"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Thursday, 8 March 2012
Baikkkk punye bisnes :-)
Twins berniaga kat sekolah (syyy... sorok-sorok). Berniaga minyak wangi lagik. Dulukan saya peniaga One Drop Perfumes (ODP), so saya banyak stok ODP botol lama. Dah lama simpan sampai rasa "menyemakkan". So dorang nak jual kat kengkawan. Sebotol 50 sen. Bila ada botol yang tak penuh, jadiknya BUY 1 FREE 1 ... sangat rugi tau bagi SAYA. Dulu aku beli sekotak (8 botol) RM40.
The twins banyak terima order cuma dorang berniaga at the wrong time sebab sekarang ni time periksa. Terpaksa suruh dorang berhenti ambil order. Yelah, malam2 bukan nak baca buku TAPI dok bungkus minyak wangi ..... mcm ibu dia dulu2 ... hehe.
Cerita pasal Maisarah pulak. Ayah dah plan nak hantar Maisarah pergi kem Maths by Telaga Biru Training masa cuti sekolah ni. Dia 50-50, nak pergi tapi takde kawan. Kena stay kat sana pulak. Camne pun memang "dipaksa" pergi oleh Ayah.
So dia dok ambil details kat internet pasal kem ini. The next day promote kat kengkawan kat sekolah. Alhamdulillah, seorang kawan dia akan join. Tersenyum-senyumlah Maisarah. Ayah willing ambil cuti nak hantar dan ambil Maisarah & friends dari Melaka ke Ulu Yam, Selangor.
Nota : Perlukan promoter untuk bisnes ??? Deal la dengan anak-anak korang, TAPI tarak UNTUNG maa !!!
Wednesday, 7 March 2012
Menang GA
Thanks sis rasp
1st time saya menang GA. Sangat happy. Kalau yg main random2 tu, memang tak pernah aku luck!!!
Contest on 13/2/2012. Ni soklannya : Cer teka apa le benda ni??
Jawapannya PENCUNGKIL GIGI. Saya tengok ada kerusi dan meja ala-ala di restoran, tu pasal main teka jek.
Pandai tak makcik??
Masa join teka benda ni hatiku betul2 tak keruan memandangkan terpaksa meninggalkan hubby kat IJN dan aku di Melaka. Walaupun hati tak keruan, otak ku masih berfungsi ... ceh,ceh,ceh ...... sebab dah menangkan, boleh le cakap gitu :-)
Ku hanya jangkakan FM dari Cambodia tapi dapat FM-FM lain termasuklah pencil case ..... owhhhh .... u make me soo touching la sis ... lap u ... muah, muah, muah ...
Korang ADA?? ... hehe. Boleh ler saya eksen sekejap :-)
Monday, 5 March 2012
Aku dah bersalin :p
Office saya ada audit ISO hari Khamis dan Jumaat lepas. Ni audit untuk 1st time, nak dapat sijil ISO yang memang diharap-harapkan.
Office berjaya dapat sijil ISO dengan bersyarat sebab ada 2 MINOR NCR (non-conformance report). Klu korang dah biasa dengan ISO, sure paham NCR. Dan salah-satu NCR tu datang dari Unit ku ... huk, huk ... sedih tau!!! Boss tak marah la sebab saya org baru yang Ketua Unit pun dah berhenti. Terkontang-katik ku menjawab sengsorang tau. Boss suruh baikpulih NCR tu by Monday.
Dan kerana itu, saya balik kerja 9:30pm pada Hari Jumaat dan Sabtu pun datang kerja. Kerana terlalu risau dan bz semacam pada Jumaat, malam itu pun saya bermimpi ..... jeng, jeng, jeng
"Saya dah bersalin. Baby GIRL tapi baby kecil sangat. Doktor kata maybe sebab saya STRESS sangat. Akhirnya saya "bersungguh-sungguh" breastfeed baby kecil itu sampai menjadi seorang baby girl yang comel, montok dan gebu. Putih melepak, rambutnya jatuh kedepan macam baby doll gitu then kat belakang macam kerinting skit2" ..
Alkisah MIMPI ku. ** Kenapa le tak mimpi baby BOY !!!
Tergelak bila cerita kat Hubby ...
Nota : Jom gelak sama2 :-)
Adnan Sempit 2
Uols dah tonton? Jeles tau coz hubby dan anak2 tercayang ku dah pergi tonton. Lagi sakit hati dan GERAM sebab saya yang plan nak pergi tapi dorang pergi dulu without ME, the mestermind ... how could??
3/3/2012
Birthday TWINS yang ke 9 ... dorang lahir 3/3/2003 ... cantikkan date itu. Normal lagi you dan actually saya dipaksa bersalin on that day sbb "jalan" dah terbuka "luas" .. hehe even dorang sepatutnya keluar 16/4 gitu.
Saya terpaksa kerja. Ada VIP from Indonesia datang. Makcik naik bas with them & diescot oleh polis lagi beb!!! Boss beri penerangan skit2 kat office then bawa lawatan ke kilang Mamee ... yuhuuu.... dapat 1 bag penuh produk keluaran Maggie as souvenier... I LIKE. After lunch sambung kerja. "Denda" pasal audit ISO... ya Ampun, saya budak baru masuk kerja, ada le dapat 1 NCR (klu yg tahu pasal ISO, sure tahu pasal NCR).
Balik kerja arou
Thursday, 1 March 2012
Hargailah ISTERI anda.
Tergelak baca artikel ni. Belum habis baca tapi dah tahu "ada something wrong somewhere". Jom baca :-)
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??
Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Hargailah seorang isteri. Kerana pengorbanannya tidak terkira...
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Subscribe to:
Posts (Atom)


