuaca pun hujan, so jalan2 dalam Mall sahaja.
Dah namanya pompuan, asyik carik accessories sahaja ler... The kids beli rantai silver.
Sejuk2, hujan2 masih boleh lagi dorang makan eskrem. Saya rasa skit je. Kang kalau SINUS dah menyerang dan saya akan bersin, bersin sepanjang masa. Mungkin boleh "bergegar" Medan Mall ini
Hubby baru teringat yang dia takde beli apa2 untuk diri sendiri.... so dia beli baju sukan ... Oppss, saya dah "kunci" mulut dari mengata. Kami tunggu lama di kedai itu :( lelaki kalau shopping ....... setuju??
Kami lunch di restoran ala-ala masakan minang ..... sedap, sedap!!! Style makan kat sini, dorang akan kluarkan semua lauk-pauk dalam bekas kecil. Pulangkan kalau takmo. Kang tak pasal2 kena bayar walaupun tak cuit pun.
Shopping last-minutes. Masih ada yang menunggu di luar restoran. Saya beli bags lagi tapi lain pesen, janji BATIK .... memang suka bags ♥
OTW to airport, banyak lalu bangunan2 sejarah kat area Medan. Peninggalan zaman Belanda.
Kami kena beri tips pada driver van, Pak Adam dan orang2 yang tolong angkat beg. So jangan lupa tinggalkan Rupiah untuk TIPS. Juga untuk airport tax RM30/orang.
Melepak before Imigresen check.
*** Saya habiskan Rupiah saya di Airport. Saya hanya bawak RM400 dan banyak jugak hubby tanggung ♥.
Antara souvenier yang saya beli ♥
Jajan yang MESTI beli adalah
BIKA AMBON dan
LAPIS LEGIT. BIKA AMBON macam kek span basah. Suka tengok dalamnya yang unik. Lapis legit pulak macam kek lapis Sarawak tu. Di airport pun ada jual. Harga Bika Ambon yang saya beli 60k Rupiah tapi kat airport boleh dapat 40k Rupiah.
Dalam flight, Imran tak tidur .... baru ler dia dapat merasa flight terbang, tengok awan di bawah dan merasa flight mendarat. Jakuns sekejap anak ku ini :-)
Inilah kisah saya yang
pertama kali ke Indonesia. Entah bila lagi dapat naik kapal terbang? Next year family plan nak ke "somewhere". Saya terpaksa diamkan diri. Diam2 untuk beberapa tahun maybe :-)